31 December 2008
Midnight Movie (2008) - Nuovo Cinema Hell(idiso)
Ini barangkali sebuah hiburan ‘ultimate’ penutup tirai 2008 buat aku. Sebuah filem slasher yang sebetulnya unik, berciri ‘bertih jagung’, namun sangat efektif lagi original, bukan sahaja untuk tahun ini, bahkan tidak salah kalau aku posisikan sepanjang zaman, sepertimana keunikan Behind The Mask : The Rise of Leslie Vernon (2006). Ya, sekali lagi aku kesal, kerana terlalu cepat menyenaraikan Top 10 Horror Terbaik 2008 tempohari. Midnight Movie sudah tentu tidak aku tinggalkan. Namun sudah agak terlambat rasanya. Ditambah pula dengan tahap kemalasan aku kian menggunung berikutan cuaca panas di Perth kebelakangan ini. Asalkan filem ini didokumentasikan di SKRIN, bagi aku sudah cukup memadai.
Diringkaskan, filem ini senang dan seronok. Tentang pembunuh ala ikonik slasher seperti Leatherface (Texas Chainsaw Massacre), Michael Myers (Halloween) ataupun Jason (Friday 13th) dari sebuah filem slasher di sebuah pawagam. Ironinya, si pembunuh itu ‘berupaya’ keluar dari filem tersebut lalu masuk ke realiti, membunuh audien (uniknya segala pembunuhan juga difragmentasikan di dalam filem itu) seterusnya beliau ‘terjun’ kembali ke dalam filem tersebut. Maka secara tak langsung, telah wujud satu killing sequence dalam plot filem tersebut. Falsafahnya mudah – “Kau mahu filem Horror? Nah, aku kasi kau ‘realiti’ horror”. Sepertimana uniknya garapan Wes Craven untuk francais Nightmare satu ketika dahulu. Barangkali, ada pengaruh besar filem itu (apabila elemen supernatural juga menjadi saduran).
Filem ini awalnya membentuk sebuah komedi, sehinggalah ia (komedi) berlarutan menjadi gelap-segelapnya. Itu perkara biasa (untuk subgenre slasher), apabila beberapa karakter yang impraktikal, eskapis diperkenalkan kita (dan kita sedar akan ‘kebodohan’ watak-watak nakal itu yang mana bakal menambah numeral mangsa sang pembunuh, melalui pelbagai kaedah membunuh, ada yang menguja dengan teknik baru malah ada yang biasa) kerana apa yang lebih mengagumkan ialah apabila filem ini menjadi debut sutradara/penulis Jack Messit, yang sebelum ini berkarier sebagai jurukamera/sinematografer. Maka, secara teknikalnya, filem ini tidaklah terasa seperti dibikin sutradara baru (apalagi bajet rendah) oleh kerana mainan sinematografi banyak membantu atmosfera (saspen/cemas) yang dirangkum. Gorifikasi juga hebat malah berskala tinggi, bahkan ia sarat dengan segala macam homage ekstravaganza filem-filem slasher 70an dan awal 80an. Sudah tentu produksi seterusnya dari Jack Messit ini tidak aku lepaskan.
Sekali lagi, ia sebuah ‘cult’ slasher terbaik tahun ini (dalam konteks keaslian dan keseronokan), malah Jack Messit boleh berdiri mendabik dada lalu ‘menyembelih’ segala filem (slasher) lain yang muncul tahun ini sebelumnya.
"SELAMAT TAHUN BARU 2009"
28 December 2008
Mum & Dad (2008) - Papa Jangan Papa Jahat, Mama Jangan Mama Sekat
Filem ini barangkali agak biasa, apabila berkisarkan (subgenre) kaptiviti/'culik dan kurung' seterusnya membawa kepada sebuah drama siksaan. Namun berikutan tidak banyak filem-filem luarbiasa tahun ini, maka ia terkeluar dari kebiasaan itu. Untuk itu, ia juga harus tergolong di salah satu posisi Top 10 filem horror 2008.
Subgenre ini dilihat menjadi outlook semenjak dari tahun sudah apabila kita mula dipertontonkan melalui filem-filem antaranya seperti Captivity (2007), Cellar Door (2007), P2 (2007), Girl Next Door (2007) dan Otis (2008).
Mum and Dad tidak salah kalau dikatakan sebuah pengulangan, namun membawa satu ide menarik yang menyentuh isu politik. Ia disaratkan dengan shot transisi kapal terbang yang melayang melintasi. Puluhan banyaknya kalau dihitung dari fragmen awal filem ini dibuka. Biasanya dalam mana-mana filem, imejan seperti ini adalah metafora Freedom atau 'Kebebasan' mahupun 'Kemenangan'. Lalu aku sedar akan simbolik teroris yang cuba diinterpretasikan, kerana persepsi keganasan tidak hanya berlaku ataupun bertitik tolak dari atas sana, secara literalnya. Teori propaganda itu tidak lagi relevan kini. Steven Sheil selaku penulis merangkap sutradara, mahu kita bangkit dan sedar dari tidur lena selepas era pos-911. Di bawah sana, masih banyak definisi teroris yang boleh diterjemahkan.
Sesungguhnya, ada beberapa sekuen siksaan yang berjaya membuatkan aku ‘terdiam’, sambil berkata dalam hati "Ok ok it’s only a movie". Serius, kerana sudah lama aku tidak punya feel itu. Barangkali atmosferik horror filem ini penuh determinasi, apalagi kesederhanaan bajet serta lakonan jitu kesemua yang terlibat. Ekspektasi rendah yang aku berikan sebelum tontonan juga membuahkan sesuatu.
Produksi British ini punya semangat yang sangat persis filem Girl Next Door (2007) tahun sudah (apabila menyentuh tentang keluarga disfungsi, penyakit sosial serta mistifikasi seksual remaja). Bagaimanapun filem ini lebih bernyawa di sisi plot, malah method penyiksaan terhadap mangsanya lebih sadistik, kotor, dan dalam kondisi eksplisit serta lebih memilukan.
Antara subgenre "horror-captivity" berkesan tahun ini, justeru membuatkan aku kesal kerana ia 'tertinggal' dalam senarai sepuluh aku sebelum ini.
24 December 2008
TOP 10 Filem Horror 2008
Sebenarnya, 2008 adalah tahun paling 'suram' untuk produksi genre horor. Ya aku serius. Kalau menoleh semula ke tahun lepas, kita ada beberapa buah filem yang telah masuk ke dalam 'carta' antara filem terbaik/pilihan era modern-horror (1980-to-date) seperti Inside (French), [REC] (Spanish) serta The Mist arahan Frank Darabont oleh satu-satunya adaptasi Stephen King tahun ini.
Tidak, tahun sudah aku tak ada senarai 10 filem pilihan aku. Bukan aku malas, tetapi sememangnya aku tak layak menulis tentang itu berikutan kurangnya aku menonton horor. Malah, kali terakhir aku menyenaraikan Top 10 aku ialah 5 tahun sudah iaini pada tahun 2003. Itupun bukan semua filem horor.
Tidak, tahun sudah aku tak ada senarai 10 filem pilihan aku. Bukan aku malas, tetapi sememangnya aku tak layak menulis tentang itu berikutan kurangnya aku menonton horor. Malah, kali terakhir aku menyenaraikan Top 10 aku ialah 5 tahun sudah iaini pada tahun 2003. Itupun bukan semua filem horor.
Walaupun tidak banyak filem horor (dalam ertikata) “baik” untuk tahun ini, ironinya ini adalah tahun yang paling banyak aku menonton filem horor dari bermacam produksi luar dari Hollywood. Jadi aku agak beruntung kerana dapat mencuba pebagai jua(dar)ah yang dihidangkan.
Sebagai penulis blog filem SERGA (istilah yang aku cipta sendiri dari kombinasi seram + ganas) pertama wujud di Malaysia (ya, waktu itu aku sudah gelintar semua blog Melayu dan aku tak jumpa sepertimana kegilaan aku terhadap genre ini), untuk semua peminat Horor serta pembaca setia SKRIN sejak 2003 (i fucking luv u guys!), berikut adalah hasil filem horor pilihan 2008 aku :-
10. Otis
(dir. Tony Krantz)
Semestinya aku lebih memihak kepada produksi kecil yang menonjolkan ide baru. Filem versi direct-to-video ini tentang drama yang disadur elemen komedi-gelap tentang penculik dengan mangsanya. Yang menjadikan ia lebih getir ialah apabila babak balas dendam keluarga mangsa tersebut terhadap penculik itu.
Tersalah orang adalah kemuncak keseronokannya.
Rebiu Otis @ SKRIN
Sebagai penulis blog filem SERGA (istilah yang aku cipta sendiri dari kombinasi seram + ganas) pertama wujud di Malaysia (ya, waktu itu aku sudah gelintar semua blog Melayu dan aku tak jumpa sepertimana kegilaan aku terhadap genre ini), untuk semua peminat Horor serta pembaca setia SKRIN sejak 2003 (i fucking luv u guys!), berikut adalah hasil filem horor pilihan 2008 aku :-
10. Otis
(dir. Tony Krantz)
Semestinya aku lebih memihak kepada produksi kecil yang menonjolkan ide baru. Filem versi direct-to-video ini tentang drama yang disadur elemen komedi-gelap tentang penculik dengan mangsanya. Yang menjadikan ia lebih getir ialah apabila babak balas dendam keluarga mangsa tersebut terhadap penculik itu.
Tersalah orang adalah kemuncak keseronokannya.
Rebiu Otis @ SKRIN
9. Doomsday
(dir. Neil Marshall)
Oleh kerana homage filem ini terhadap Mad Max serta berkonsepkan sai-fai karya John Carpenter Escape From New York, ditambah lagi beberapa death scene yang cukup getir dibikin Neil Marshall, maka filem ini turut aku senaraikan. Walaupun ada beberapa plot yang sangat tidak perlu, tetapi aku terpaksa maafkan juga.
Antara filem distopia pos-apokaliptik terbaik tahun ini.
Rebiu Doomsday @ SKRIN
(dir. Neil Marshall)
Oleh kerana homage filem ini terhadap Mad Max serta berkonsepkan sai-fai karya John Carpenter Escape From New York, ditambah lagi beberapa death scene yang cukup getir dibikin Neil Marshall, maka filem ini turut aku senaraikan. Walaupun ada beberapa plot yang sangat tidak perlu, tetapi aku terpaksa maafkan juga.
Antara filem distopia pos-apokaliptik terbaik tahun ini.
Rebiu Doomsday @ SKRIN
8. Dance of The Dead
(dir. Gregg Bishop)
Antara puluhan subgenre zombie yang muncul, ini antara yang terasli dalam konteks satira yang dibawakan secara literalnya, anak-anak muda amerika ramai yang sudah “mati” dengan muzik, dadah, alkohol dan sebagainya. Masih terselit komentar sosial dalam temanya, malah apa yang lebih ketara ialah meneruskan wit zombie serta keseronokan subgenre ini.
Prom Night (dir. Nelson McCormick) patut rasa malu dan boleh pergi mampus.
(dir. Gregg Bishop)
Antara puluhan subgenre zombie yang muncul, ini antara yang terasli dalam konteks satira yang dibawakan secara literalnya, anak-anak muda amerika ramai yang sudah “mati” dengan muzik, dadah, alkohol dan sebagainya. Masih terselit komentar sosial dalam temanya, malah apa yang lebih ketara ialah meneruskan wit zombie serta keseronokan subgenre ini.
Prom Night (dir. Nelson McCormick) patut rasa malu dan boleh pergi mampus.
7. Splinter
(dir. Toby Wilkins)
Toby Wilkins meneruskan ‘legasi’ subgenre creatures yang dibawakan sejak filem influential The Thing from Another World (1951) (dir. Christian Nyby) filem yang menjadi pengaruh besar buat John Carpenter untuk membikin The Thing (1980). Splinter membawa kesegaran, apabila creatures yang dipertonjolkan tidak lagi membunuh secara langsung, bahkan menggunakan manusia sebagai medium. Juga tidak salah jika ditakrifkan zombie.
Produksi kecil yang sangat boleh dibanggakan.
Rebiu Splinter @ SKRIN
(dir. Toby Wilkins)
Toby Wilkins meneruskan ‘legasi’ subgenre creatures yang dibawakan sejak filem influential The Thing from Another World (1951) (dir. Christian Nyby) filem yang menjadi pengaruh besar buat John Carpenter untuk membikin The Thing (1980). Splinter membawa kesegaran, apabila creatures yang dipertonjolkan tidak lagi membunuh secara langsung, bahkan menggunakan manusia sebagai medium. Juga tidak salah jika ditakrifkan zombie.
Produksi kecil yang sangat boleh dibanggakan.
Rebiu Splinter @ SKRIN
6. Outpost
(dir. Steve Barker)
British-Horror ini sebenarnya tidaklah terlalu hebat untuk dijulang. Sekadar boleh diletakkan antara yang harus ditonton tahun ini, berikutan ide atau mesej bobrok fasisme sewaktu perang dunia ke-2 yang dibawa dalam temanya. Juga menyentuh tentang belenggu kemusnahan yang bakal terjadi akibat nuklear suatu ketika nanti.
Pendeknya, kita tidak lagi mahu berperang. Cukup sudah.
(dir. Steve Barker)
British-Horror ini sebenarnya tidaklah terlalu hebat untuk dijulang. Sekadar boleh diletakkan antara yang harus ditonton tahun ini, berikutan ide atau mesej bobrok fasisme sewaktu perang dunia ke-2 yang dibawa dalam temanya. Juga menyentuh tentang belenggu kemusnahan yang bakal terjadi akibat nuklear suatu ketika nanti.
Pendeknya, kita tidak lagi mahu berperang. Cukup sudah.
5. Eden Lake
(dir. James Watkins)
Antara subgenre slasher terbaik tahun ini produksi British. Walaupun segalanya (struktur plot) boleh kita takrifkan sebuah repetitif, namun ia masih punya originaliti, khususnya di fragmen konklusinya yang penuh provokatif, shocking dan memilukan.
Sebuah true-horror yang mengutuk sekeras-kerasnya kedisfungsian sosial, sepertimana yang kita dibuahkan rasa perit dalam filem-filem Rob Zombie kebelakangan ini.
(dir. James Watkins)
Antara subgenre slasher terbaik tahun ini produksi British. Walaupun segalanya (struktur plot) boleh kita takrifkan sebuah repetitif, namun ia masih punya originaliti, khususnya di fragmen konklusinya yang penuh provokatif, shocking dan memilukan.
Sebuah true-horror yang mengutuk sekeras-kerasnya kedisfungsian sosial, sepertimana yang kita dibuahkan rasa perit dalam filem-filem Rob Zombie kebelakangan ini.
4. Rogue
(dir. Greg McLean)
Sebuah produksi Australia yang sebetulnya rilisannya ialah pada akhir tahun lepas di Australia. Tetapi oleh sebab teatrikal rilis globalnya ialah awal tahun ini, maka aku terpaksa kompilkannya untuk tahun ini. Sebuah filem 'true-monster', meneruskan heritaj Jaws, Rogue antara filem yang menitikberatkan penggunaan kamera, sinematografi bagi mewujudkan mood serta horor secara semulajadi tanpa perlu memaksa.
Sederhana, mudah, seronok, cantik dan segalanya ada untuk subgenre ini.
(dir. Greg McLean)
Sebuah produksi Australia yang sebetulnya rilisannya ialah pada akhir tahun lepas di Australia. Tetapi oleh sebab teatrikal rilis globalnya ialah awal tahun ini, maka aku terpaksa kompilkannya untuk tahun ini. Sebuah filem 'true-monster', meneruskan heritaj Jaws, Rogue antara filem yang menitikberatkan penggunaan kamera, sinematografi bagi mewujudkan mood serta horor secara semulajadi tanpa perlu memaksa.
Sederhana, mudah, seronok, cantik dan segalanya ada untuk subgenre ini.
3. Trailer Park of Terror
(dir. Steven Goldmann)
Ada alunan musik Rock & Roll, Blues, Country, berlatarbelakangkan kisah white trash amerika di trailer park. Punya beberapa karakter yang menggegarkan, unik, menguja, sadis, brutal, haunting. Serius, filem ini sangat underrated. Diringkaskan, ia seolah percantuman subgenre slasher, supernatural, komedi, musikal ke dalam satu.
(dir. Steven Goldmann)
Ada alunan musik Rock & Roll, Blues, Country, berlatarbelakangkan kisah white trash amerika di trailer park. Punya beberapa karakter yang menggegarkan, unik, menguja, sadis, brutal, haunting. Serius, filem ini sangat underrated. Diringkaskan, ia seolah percantuman subgenre slasher, supernatural, komedi, musikal ke dalam satu.
Sesungguhnya filem ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja untuk peminat horor.
Rebiu Trailer Park of Terror @ SKRIN
Rebiu Trailer Park of Terror @ SKRIN
2. The Signal
(dir. David Bruner, Dan Bush, Jacob Gentry)
Sepertimana Rogue, filem ini juga dibuka tayangannya hanya di festival filem akhir tahun sudah dan teatrikal rilis hanya bermula awal tahun ini. Bagi aku, filem ini bukan sahaja terbaik tahun ini, bahkan antara pilihan sepanjang zaman aku. Menggarap tentang kegilaan manusia, metafor pra-kiamat apabila manusia tidak lagi ‘perlu’ percaya pada sesiapun lagi sebaliknya diri sendiri. Malah ide yang paling gah dalam filem ini ialah masing-masing harus membunuh untuk menyelamatkan diri, walhal ia adalah mainan halusinasi.
Sebuah horor-komedi gelap yang sangat berkesan menjadikan ia sebuah gem tahun ini.
(dir. David Bruner, Dan Bush, Jacob Gentry)
Sepertimana Rogue, filem ini juga dibuka tayangannya hanya di festival filem akhir tahun sudah dan teatrikal rilis hanya bermula awal tahun ini. Bagi aku, filem ini bukan sahaja terbaik tahun ini, bahkan antara pilihan sepanjang zaman aku. Menggarap tentang kegilaan manusia, metafor pra-kiamat apabila manusia tidak lagi ‘perlu’ percaya pada sesiapun lagi sebaliknya diri sendiri. Malah ide yang paling gah dalam filem ini ialah masing-masing harus membunuh untuk menyelamatkan diri, walhal ia adalah mainan halusinasi.
Sebuah horor-komedi gelap yang sangat berkesan menjadikan ia sebuah gem tahun ini.
Rebiu The Signal @ SKRIN
1. Let The Right One In
(dir. Tomas Alfredson)
Produksi Sweden ini menjadi pilihan pertama aku. Ini kerana sudah lama filem horor tidak diberi suntikan emosi yang sangat menyentuh, subtle dan penuh dengan ruang sentimentalis. Sebuah kisah poignan tentang **cinta sang vampir. Berstruktur melodrama namun punya skrip yang solid, dijukstapos dengan elemen gore di level tinggi, menjadikan tontonan lebih edgy. Sebuah permata eropah yang sudah tentunya bakal dijahanamkan Hollywood suatu hari nanti.
Jadi, saranan aku, filem ini wajib ditonton sebelum penjahanaman itu berlaku.
1. Let The Right One In
(dir. Tomas Alfredson)
Produksi Sweden ini menjadi pilihan pertama aku. Ini kerana sudah lama filem horor tidak diberi suntikan emosi yang sangat menyentuh, subtle dan penuh dengan ruang sentimentalis. Sebuah kisah poignan tentang **cinta sang vampir. Berstruktur melodrama namun punya skrip yang solid, dijukstapos dengan elemen gore di level tinggi, menjadikan tontonan lebih edgy. Sebuah permata eropah yang sudah tentunya bakal dijahanamkan Hollywood suatu hari nanti.
Jadi, saranan aku, filem ini wajib ditonton sebelum penjahanaman itu berlaku.
Rebiu Let The Right One In @ SKRIN
_____________________________________________________________
Seperkara yang aku amat kesalkan ialah sampai ke saat ini aku masih belum berpeluang menonton Martyrs, dan aku percaya semestinya filem itu akan turut sama tersenarai.
Nota tambahan:
Lain-lain filem yang tak masuk senarai di atas ialah filem-filem notable seperti The Happening, Cloverfield, Zombie Strippers (kenapa? haha), filem medical-horror seperti Pathology dan Awake, filem yang terlewat dua tahun rilisannya iaitu The Strangers (ya, atas dasar pengaruh majoriti sebahagian besar masih belum menonton Them, jadi aku maafkan), Teeth (walaupun produksi 2007 tetapi rilisan teatrikalnya awal tahun ini) dan SAW V (yang aku akan lengahkan lagi tontonan aku).
Seperkara yang aku amat kesalkan ialah sampai ke saat ini aku masih belum berpeluang menonton Martyrs, dan aku percaya semestinya filem itu akan turut sama tersenarai.
Nota tambahan:
Lain-lain filem yang tak masuk senarai di atas ialah filem-filem notable seperti The Happening, Cloverfield, Zombie Strippers (kenapa? haha), filem medical-horror seperti Pathology dan Awake, filem yang terlewat dua tahun rilisannya iaitu The Strangers (ya, atas dasar pengaruh majoriti sebahagian besar masih belum menonton Them, jadi aku maafkan), Teeth (walaupun produksi 2007 tetapi rilisan teatrikalnya awal tahun ini) dan SAW V (yang aku akan lengahkan lagi tontonan aku).
Ini termasuk juga kredit yang patut diberikan terhadap filem produksi kecil seperti Insanitarium, Scarce, Philosophy of A Knife (sebuah mokumentari yang masih belum sempat aku habiskan berikutan total 4 jam durasinya), mahupun luar Hollywood seperti Frontiers (French), Eskalofrio (Spanish), Vikaren (Denmark), Rovdyr (Norway), Zibahkhana (Pakistan), Semum (Turki) dan Phoonk (India).
Oleh kerana aku sayang dan menghargai semua filem-filem Horor yang ditonton, maka aku mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan “Worst Horror 2008”. Cukup sekadar yang terbaik sebagai rekomendasi sebelum tirai tirai 2008 ditutup.
**See? Siapa kata aku seram ganas sampai tak kenal cinta? Hahahaha
22 December 2008
While She Was Out (2008) - Samseng Dari Empat Benua
Ada satu perkara lucu yang hendak aku highlight (dari berpuluh yang ada), iaitu filem ini memaparkan empat orang sekawan yang terdiri dari empat bangsa (white, asian, black, spanish). Setentunya villain sebegini kau hanya akan jumpa dalam bentuk fiksi sahaja, bahkan setakat ini aku belum dipedengarkan lagi tentang budak-budak samseng (dalam konteks gengsterisme) yang sanggup boleh membunuh manusia, ironinya punya pertalian seakrab itu (apabila para remaja ini tidak pula punya unsur rasisme dalam diri masing-masing).
Kool? Golongan ini akan dibelasah cukup-cukup (oleh geng masing-masing mengikut bangsa) kalau kena sumbat dalam penjara amerika. Itu realiti. Malah kesamsengan mereka amatlah tidak sesuai pada masa dan tempatnya (aku harap tatkala ini kau orang dahpun baca sinopsis filem ini).
Ya, filem ini tentang survival. Awalnya filem ini tampil 'kuat' dengan sebuah skrip asli (menyentuh tentang keekstriman sikap pembuli jalanraya yang biasa kita dengar dalam berita). Malah, aku sangat teruja dengan pembentukan watak Dela itu (apabila filem ini dilihat berciri character-driven). Ia sudah membuah sedikit emosi di situ. Tetapi barangkali cuma setengah jam pertamanya sahaja. Selebihnya filem ini buntu. Dan perkara-perkara jelek ini bermula di saat gengster itu muncul seterusnya ke sekuens cat & mouse itu.
Di saat ini, emosi itu sudah basi. Kejahatan tidak lagi menguasai plot. Thrill dan segala deruan adrenalin yang baru terjana sebentar tadi kembali ke dasar normal. Empati dibiarkan mati. Kim Basinger, walaupun tampak bersungguhan sekali, namun dibayangi kekelaman plot serta lakonan tidak bersemangat keempat-empat remaja itu. Malah sudah tentu kita pernah dipertontonkan villain yang jauh lebih sadistik, melalui brutalifikasi malah keekstriman yang jauh lebih tinggi lagi berbanding mereka ini. (Oh aku lupa, filem ini dibikin oleh debut pengarah/penulis baru – Susan Montford - jiwa feminis katakan). Namun segalanya pathetik, kerana mereka semua mati bodoh, sebodoh watak mereka sendiri. Spoiler? Mampuslah.
16 December 2008
Knife Edge (2008)
Filem ini punya savour daripada filem-filem notable seperti Don’t Look Now (1973), Rosemary’s Baby (1969), Amityville Horror (1979) dan juga The Shining (1980) yang berjaya bertindak sebagai pembuka selera. Malah, di fragmen awal tontonan aku seakan sudahpun mulai terbit semangat retro klasik pre-moden horror itu.
Ia tentang sebuah keluarga kaya, (tiga beranak) berpindah ke sebuah rumah besar bak istana. Integral pembawakan kisahnya masih ketara serupa, apabila konflik suami isteri mula membelenggu, si anak pula menjadi ‘korban’ berikutan sejarah gelap di sebalik jukstaposisi rumah besar tersebut yang bakal terselak melalui putaran plot (twist) di justifikasi akhirnya (yang sebenarnya tidaklah memeranjatkan pun).
Secara jujurnya, tiada apa hidangan yang istimewa walaupun punya beberapa babak yang agak merengsa didekonstruk. Manakala selebihnya, sudah tentu kita pernah ditakutkan dengan teknik penyeraman sebegitu.
Malah aku turut sedar, apabila filem ini (atau mungkin aku) ada satu keinginan yang tidak mungkin dicapai pembikinnya. Tidak ada benchmark yang dicipta pengarahnya, Anthony Hickox, apatah lagi ciri-ciri groundbreaking. Walaupun agak efektif di awalannya, tetapi sedikit demi sedikit filem ini merudum kelam di akhirnya.
Cuma, barangkali ia hanya berjaya memberikan sebuah notifikasi, ataupun imbauan nostalgia (khususnya bagi pencinta filem-filem yang aku nyatakan di atas), ataupun ibarat menyiram air lalu memberi kesegaran (yang cuma sedikit) akan subgenre ini, yang sudah agak lama tidak 'berbunga' lagi. Sayangnya, bunga itu kembali layu di saat ia mula mekar.
12 December 2008
Death Race (2008) - Lumba Sampai Mati : "Homage" buat Mat Rempit
Hanya ada dua sebab kenapa aku tonton filem ini. Pertamanya ialah kerana tertera nama Paul W.S. Anderson sebagai sutradara dan juga Jason Statham sebagai protagonisnya. Keduanya ialah kerana konsep pos-apokaliptik, ciri-ciri distopia ala Mad Max (1979) dan baru-baru ini Doomsday (2008) yang memanggil-manggil aku menontonnya.
Namun, apabila bercakap tentang plot, ia hanyalah seumpama memakan roti canai kosong tanpa kuah sambil pekena teh tarik yang suam-suam kuku hangatnya. Pendeknya, tiada keenakan, walaupun ada sesetengah sekuens yang bisa membuatkan kau bereksklamasi seraya bangun dan bersorak "Yeaaa, Kill 'em! Kill 'em all!".
Aku tidak mahu ekstrak satu persatu kerana banyak perkara gelobor dalam filem ini. Aku tahu ini sebuah remake dari filem Death Race (1975), sehingga filem itu dibawa terus ke permainan video, dan perkara ini sangat relatif kini. Jadi, Paul W.S. Anderson [yang aku kenal melalui filem Resident Evil (2002) serta Alien vs. Predator (2004)] sangat sinonim dengan perkara ini (kerana beliau seorang penggila videogame) walaupun kata beliau, plotnya tidak ada kena mengena dengan video itu. Sekadar inspirasi semata-mata.
Menonton filem ini agak bermasalah untuk aku. Ada ketikanya aku baru sahaja dipupuk semangat tinggi (rujuk babak di kantin itu apabila Jensen aka Frankenstein mula mendemonstrasi akan kehandalannya) akhirnya dibiarkan tandus begitu sahaja. Kesan ekspresif itu menjadi sia-sia. Pun begitu, (setelah aku timbal balik segalanya dengan menolak ke tepi absurditi sana sini) filem ini sebenarnya tampak ada sedikit kemajuan secara keseluruhannya, (oh aku suka topeng kool itu setentunya) apabila Paul W.S. Anderson mula menyuntik anasir violent yang penuh epilepsy khususnya buat audien mainstream, dan pengujaan ini sudah tentunya death scene yang divisualisasikannya.
Gayanya klasik walaupun kurang dramatik.
10 December 2008
Scarce (2008) - Falsafah Kannibal yang Masih Tebal
"Pretty soon, you’ll pass right thru my body, and be nothing, but my shit" – Ivan (kanibalis)
Sudah tentu nama Peter Jackson haram tidak dikenali melalui pembabitan awalnya dalam arena perfileman melalui debut Bad Taste (1987), di kancah arus perdana. Apatah lagi, ia sebuah produksi kecil New Zealand yang berbajet rendah, malah sebuah filem berskala tinggi gorifikasinya, plot sci-fi yang absurd dan penuh kegilaan. Kini, (berikutan sukses gemilang beliau di Oskar melalui trilogi Lord of The Rings) segala filem terdahulu beliau dijadikan rujukan mahupun bahan kajian (pembikin baru, pelajar filem), dijulang malah tak kurang juga yang berpura-pura cintakan filem beliau (Bad Taste (1987), Braindead) walhal filem-filem sedemikian langsung mereka tak gemari. Oleh sebab nama Peter Jackson selaku pembikinnya, lalu golongan ini bersikap 'tak mahu ketinggalan'. ("Oh Bad Taste? Ya, ya aku suka aku suka" – tapi dalam hati : "entah apa-apa entah Bad Taste tu, pasal invasi alien? rumah terbang? mengarut... mengarut").
Ok, tidak ada nama Peter Jackson dalam filem ini. Jangan kau harap. Point aku sebenarnya tentang low-budget dan debut pembikin baru. Biasanya, orang akan terlepas pandang bab ini. Aku percaya dan sangat yakin, bahawa Bad Taste dikutuk gila-gila sewaktu awal rilisan pertamanya. Contoh terdekat kini ialah Rob Zombie, pembikin modern-age horror melalui debut pertamanya House of 1000 Corpses (2003) yang mendapat rating yang sangat rendah daripada penonton malah dikritik habis-habisan pengkritik profesional. Namun apabila sekuelnya dirilis, filem ini (HO1KC) dijulang semula berikutan justifikasi serta ekuilibrium yang wujud dalam plotnya. Malah Roger Ebert, sendiri berasa serba salah (takut di'serang' pembacanya) apabila bersikap **"rate & run" dengan menganugerahkan tiga bintang terhadap filem tersebut. Ultimately, lima buah produksi gergasi Hollywood, memberi kuasa penuh kepadanya untuk mengemudi remake Halloween (2007).
Ok, berbalik semula tentang Scarce (ironinya sekali lagi, aku menyimpang jauh dari topik asal, dan seakan sudah menjadi tabiat aku kini). Sebuah produksi kecil Canada oleh debut pembikin baru Jesse T. Cook, juga penulisnya John Geddes (beliau juga selaku protagonis filem ini). Sebuah plot yang dilihat sangat ambisius, namun tampak menggiurkan apabila menggarap kisah kanibalisme (walaupun elemen slasher, hill-billies masih tetap wujud). Pun begitu, tiada apa yangbaru yang boleh mewarnai keseluruhannya. Cuma apa yang cantik barangkali keseriusan serta enthusiasme lakonan mereka.
Bayangkan suhu di bawah paras beku, pelakon-pelakonnya hanya dikenakan t-shirt dan boxer. Serius, kesejukan itu turut membuatkan aku sama merasai.
Bagaimanapun, dari sisi plot, ia sangat mendatar sehinggalah kita sampai di kemuncak terakhirnya, lebih-kurang 20 minit terakhir. Di sinilah 'kegilaan' sebenar filem ini, walaupun falsafah filem kannibal masih tetap sama semenjak pos-Deodato (fuck civilization – capitalism - consumerism).
Oleh kerana passionate serta semangat juang pembikin muda ini (walaupun rating sangat rendah di imdb), maka aku menjangkakan yang lebih baik lagi untuk naskhahnya akan datang.
**Ya, aku sudah dapat satu istilah baru.
09 December 2008
Graveyard Alive : A Zombie Nurse in Love (2003)
Buat masa ini, aku tidak ada sebarang DVD baru untuk di tonton. Jadi aku menonton TV (dan sudah tentu saluran SBS adalah saluran aku). Tanpa intensi, aku tertonton sebuah filem horror.
Introduksinya sangat memikat, apabila seorang lelaki berjalan (pergerakan kamera ialah beliau yang menjadi mata penglihatan kita), melalui beberapa buah tempat dan kelihatan manusia terkejut sehingga ada yang lari bertempiaran apabila terserempak melihatnya.
Perjalanan beliau berakhir di sebuah hospital. Doktor dan para jururawat juga terkejut tetapi lebih bersikap tenang. Semuanya gara-gara sebilah kapak tercacak melekat di kepalanya. Ironinya, beliau masih mampu bersembang-sembang, malah sempat mengurat jururawat lagi. Oh ya ini sebuah filem zombie sebenarnya. Jadi sudah tentu kau tahu apa seterusnya yang akan berlaku.
Initially, aku fikir ini adalah sebuah produksi 60an, berikutan paparan black & white, serta visual (techniscope) yang usang lagi kasar. Tetapi hati aku terdetik, ada sesuatu yang tak kena. Serius, aku tak puas hati. Macamana aku boleh tak tahu langsung pasal filem ini kalau betul ia sebuah zombie klasik. Ya, barangkali teknik (stark black & white) itu disengajakan. Sehinggalah masuk waktu iklan (ada gunanya iklan buat aku kali ini), aku gelintar sebentar di imdb, dan ternyata filem ini, seperti aku agak, sebuah filem keluaran tahun 2003, arahan Elza Kephart.
Ia sebuah satira sosial dalam garapan komedi gelap. Membawa sebuah plot yang sangat mudah (apabila bercakap tentang plot zombie), tetapi struktur penceritaannya agak interesting (ada ramuan wit & edgy). Dan oleh kerana pembikinnya membawa konsep 60an, ditambah dengan musik retro yang membentuk tempo mengasyikkan, walaupun tampak low-budget (mungkin disengajakan, aku kurang pasti) menjadikan filem ini sebuah lagi 'klasik-segera' (An instant zombie cult-classic).
Laman web rasmi : www.graveyardalive.com
07 December 2008
Conjurer (2008) - Sebuah Pengaruh Kuat "Evil Dead"
Ya, filem ini ada pengaruh Evil Dead (1981) termasuk sekuelnya (yang mesti ada dalam rak DVD, kalau kau seorang peminat Horror). Adalah satu pembohongan besar pembikinnya (Clint Hutchison yang juga sebagai co-writer) JIKA beliau menafikannya, meskipun naratif filem ini tidak ada kena-mengena, kerana Conjurer menggarap sebuah kisah lain yang agak asli.
Malah, tidak aku nafikan, filem produksi indie (yang agak underrated) ini serius, agak merengsa. Barangkali feel atau 'semangat' Evil Dead itu masih kuat. Untuk itu, aku memilih untuk tidak menulis secara dekonstruktif lagi panjang lebar. Hanya **gambar yang dipetik dari kedua-duanya sebagai petunjuk (atau lebih tepat lagi, bukti akan pengaruh serta similariti itu).
(Gambar di posisi kiri dari filem CONJURER, manakala kanan dari EVIL DEAD 1 & 2) Protagonisnya adalah resureksi Bruce Campbell, tuan-tuan dan puan-puan!
**Sial, sebenarnya, menulis adalah jauh lebih senang dari aku sunting satu persatu, cut & paste semua gambar-gambar ini.
05 December 2008
Mag-ingat Ka Sa... Kulam (2008) - Kembali dengan Asean-Horror
Kalau diterjemahkan judul dalam bahasa tagalog itu akan membawa maksud (lebih kurang) “Beware of Curse”. Ya, sebuah filem horror dari negara jiran kita, Filipina. Khabarnya, banyak menerima sambutan positif di sana. Entah, aku tak tahu. Yang aku tahu, filem ini sudah ada depan mata, jadi aku tonton sahaja (oh dan sudah tentu tontonan aku tidak 'cukup' kalau tidak berakhir di sini haha).
Sebetulnya, ada beberapa perkara positif yang boleh aku ceritakan. Tapi adalah lebih molek, kalau aku mulakan dengan negatif. Kita simpan dulu yang elok, bak kata pepatah inggeris save the best for last.
Ok. pertamanya tentang temanya yang, well, sudah agak membusuk lagi hanyir – "dendam roh". Kisah sebegini bukan sahaja boleh ditakrifkan sebagai repetitif, malah... (ok ok aku boleh sabar lagi). Keduanya, ada hantu wanita berambut panjang tuan-tuan dan puan-puan, dan setentunya entiti ini suka sangat ‘mengusik’, yang secara tiba-tiba menjelma (ironinya, hobinya juga jatuhkan barang-barang, tutup pintu kuat-kuat, pandai main tutup bukak lampu) oh sudah pasti dikompos elok dengan runut bunyi, sana-sini. Takut? Ya, aku takut. Takut aku gelak kuat sangat sampai jiran aku bangun tengah-tengah malam serang aku dengan parang.
Ok, aku serius kembali (oleh sebab ini perkara positif). Filem ini adalah satu pengaruh langsung filem Gothika (2003), dan ini kita boleh rujuk dari fragmen awal, apabila kemalangan kereta itu adalah sebuah ‘destini’ dan kita faham signifikasinya kerana di situlah ‘takdir’, sebuah asimilasi plot (twist) yang sangat penting dalam filem-filem sebegini. Bagaimanapun, surprisingly membawa sebuah cerita (yang agak efektif) dari sebuah naskhah skrip yang agak solid. Pendeknya, filem ini tentang ‘Saka’, dan perkara ini sangat ‘rapat’ dan sinonim dengan budaya orang Asia Tenggara.
Aku suka si kecil itu (oh dia seorang kanak-kanak buta, dan ‘buta’ itu simbolisme ‘purity’, malah ada kejernihan dalam wataknya). Dia sangat pandai ambil hati (dialog menyentuhnya apabila dia mengeluh untuk melihat ‘gerhana’). Maka sudah tentu si kecil itu juga menjadi ‘penyelamat’, secara literalnya, bukan sahaja di konklusi malah keseluruhan filem ini. Dari sudut originaliti, barangkali ada (skrip), malah agak mengujakan kerana ia (saka) mengambil referens Necronomicon (Book of The Dead) buat julung kalinya ke dalam Asean-Horror. Malah, ia tampil sebagai sebuah ramuan dari filem Gothika (2003), Evil Dead (1981), Ringu (1998), The Exorcist (1973), A Tale of Two Sisters (2003) dan filem yang juga dari seberang berjudul Alone (2007) yang muncul baru-baru ini. Masalah utamanya, barangkali terlalu condong berkiblatkan Korean & Japanese-Horror.
04 December 2008
EskalofrÃo (Shiver) (2008) - Sebuah "Spanish-Horror" Lesu
Fajar menyinsing. Kelibat seorang remaja lelaki berpakaian hoody sedang berlari. Tercungap-cungap mengejar sesuatu. Atau sebenarnya ada sesuatu yang mengejarnya. Matahari. Ya, dia mahu lari dari sinar matahari. Namun, sinar itu semakin rapat mengekornya di belakang. Dia tak ada pilihan, matahari harus dia redah juga. Dan semakin dia hampir ke destinasi, kulitnya mulai menggelupas dan darah sudah mula mencurah-curah keluar dari segala ruang rongganya. Tidak, dia tak sempat. Akhirnya dia terbakar.
Aku percaya, sudah pasti persepsi awal kau orang sama seperti aku. Salah. Tetapi agak ironis, kerana beliau bukanlah spesis vampir baru (sebagaimana filem Let The Right One In (2008) baru-baru ini yang kita tonton), tetapi penghidap penyakit kulit yang kronik – punya sensitiviti tinggi terhadap cahaya matahari. Oh ya, introduksi babak di atas adalah mimpi remaja itu semata-mata.
Sebenarnya, aku sudah menyimpan cita-cita untuk mencari dan menonton lagi produksi horor baru dari Spain, selepas [REC] (2007). Selepas beberapa dekad, filem bertema realisme atau true-horror – iaini filem tentang 'survivalist' atau 'hardgore', 'gorno' (istilah baru dari graphic-violence dan torture-porn) dimonopoli penuh subgenre ini (sebahagian besar dari Amerika dan Peranchis). Ini barangkali faktor sambutan, kerana khalayak tidak lagi ‘taksub’ atau tidak boleh lagi di’takut’kan dengan subgenre supernatural mahupun klasik monster, khususnya selepas silver era (1950 – 1979). (Di Malaysia, horor itu masih dikaitkan dengan hantu mistik – serius, kita ketinggalan). Sejak itu, lebih banyak lagi filem tentang serial-killer muncul dan mengganas di sinema yang lebih eksploitatif sifatnya bermula awal 80-an hingga sekarang. Bagaimanapun, horor-supernatural masih dibikin secara efektif lagi menghantui, lebih stailistik dalam struktur naratifnya, apabila J-Horror (selepas era Masaki Kobayashi, Nagisa Oshima, Nobuo Nakagawa) muncul sebagai sinema gergasi horor dunia, yang kebanyakannya membawa tema apokaliptik (apabila formula hantu itu mencetuskan huru-hara dan tidak lagi tertumpu pada individu, rujuk sutradara kontemporari Hideo Nakata, Takeshi Shimizu). Ini barangkali sedekad lamanya bermula awal 90-an (modern-age), malangnya sentiasa dikitar Hollywood yang gersang ide.
Dalam tempoh yang sama, Takashi Miike mula mengangkat kembali Black Cinema (berkonsep sex & violent) dari era ero-guro films Tsukamoto, ke arus perdana (sepertimana usaha Quentin Tarantino menaikkan semula sinema eksploitasi Grindhouse di Hollywood, yang lebih 'mesra' dan 'soft' untuk mainstream). Ini mewujudkan satu lagi cabang horor yang berjaya enhanced dan uplifting, memberikan kesegaran genre ini untuk peminat horor yang sentiasa dahagakan pembaharuan.
Ia ibarat satu ‘mazhab’ baru mucul (yang sebelum ini berciri ‘bawah-tanah’) dalam sinema horor. Masing-masing barangkali ada pengikutnya. Tetapi buat horror-fan sejati, ia satu ‘apresiasi’, yang tidak wujud dalam mana-mana genre filem lain.
Tengok? Sudah jauh aku menyimpang dari topik asal. Satu gejala sindrom 'hyper-horror', (overexcited) apabila bercerita tentang Horor. Haha ok, ok kita kembali ke Sepanyol. Sejujurnya, filem ini tidaklah hebat untuk aku perkatakan, walaupun nama penerbit Pan’s Labyrinth (2006) di kaver DVDnya menjadi modal besar, suatu percaturan promosi dalam mengajak kita menontonnya. Tiada spektakular (kerana sudah tentu aku mengharapkan sesuatu atas nama penerbit ini berikutan kejayaan Pan’s Labyrinth (2006) dua tahun sudah). Originaliti itu barangkali ada (kisah tentang anak liar/kanibal itu satu ide asli), tetapi feel serta struktur plotnya tetap biasa. Ya, ada indikasi beberapa filem, (oh ya filem ini berkiblatkan J-Horror, serius, cuma buang supernatural) namun tetap menjadi sebuah filem yang mudah untuk kita lupakan. Mungkin ada beberapa elemen yang segar (walaupun aku masih kesal), dalam beberapa sekuens, tetapi masih tidak cukup rempah dalam meningkatkan deruan adrenalin. Ia tidak hebat dan tidak pula jelek.
30 November 2008
Donkey Punch (2008) - Seksploitasi?
Sebetulnya, filem ini tak berapa 'layak' untuk digolongkan ke dalam genre horror, walaupun berkonsep killer-movie. (Malah, poster filem ini tidak sesuai sekali dengan ilustrasi ‘gore’ itu. Poster di bawah agak lebih kena). Well, tidak sehingga kita sampai ke 15 minit terakhir, lebih kurang.
Dan dalam minit-minit terakhir itulah, barulah filem ini (digarap) lebih enthusiastik, selepas plotnya dirasakan semakin monotonous dan lesu. Genre thriller mungkin lebih sesuai, tetapi sardoniknya, tidak pula aku merasa ‘thrill’ dengan struktur ceritanya. Jadi, maaf (bagi sesiapa yang suka), filem ini tidak boleh aku ‘selamat’kan lalu menjadi antara tontonan terburuk aku dalam tempoh waktu ini.
Tidak, pokoknya, bukan soal genre. Aku bukan prejudis, mahupun ada unsur favoritisme terhadap genre horror, tetapi filem ini, segalanya seakan tidak menjadi malah kucar-kacir. Meskipun tema yang dibawanya itu sudah agak kuat (original), penuh elemen ‘sex & shock’ (lebih-lebih lagi ini adalah filem arus perdana) dan penuh kegilaan (sila gelintar di google atau Wiki istilah “Donkey Punch” – aku agak ‘segan’ untuk mendeskripsikan di sini ), ada moral yang cuba disampaikan – (jauhi dadah, seks rambang dan gejala sosial), tetapi filem ini masih tidak kesampaian seratus persen.
Dengan lakonannya yang amaturis (walaupun ada seorang dua yang baik – rujuk mangsa tikam itu), tambahan lagi filem ini berciri character driven, tetapi tidak satu pun daripada karakternya membawa emosi yang benar-benar dirasai, malah aku agak sukar untuk ‘masuk’ dan ‘kenal’ akan kesemua watak-wataknya. Siapa hero/heroin dan siapa pula villain? Ok, kalau anti-hero, serius, watak kelabunya masih tidak cukup empati kekelabuannya. Malah, tidak ada ciri-ciri provokatif.
Barangkali masalah skrip ataupun adaptasinya ke lakon layar. Serius, ia dirasakan longgar dan tampak tergesa-gesa. Sehingga segala pembentukan ruang cemas, saspens, paranoia, klaustrofobik mahupun konfrontasi yang sangat-sangat penting dalam genre ini tidak dititikberatkan.
Akhir sekali, walaupun ianya boleh dianggap sebuah filem bertema (seks) yang membawa mesej moral sosial yang sihat, tampak sebuah naskhah asli, namun ia masih tidak cukup ‘menyegarkan’. Ya, sex sells tuan-tuan dan puan-puan, (untuk filem ini) barangkali sekejap, selebihnya seksa.
Subscribe to:
Posts (Atom)