17 May 2006

Return of The Living Dead : Necropolis (2005)

Hari kedua aku balik KL, terus aku ajak bini aku cari DVD baru. Bila saja aku nampak punyalah banyak filem horror baru yang aku belum tonton, apalagi, aku boronglah semua. Ini DVD pertama aku tonton (selepas berbulan lamanya aku tak tonton).

Kalau diikutkan, filem ini bukanlah sekuel dari versi asal 1985 (yang dibiarkan mati 21 tahun dulu). Cuma sekadar mencilok dari tajuk itu bagi tujuan pasaran khususnya bagi fanatik zombie fan (macam aku).

Filem ini meminjam pelbagai gaya, teknik malah tiada satupun yang tidak dipinjam dari filem-filem Romero seperti Night of The Living Dead, Dawn of The Dead, Day of The Dead, Land of The Dead, 28 Days Later, Zombie (Fulci) termasuk juga Resident Evil. Tidak ada apa yang baru lagi membaharukan. Kesemuanya dicilok bulat-bulat. Malangnya segala aspek falsafah ditinggalkan. Ini yang merosakkan sub-genre yang Romero perjuangkan. Semuanya tampak bodoh. Apa yang membodohkan lagi ialah apabila idea zombie bercakap-cakap sambil bergaduh.

Bagaimanapun, aspek gore aku kira mungkin aku letakkan di tahap baik. Percikan darah bersembur-semburan, gaya serta teknik seram-ganas, barangkali memenuhi selera aku malah segala 'cilokan' itu aku boleh maafkan. Kau mungkin juga terhibur dengan semua itu walaupun plot dan olahan skripnya aku kategorikan sampah.