30 April 2006

Riding The Bullet (2005)

Aku dah tonton lama dah filem ni. Aku dah siap kasi fadz pinjam dengan harapan dia akan tulis lepas dia tonton. Sampai sekarang aku tak nampak dia tulis kat tontonfilem pasal filem ni. Jadi aku tulislah apa yang ada dalam kepala otak aku pasal filem ni.

Ini filem hasil tulisan 'Papa' King. Kau barangkali tak pernah tahu-menahu pasal filem ni sebab King tulis sekadar short-story. Biasanya screenplay macam ni keluar kat TV series macam Tales from The Crypt atau Twilight Zone dan jugak Amazing Stories - ingat lagi?. Tapi Mick Garris tulis semula dan filemkan (dia juga cameo untuk filem ni). Sapa Mick Garris?

Direktor Mick Garris - Mamat ni banyak buat TV series King macam yang aku sebut di atas tadi. Filem terbaru dia bikin ialah Masters of Horror (Kompilasi filem-filem pendek seram) - Filem "Chocolate". Kau boleh baca kat blog Reza.

Filem ni menceritakan tentang pergolakan hidup-mati. Kontradiksi watak utamanya dalam memilih satu jalan, yang mana satu kau pilih. Salah pilih - kau mati. Falsafah King ialah hidup ini bermetaforakan rollercoaster (bullet) (cliche? M Nasir pernah cakap bukan?). Kau cuma perlu harungi tunggangan rollercoaster itu maka kau boleh teruskan kehidupan kau. Hilangkan segala duka lara (trauma) yang dulu.

Senang cerita, samada kau suka atau tak filem ni. Dalam erti kata lain juga, kalau kau boleh layan horror surealisme-supernatural-ambiguiti atau apa saja, maka kau takkan tidur di pertengahan jalan.

Disebabkan filem ni disuntik komedi, maka kau akan perasan homage filem-filem King seperti Sometimes They Come Back, Cujo, Carrie, dan jugak watak hantu 'double' (doppelganger) sepertimana kau tonton Secret Window. Tapi kalau kau bukan peminat King, mungkin kau tak perasan semua tu. Pun begitu, filem ni agak seimbang. Kau mungkin boleh ketawa untuk sesatu babak tapi 'terperanjat-kodok' dalam sekuens seterusnya.



Bagaimanapun, aku tidak akan meletakkan Riding The Bullet sebaris dengan filem-filem terbaik Papa King. Lalu jika kau katakan filem ni sungguh membosankan, aku angguk je.

Nota tambahan : Sorry fadz..!! Lepas aku post, baru aku jumpa kat blog kau ciss bedebah. Kau dah tulis hehe sori. Tapi pendek sangat. Aku yang lupa.
Riding The Bullet @ tontonfilem

28 April 2006

5 x 2 (2004)


Aku tonton filem ni sebab nama Francois Ozon (penulis & pengarah) yang tertera kat cover DVDnya. Arahan sebelumnya ialah Swimming Pool dan juga 8 Women.

Kalau aku pendekkan, filem ini memdekonstruksikan kisah satu pasangan suami isteri yang diceritakan secara 'reverse' kronologi. Sepertimana kau tonton Memento dan juga Irreversible.

Oleh sebab struktur naratifnya terbalik, walaupun kau dah tahu konklusinya, tetapi Ozon secara subtle mengajak kau 'mendekati' dan cuba 'membentuk' kembali strukturnya walaupun kau tak seteruja-mana disebabkan faktor konklusi antiklimatik.

Tidakkah kau bayangkan betapa konvensionalnya kisah pasangan ini kalau pengolahan ceritanya secara 'lurus'? Tetapi oleh sebab keunikan filem ini maka awal-awal lagi kau akan tonton pasangan ini sedang dalam proses menuntut cerai, lalu kita dibawa melwati satu persatu babaknya, sehinggalah ke saat awal pertemuan mereka.

5 x 2 sebenarnya membawa maksud 5 'keadaan' atau segmen yang diceritakan bermula dari babak 'bercerai', seterusnya sekuensi 'makan malam', 'kelahiran anak', 'hari perkahwinan' dan akhirnya (walaupun hakikatnya satu permulaan) ialah ketika saat pertemuan/perkenalan mereka di pantai.

5 x 2 tercalon di Venice Film Festival dan menang dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

22 April 2006

The Middle of the World (2003)

Seperkara yang merosakkan filem genre 'road-movie' ini ialah kehilangan momentum, sepertimana aku tonton filem Motorcycle Diaries yang membuatkan aku tertidur di pertengahan jalan.

Tapi aku kira filem ini lebih baik dari Motorcycle Diaries tapi terlalu jauh kalau dibanding dengan Y Tu Mama Tambien.

Aku memang suka filem yang berlandaskan dari real life. Filem ini berkisahkan satu keluarga di Brazil yang berbasikal sejauh 3,000 batu merentasi Brazil menuju ke Rio De Janeiro semata-mata untuk mencari hidup yang lebih baik di sana. Kalau nak diukur, bersamaan 5-6 kali ulang alik dari Johor ke Perlis. Tapi ini kisah benar bukan main-main.

Sepertimana road movie lain yang kau tonton, kau akan jatuh cinta akan sineri dan juga sinematografinya. Cuma tatkala filem ini terlalu memfokuskan karakterisasi, terlalu fokus akan perkembangan watak Antonio (konflik si anak yang semakin dewasa atau terlalu ingin menjadi dewasa)serta tidak menjustifikasikan watak2 lain, intipati filem ini akhirnya seakan hilang punca malah agak kurang sempurna. Sesat mencari pintu keluar. Cuma aku suka watak 'subtle' serta 'spiritual' si ibu dan si ayah.

Walaubagaimanapun, filem ini tetap cantik pembikinannya.

19 April 2006

Cerita Seram 4


Haha... aku belum tonton dan aku memang tak sabar nak tonton Scary Movie 4!


Nota : Beli dan tonton yang "original" di pasaran di Sg. Wang dan Low Yatt Plaza lagi 2-3 bulan dari sekarang!!!

12 April 2006

Selamat Datang ke Perth!

Aku dah lama tak menonton. Kau jangan tanya aku filem apa aku tonton. Masuk ni dah dekat 2 bulan satu haram filem pun aku tak tonton. Malas pun ada, tak ada idea pun satu hal.

Jadi untuk menggerakkan entri-entri aku yang sebelum ni ke bawah, maka aku letak gambar kota batu yang terletak di sebelah Australia barat yang di gelar Perth, sebagai penyeri skrin aku. Tapi aku tak duduk di celah-celah batu tu. Aku ada dalam 3km radius dari situ. So jangan cari aku kat situ.

Beberapa fakta pasal bandar Perth kalau kau nak tau :

1. Kod antarabangsa : ++61

2. Populasi penduduk : 1,400,507 (kat dalam bandar). Maka bila kau jalan-jalan beli-belah, kau takkan terlanggar bahu orang lalu lalang.

3. Etnik : 81.3% Australian (termasuk aboriginal), British 12%, New Zealander 2.3%, yang lain2 lebih kurang, termasuk 1% orang Malaysia.

4. Zon Masa : Kat Malaysia sekarang pukul berapa, maka bila kau kat sini, kau tak payah betulkan jam kau.

5. Agama : Lebih 30% orang kat sini tak ada agama. Ironinya, diorang kat sini baik2 belaka.. (How r u going mate? Good day mate!) Pernah abang aku tercicir dompet, siap ada sorang mamat tu siap cari & pulangkan. Kat Malaysia wallet or purse ko hilang? Haha jangan harap beb. Kau buat report kat balai, abang sarjan kat kaunter (err.. mesra, cepat & betul) boleh marah kau lagi..

6. Purata suhu : Januari-Mac dalam 25 degrees (tapi kalau masa summer boleh cecah 40), April-Sep dalam 15 degrees. Kadang2 je bawah 10 atau bawah 5 degrees. Kau jangan mimpi untuk main snowboard. Yang kau takkan boleh tahan ialah ke'ekstrim'an UV. Kalau kau duduk tengah-tengah panas (temp 30 degrees), cukup 5 minit kau dah boleh diklasifikasikan sunburn.

7. Tukaran matawang : 1 dollar australia = RM2.70 (setakat hari ni)

Haa dah tu jom lah datang sini.