29 August 2008

Nightmare Detective (Akumu Tantei) (2007)



Ini bukan restorasi Nightmare on Elm Street, kerana si psikopatik Freddy Krueger tidak wujud dalam alam nyata. Beliau cuma muncul dalam mimpi di teritori Springwood. Untuk filem ini pula, si psikopatik itu ada di alam nyata, justeru boleh memasuki mimpi sesiapa sahaja yang berniat untuk membunuh diri.

Umpama malaikat maut, antagonis ini akan datang dalam mimpi lalu membunuh, ironinya, mangsa itu tetap dianggap membunuh diri secara misterius di alam nyata. Soalnya, tiada siapapun yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Lalu muncul si hero baru, dalam premis kecil filem surreal ini yang digelar Nightmare Detective – penyiasat mimpi yang bukan sahaja boleh memasuki mimpi si anu, malah punya pancaindera istimewa – boleh membaca isi hati manusia.

Hebat. Filem yang diteraju Shinya Tsukamoto ini setaraf garapan gila Takashi Miike. Beliau juga membawakan watak antagonis seperti yang aku sebutkan awal tadi. Malah, kedua-duanya, iaini beliau dan Takashi Miike pernah berkolaborasi dalam beberapa filem sebelumnya (rujuk Ichi The Killer). Ia sarat dengan mainan visual yang spektakular, tekstur imej-imej diabolik surrealisme tanpa penjelasan, serta serangan provokatif minda terhadap justifikasi pembunuhan diri serta kutukan moral terhadap psikologi gelap manusia.

Dengan gaya unik slasher baru, gorifikasi di tahap tinggi, serta imej-imej yang boleh menggangu, filem ini aku rasakan antara filem surreal-slasher yang terbaik pernah dibikin Jepun. Sebuah ‘gem’ Asia.

27 August 2008

Flowers of Flesh and Blood (Chiniku no hana) (1985)



Bercakap tentang Sinema Hardcore Ekstrim ataupun Black Cinema Jepun, ini adalah satu di antaranya (sebelum generasi violence ekstrimavaganza Takeshi Miike dan Shinya Tsukamoto). Tapi ini bukan filem surreal (well, mungkin ada ciri-ciri itu, dipengakhirannya), tapi keganasan ekstrim semata-mata tanpa tumpuan penuh terhadap plotnya (maka menjadikannya sebuah filem eksploitasi). Lebih tepat lagi, ia berkonsepkan “filem snuff”. Ya, bagi kau orang yang teringin untuk menonton filem snuff (iaini filem eksperimental realiti (sebenar) yang dirakamkan secara nyata terus menerus – rujuk Videodrome, Great American Snuff Film), filem ini paling ‘dekat’ dengan konsep itu.

Jadi memandangkan filem ini dibikin di era 80an, menjadikan efek khas yang dibuat sangat-sangat realistik, maka tidak hairanlah kenapa pembikinnya di soal-siasat polis (masalah yang sama pernah menimpa Rugerro Deodato), setelah aduan dibuat oleh aktor Hollywood - Charlie Sheen, bagi membuktikan kesahihan, samada filem ini menggunakan efek dan bukan mangsa secara nyata. Justeru tiada masalah bagi pembikinnya Hideshi Hino untuk mengemukakan apa jua bukti, kerana sememangnya filem ini seratus persen menggunakan efek khas (oh kecuali ayam itu memang mangsa sebenar haha... kesian).

Durasi filem ini pendek – 42 minit tapi sarat dengan gore, brutalisme – seorang wanita diculik, disuntik dadah lalu dipotong beberapa bahagian badannya hidup-hidup, maka menontonnya sangat distressing. Segala efeknya menguja, straightforward torture, sadistik, memprovok tanpa mempedulikan empati audien terhadap wanita malang itu. Struktur plotnya tipis, berdialog minimal, akhirnya tau-tau proses potong-memotong itu dahpun selesai. Tontonan menjadi lebih berat apabila wanita itu masih kelihatan bernyawa, sehingga di’selesai’kan sepenuhnya di fragmen akhirnya. Aduuhhhh.... kau orang tonton sendirilah tapi jangan pula anggap aku merekomendasi.

24 August 2008

The Signal (2007)



Ambil dasar filem Ringu (apabila media elektronik menjadi medium pra-apokalips), gabungkan segala elemen apokaliptik 28 Days Later serta filem-filem Dead Romero, lalu didekonstruk struktur nonlinear dalam naratifnya seperti Amores Perros atau Memento serta seangkatannya, dan kau akan dapat hasil dalam filem ini. Ia sebuah naskhah horror-thriller segar dari tiga debut pengarah baru. Secara serius, aku berani katakan bahawa ini adalah filem (underrated) apokaliptik-horror terbaik tahun lepas, selepas [REC] dan Diary of The Dead. Persetankan sahaja yang lain-lain.

Aku percaya belum pernah lagi dibikin sebuah kisah yang dibahagikan ke tiga segmen, masing-masing dari tiga orang pengarah (David Bruckner, Jacob Gentry dan Dan Bush), ironinya ia berkesinambung secara total akan ketiga-tiganya. Idea ini sangat menarik, segar lagi ‘refreshing’.

Jangan salah anggap, ini bukan sebuah lagi zombie flick atau filem supernatural. Ini kisah apokalips sosial – apabila manusia telah terpengaruh, lalu keluar dari normaliti, menjadi pembunuh dan berbunuhan sesama sendiri, ironinya pembunuhan itu dilakukan secara rasional dan dalam keadaan waras, melalui halusinasi akibat dari suatu signal aneh yang dipancarkan ke telefon, radio dan televisyen khususnya (signal itu secara satira bermetaforakan media kerajaan). Tidak diketahui pula dari mana – tapi rasanya itu tidak terlalu penting.

Filem ini terkandung segala apa yang difikirkan untuk subgenre ini. Dari saspens, keganasan (brutalisme serta gorifikasi di tahap tinggi – ada babak putus kepala, tangan di skrew, leher ditikam, kepala dihentak bertalu-talu menggunakan tong – masih ingat Irreversible?), emosi (ok ada kisah cinta tragis yang terlarang), elemen cemas, twisted plot (yang digambarkan melalui halusinasi watak-wataknya), jukstaposisi imej yang penuh dengan mainan simboisis, teknik fotografi kasar tetapi cukup kemas dan yang paling menarik ialah elemen komedi gelap yang penuh satirikal. Ia sangat gelap dan menggelapkan. Dan itu adalah roh sebenar filem ini disamping kronologi tiga kisah (interconnected stories) yang dibikin hampir seratus persen sempurna.

Barangkali endingnya tidak sekuat yang aku harapkan, tapi itulah, aku sedar, bukankah ini filem apokaliptik? Justeru pengakhiran ‘bahagia’ bagaimana lagi yang boleh aku harapkan bukan? Haha.


The Cellar Door (2007)


Ini antara banyak-banyak filem yang aku tertinggal tahun lepas, dapat aku tonton semalam. Memang ekspektasi agak tinggi aku letakkan, semuanya atas sebab beberapa rebiu positif dari pengkritik/pemerhati horror di laman-laman web yang menjadi kunjungan aku (dan aku juga sedar akan rating 'gagal' di imdb oleh para pembaca - itu biasa bagi aku). Ya memang benar, tiada apa yang spesial dalam konteks horror-slasher untuk filem ini. Stail, teknik, malah boleh katakan semuanya sudah pernah aku tonton sebelum ini. Satu tema pengulangan.

Walaubagaimanapun, seperkara yang unik, ialah filem ini memberi ruang besar terhadap perkembangan karakternya (ala watak Henry (Portrait of Serial Killer), Harold (Masters of Horror – Family, masih ingat orang tua itu?), Watak si penculik/serial killer itu dapat kita dekati sedalam-dalamnya melalui struktur drama yang diatur pembikinnya. Maka ia menjadi agak unik (berbeza dari filem subgenre seangkatan dengannya sebelum ini). Barangkali ada emosi yang ingin dibentuk. Tetapi segalanya masih tidak kuat secara keseluruhan.

Dalam filem ini, kita kita akan kenal watak Herman, seorang pembunuh bersiri yang lazimnya tidak pernah digambarkan seperti ini, yang seolah-olah memiliki split personaliti, tampak retarded (maka sesetengah sekuens agak sukses dalam terma komedi gelapnya) tetapi masih tetap sadistik, brutal secara total. Sekuens awal, agak cantik dibikin (walaupun teknik handheld agak mengagau-ngagau, bingar, serabut, tak nampak kemas segala shot yang dibuat). Mangsa pertama dalam filem ini yang awalnya berjaya meloloskan diri akhirnya dibunuh juga. Boleh tahan sadis. Tapi masih di tahap biasa. Sejurus kemudian, mangsa kedua kita kenali dan dialah protagonis filem ini.

Filem ini barangkali cacat di pengakhirannya. Pada aku entah apa apa. Tak perlu ada tema dendam kesumat itu. Elok kalau di twist kan sahaja plot. Tak perlu mengada-ngada dengan gaya Bride ala Uma Thurman dalam Kill Bill. Buruk. Yang cantik mungkin muzik heavy metal latarnya sewaktu penutup filem ini.

21 August 2008

The Girl Next Door (2007)


Pada aku, filem ini overrated. Lebih-lebih lagi ada quote Stephen King di cover DVD : "authentically shocking... a long look into hell, suburban style. The Girl Next Door will not dissapoint" dan melihatkan rating yang cukup tinggi sebanyak 7.1/10 di imdb. Serius, rating sedemikian boleh dianggap tinggi untuk sesebuah genre horror-kriminal. Dan yang mempengaruhi aku lagi ialah apabila laman horror Bloody-Disgusting.com meletakkan filem ini antara filem horror terbaik tahun sudah.

Ok, aku tak boleh kata tak, sememangnya idea filem ini sangat menarik, dengan berlandaskan novel Jack Ketchum yang diambil terus dari kisah benar (yang menyedihkan sebenarnya) pembunuhan Sylvia Likens sekitar 60an di Indiana, Amerika (maka tidakkah itu suatu yang menarik, kerana selepas menonton kita tertarik untuk membuka laman-laman seperti wikipedia bagi mengetahui lebih lanjut tentang kisah pembunuhan seperti yang diceritakan?). Tapi entahlah, aku sendiri tak pasti.

Ya, memang ada sadisme, torture, disturbing (memandangkan segala siksaan itu dilakukan oleh budak-budak yang belum akil baligh lagi), siksaan dan segala macamnya, tetapi aku masih menganggap segala elemen itu tidak sekuat mana. Tiada kesan “emosi-seram”, yang sepatutnya wujud untuk genre berkonsep torture sebegini. Jiwa mangsa itu seakan tidak bernyawa. Simpati, tapi mati. Persoalan motif sebenar si gadis malang itu disiksa juga menjadi tanda tanya. Kenapa makciknya terlalu sangat membencinya juga serius, aku kabur. Kita cuma diperdengarkan akan maki hamunnya sahaja - Slut...bitch... slut... bitch.

Mungkin filem ini dibikin terburu-buru (berikutan filem An American Crime (2007) yang bertemakan kisah yang sama menyusul keluar selepas itu). Entahlah. Mungkin juga kerana filem ini tidak berjaya meninggalkan kesan psikologi mendalam untuk aku. Ataupun yang lebih tepat lagi, mungkin kerana paparan yang sangat-sangat jauh lebih sadistik, brutal, shocking dalam filem Inside (2007) yang aku tonton sebelum ini masih berlegar dalam otak horror aku ini.

19 August 2008

Teeth (2007) & Driftwood (2006)

Teeth (2007)

Sebuah komedi-horror gelap tentang mitos "Vagina Dentata" : legenda penuh misterius tentang faraj yang punya gigi (oh maksud aku benar-benar bergigi tajam yang boleh menggigit sampai putus).

Filem ini punya idea yang baik (asli) kerana setahu aku belum pernah mitologi ini dibawa ke layar lebar. Seperkara yang menarik perhatian aku ialah paparannya yang penuh dengan mainan simbolik, hasil keberkesanan imej-imej artistik yang dirangkum melalui sinematografi, berjaya membentuk skulptur emosi dengan berkesan.

Segalanya cantik, dari karakter penuh simplisiti sehinggalah ke plot witty yang sememangnya mudah diikuti. Temanya penuh satirikal, tentang signifikasi virginiti kerana gigi itu adalah metafora dara, impraktikaliti seks sebelum nikah, juga serangan secara subtle terhadap avant-garde sosial serta ciri-ciri awal kedisfungsian keluarga.

Digarap baik dalam suasana seram-seks-komedi (sudah tentulah kerana temanya absurd atau di luar jangkau logikal), tampak semacam kurang tapi masih boleh diterima sepenuhnya.


Driftwood (2006)

Ini adalah filem kedua Tim Sullivan yang aku tonton selepas 2001 Maniacs. Tapi ia bukan berkonsep splatter (splatstik) lagi. Tiada lagi humor slapstik, seks (buah-buah dada wanita), komedi gelap serta keganasan over-the-top. Sutradara muda ini mula membuka naskhah horror baru yang tampak lebih serius (rujuk debut Peter Jackson untuk Bad Taste dan juga Sam Raimi untuk Evil Dead).

Aku sedar filem ini berbajet rendah, dengan menampilkan barisan aktor muda-muda yang langsung tidak familiar dalam kancah industri, tetapi agak mengejutkan kerana rata-rata membawa watak masing-masing dengan baik (tidak termasuk sebilangan kecil veteran yang overacted).

Ya, aku terpaksa akui, filem ini punya plot yang klise, filem formulaik (kisah roh supernatural yang tak aman, menggunakan karakter manusia sebagai medium untuk pembalasan, sangat formulaik bukan?), tetapi struktur gaya naratif, bercirikan pos-columbine Amerika tentang “Kem Motivasi” yang menempatkan remaja bermasalah, digarap melalui character-driven, secara sederhana itu tetap memikat.

Justeru memandangkan peruntukan bajet menjadikan filem ini terpaksa disederhanakan dari segenap aspek (terutamanya elemen gore serta kesan khas), menjadikan filem ini berada di tahap yang jauh lebih baik berbanding B-Movies yang bersepahan di pasaran tatkala ini.

18 August 2008

Un Chien Andalou (An Andalusian Dog) (1929)

Filem ini dibuka tirainya dengan babak seorang lelaki mengasah sebilah pisau cukur. Kemudian beliau keluar ke balkoni, merenung bulan sambil imej bulan itu dibayangi garisan awan malam yang kelam. Seterusnya, satu close-up - seorang wanita dibelah matanya menggunakan pisau cukur tersebut. Kemudian, babak ini di cut, lalu sebuah nota "Huit ans apres" bermaksud "8 Tahun Kemudian" tertera di skrin, membawa kita ke sekuens seorang lelaki lain pula menunggang basikal berpakaian pelik (ala Nun). Beberapa shot transisi imej dimainkan, membawa kita ke beberapa babak-babak lain pula yang penuh kepelikan dan surealisme.

Aku bingung mentafsirkannya.

Itu adalah prolog filem Un Chien Andalou. Tidak boleh dinafikan, ia adalah sebuah filem perintis, atau sebuah ikon sureal. Malah, dianggap antara filem paling influential, yang bukan hanya terhad kepada subgenre surreal, horror, malah juga pembikin filem pos-moden mainstream. Ada yang mengatakan, paparan pembukaan brutal itu adalah elemen shock pertama dibikin dalam sejarah filem. Malah, banyak lagi sekuens, imej, falsafah serta simbolisme yang wujud dalam filem ini menjadi inspirasi pembikin sureal seperti David Lynch dalam Blue Velvet, Hithcock dalam Vertigo, Cronenberg dalam Videodrome. Oh sebelum aku lupa - ada satu babak dalam The Matrix – mulut Neo tiba-tiba hilang sewaktu integorasi oleh ejen Smith - Ya, babak itu telahpun dibikin dalam filem ini yang sudah mencecah 79 tahun usianya. (menjadikan filem paling tua pernah dicoret aku dalam blog ini).

Oleh sebab filem ini tiada struktur naratif, maka pelbagai interpretasi timbul (atau mungkin tidak ada langsung), malah menurut kata pembikinnya, Luis Buñuel (berkolaborasi bersama Salvador) - Tidak ada penjelasan rasional terhadap idea mahupun segala paparan imej (simbolisme) dalam filem itu. Bagi aku, itu sebenarnya alasan tipikal para surealis.

Sebenarnya,walaupun ada yang mengatakan filem ini dibikin untuk tidak difahami, barangkali ada satira sosialnya, satu kutukan segar terhadap media, atau mungkin serangan bundar terhadap golongan borjuis untuk golongan bawahan pada waktu itu (menurut apa yang aku baca).

Memang benar, pemahaman (akan filem ini) melalui interpretasi itu berbeza-beza apabila ia ditonton berulang kali. Aku sendiri pun sudah menonton 3 kali (oh itupun mungkin kerana faktor durasinya yang cuma sepanjang 16 minit). Apa sekalipun kita harus sedar, filem ini dibikin oleh surealis (apatah lagi katanya berdasarkan andalusia serta mimpi-mimpi pembikinnya), maka tidakkah kerja mengadaptasi mimpi ke layar dianggap satu kerja gila? Jadi tidak perlu kita berhujah tentang itu ini. Apa yang penting, cukup sekadar kita tonton dengan rasa, dan biarkan segala imejan itu bertindakbalas menerjah masuk ke ruang emosi tanpa tercari-caru penjelasannya. Itu sahaja.


"Tangan gatal nak bunuh orang"


(Kredit BinFilem untuk info)

13 August 2008

Them (Ils) (2006)


Ambil filem Psycho, serikan dengan watak persis Kate Beckinsale dan Luke Wilson dalam Vacancy. Akhir sekali hiaskan dengan personifikasi pembunuh ala Mike Myers (Halloween) dalam gandaan 5x. Kacau ramuan itu sehingga sebati dan hasilnya THEM (aka Ils dalam versi original Perancis) – Sebuah resipi horror-thriller moden dalam acuan klasik.

Filem ini berdasarkan dari kisah benar (jadi bukankah itu lebih atraktif berbanding fiksi?). Kedua-dua watak utamanya juga diadaptasi dari real-life, pasangan Lucas dan Clementine, dibawa terus ke dalam filem ini. Bagaimanapun masalah besar yang timbul yang menjadi tanda tanya ialah di pengakhirannya, yang jelas tidak berdasarkan dari apa sebenarnya yang berlaku. Itu merupakan masalah utama filem ini. Apabila ini berlaku, lantas kita akan rasa tertipu. Tapi tak mengapa, kerana masalah ini akan kutinggalkan dahulu.

Aku tidak boleh nafikan, filem underrated horror ini antara yang terbaik pernah dibikin Perancis. Malahan, segala intensiti, roller-coaster, saspens, runut bunyi serta shot sinematografi yang membentuk keseluruhan ruang atmosferik horror sangat-sangat berkesan dibuat. Segalanya tampak sempurna dari sudut teknikalnya. Pacing yang cukup pantas, langsung tidak memberi masa untuk aku berhenti mengambil ‘nafas’ seketika. Ya, filem ini sangat mendebarkan dan untuk merasainya kita perlu masuk ke dalam roh karakter yang diburu, seraya membayangi posisi karakter si pemburu. Sebetulnya itulah yang menjadi nadi getir, kerana kita hilang punca akan motif buruan tersebut.

Misterius tentang siapa “mereka” yang mengelabui plotnya itu sangat menguja dalam mengajak kita ke fragmen-fragmen seterusnya bagi membongkar siapa mereka di sebalik kumpulan ‘hoodies’ itu, sehinggalah ke konklusinya – yang seperti yang aku katakan awal tadi, bukanlah menjadi kekuatan utamanya lagi kerana ia akhirnya menjadi sebuah fiksi. Lalu, kita sedar bukan itu yang sebenarnya berlaku dalam real-life pasangan malang tersebut. Tetapi jika dari awal lagi kita tahu ia fiksi, sebuah filem formulaik horror, maka masalah remeh sebegini pasti tidak akan wujud sama sekali.

Apa sekalipun, aku cuba maafkan juga memandangkan filem ini, tetap membawa sebuah garapan survival horror-slasher yang sangat-sangat baik. Sedikit sebanyak aku masih merasa tak puas hati akan rumusan nota-nota yang terbit di kaca skrin di penghujungnya, tentang justifikasi undang-undang terhadap mereka yang terlibat itu. Rasa tertipu itu masih ada. Mungkin besok akan hilang agaknya.

12 August 2008

[REC] (2007)



Tidak banyak yang aku boleh perkatakan lagi tentangnya. Maka untuk filem ini, aku ringkaskan sebegini:-

Seram? – check (di tahap tinggi)
Cemas? – check (di tahap tinggi)
Zombie/out-break atau virus infeksitasi? – check
Intensiti plot? – check
Gore/Darah? – check
Violence/Keganasan? – check
Emosi? - check
Twist diakhir ada justifikasi plotnya? – check
Plot asli/original? – check (walaupun ‘meminjam’ gaya klaustrofobik filem Silence of The Lambs dipengakhirannya tetapi masih original)



Justeru, apa lagi yang aku boleh hebohkan?

Diary Of The Dead (2007)




Aku sedar, filem ini tidak mendapat tempat di hati rata-rata peminat horror. Ini barangkali kerana dunia telah diterujakan terlebih dahulu dengan kemunculan filem blockbuster apokaliptik Cloverfield (2008) serta teknik handheld yang sama digunakan dalam [REC] (2007), sebelum filem ini dilayarlebarkan ke seluruh dunia (sebelum itu ia cuma ditayangkan di festival-festival filem dunia). Seterusnya hanya dibuka secara limited release di beberapa negara sahaja pada awal tahun ini. Lain-lain hanya dibawa terus ke versi video, termasuklah versi tontonan aku.

Ya, aku akui Diary of The Dead tidak digarap se'cemas' filem-filem yang aku sebutkan awal tadi. Mungkin TIDAK wujud erti kata 'seram terloncat', non-stop thrill-ride, terrifying, atau 'sampai gugur jantung' atau apa sahaja lagi. Begitu juga tahap gorifikasi serta brutalisasi. Segala elemen itu mungkin ada tetapi hanya di tahap sederhana. Walaubagaimanapun, filem ini sebenarnya lebih 'berat' lagi ekstensif malah mesej yang disampaikan lebih substansif (berbanding kedua-duanya termasuk juga filem Zombie Diaries (2006) - yang ternyata berbeza walaupun berkonsep sama).

Ekspektasi aku benar sekali. Aku kenal pembikin filem ini melalui karya-karyanya sebelum ini. Malah aku percaya, hanya peminat George A. Romero sahaja yang dapat menilainya, termasuk apa sahaja elemen kutukan serta satira terhadap sosial duniawi yang dimainkannya serta homej terhadap segala versi "Dead" beliau sebelum ini. Untuk itu, segala instalmen "Dead" sebelumnya direkomendasi tinggi agar ditonton sebelum mencapai apresiasi penuh filem ini.

Secara peribadi, filem ini adalah paling 'solid' pernah dibikin Romero (kalau bukan yang terbaik sekalipun) malah paling sarat dengan dialog (quotes) sinikal yang jelas memberi hentaman secara subtle, mengutuk segala macam kebobrokan dunia sejak awal dulu lagi hingga pos 9/11 (khususnya era kepimpinan politik Bush), tentang konsumerisme, media (kutukan terhadap organisasi TV yang dikawalpenuh oleh kerajaan), republikan (konsekuensi perang), globalisasi, humanisme, prejudis perkauman yang disampaikan secara terang dan jelas sekali melalui naratif voice-over (yang tidak pernah dibikin beliau sebelumnya) dan itu sebenarnya adalah simbolisme ‘suara’ mesej Romero sendiri.

Berikut adalah beberapa “memorable quotes” atau lines (ya, sekurang-kurangnya untuk aku), yang mana memberi kekuatan dasar sepenuhnya episod apokaliptik terbaru Romero ini:-

How many times have I told you? Dead things don't move fast. You're a corpse, for Christ's sakes. If you run that fast, your ankles are gonna snap off. = (Barangkali ini satu mesej sinikal terhadap mana-mana pembikin filem zombie yang masih tidak memahami istilah “Dead” itu sepenuhnya.)
The problem doesn't seem to be that people are waking up dead, but that dead people are waking up.
[yelling into abandoned hospital] Hello! We're not dead!
[handing gun to Tony] Take this. It's too easy to use.
[handing camera away] Take this. It's too easy to use.

See? I told you dead things move slow!
Dan last lines sebelum tirainya ditutup, yang sangat menghantui (tidak sepatutnya aku siarkan berikutan ada ciri-ciri "spoiler").






11 August 2008

Inside (À l'intérieur) (2007)


Aku harus akui, filem ini masih lagi mampu menerbitkan rasa disturbing secara total, walaupun semalam sudah masuk dua kali aku menontonnya. Ia memberikan sebuah pengalaman baru dalam genre horror-kriminal sekurang-kurangnya untuk aku, malah setakat ini, belum pernah lagi aku menonton formulaik horror yang menghidangkan darah (gore) ekstravaganza yang melimpah-ruah, sepertimana filem ini.

Aku percaya pasti ada di kalangan khalayak mengejeknya sebagai filem eksploitasi (sepertimana keekstriman black-cinema jepun), ataupun mengatakan pembikin neo-horror auteur Perancis sudah gila, hilang akal – superviolent-freak-dumb-fuck. Haha, aku tidak hairan. Tapi sebenarnya filem ini bukan semata-mata bersubjekkan brutaliti, sadistik semata-mata, tetapi kisahnya digarap dengan cukup seru dengan segala macam elemen penuh artistry, menjadikan roh filem ini sangat kuat, mistis, poetik, justeru menjana emosi ketakutan, cemas dan segala macam lagi.

Aku akui, ada sesetengah sekuens brutal yang membuatkan aku sendiri tidak sanggup menerimanya. Terlalu berat (akan siksaan itu) untuk aku tonton sama sekali (rujuk babak awal sewaktu protagonis itu sedang tidur, dikejutkan dengan satu tusukan gunting di pusat; DAN babak akhir sewaktu proses caesarean itu dilakukan).

Serius, Inside sebenarnya menjadikan filem survival horror British berjudul Broken yang aku tonton sebelum ini, termasuk filem francais Hostel serta SAW boleh sahaja diklasifikasikan "PG".

Filem ini tentang feminisme (rujuk Single White Female), bagaimana ciri-ciri, karakteristik wanita yang penuh sifat-sifat kecantikan itu bisa bertukar menjadi grosteque, hitam legam sepenuhnya, malah menjadikan dia antara villain paling dibenci khalayak oleh kerana kekejaman melampau yang dilakukan (rujuk antagonis Odishon). Jukstaposisi darah, brutaliti, erotisme (simbolis lesbianisme) (rujuk filem Haute Tension) serta keputihan sifat bayi (purity) dalam kandungan itu sangat menggegarkan, sekaligus membentuk lagi menguatkan segala ketegangan yang tidak putus-putus dalam pergerakan plot menuju ke fragmen akhir filem ini, walaupun twist agak klise ataupun sudah dijangka tetapi menjadi antara yang cukup dramatik, haunting dengan segala imejan shocking-disturbing - yang amat tidak sesuai untuk ditonton khusus yang sedang sarat hamil. Elok dijauhi.

Untuk itu, aku tidak peduli apa orang kata, kerana bagi aku tiada lagi istilah tepat yang aku boleh berikan untuk filem slasher-kriminal-neo-truehorror ini selain sebuah Masterpiece.


05 August 2008

The Cottage (2008)




Dalam filem, sinopsis (atau kadang-kadang tagline) yang tertera itu ibarat ‘janji’. Janji cerita yang bakal disajikan pembikinnya terhadap target audiennya. Persoalan samada ia dibikin baik atau tidak, itu terlalu awal dan agak subjektif untuk dirumuskan. Itu soal lain. Justeru apa yang dijanjikan haruslah ditepati.

Bagaimanapun, filem ini sebenarnya tidak menepati janjinya seawal 50 minit ia berlangsung (ya, hampir sejam). Serius, tidak ada apa-apa selain lawak humornya yang kosong, slapstik (yang tiada makna), entah apa-apa dan segalanya tidak mampu membuatkan aku ketawa (barangkali outtakes atau blooper reel yang dimuatkan dalam DVD di segmen Special Features jauh lebih lucu) dan apa-apa lagi. Malahan, filem Fido yang aku tonton sebelum ini lebih banyak mencuit hati aku (walaupun aku sedar sebilangan besar audien mainstream tidak ‘nampak’ kelucuannya), kerana humor satiranya yang gelap lagi menggelapkan.

Sebenarnya, ini adalah filem horror-slasher-komedi (maka aku sedar, ia bakal menjadi sub-genre splatter – antara genre kegemaran aku). Seperti yang aku katakan awal tadi, tiada apa yang menguja, malah aku sudah hampir putus asa meneruskannya. Sehinggalah ke fragmen akhir (oh mungkin 30 minit terakhir) lalu barulah janji filem ini ditepati.

Untuk itu, aku percaya, momentum tontonan serta kejelekan (atau sebenarnya aku yang rasa mengantuk ya amat) di awalnya, berjaya dilitupi dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Lebih tepat lagi, aku dikejutkan dari buai lena oleh si slasher yang akhirnya muncul juga seperti yang aku harapkan (hey, ini bukan pertama kali kita menonton genre slasher sebegini bukan? Jadi tidak perlu kita tanya soalan-soalan dari mana asalnya klise pembunuh ala Mike Myers dalam Halloween ataupun Leatherface dalam Texas Chainsaw Massacre itu dan juga kenapa dia membunuh).

Paul Andrew Williams, yang aku kenal namanya sebelum ini dalam filem London to Brighton, barangkali tidak terlalu menumpukan pengimbangan cerita dan watak-wataknya, walaupun segala sub-plot yang ada sebenarnya bukanlah susah untuk difahami. Filem ini dilihat bebas mengeksploitasi (oh “gorefikasi” dan brutalisme untuk filem ini di tahap tinggi), menghukum kesemua watak-watak kelabunya, tetapi masih mewujudkan justifikasi tentang moral yang baik, lebih-lebih lagi di saat-saat akhir. Ya, aku benar-benar maksudkan minit terakhir, yang pada aku original dan sangat ‘gelap’, sebelum skrin digelapkan sepenuhnya dengan kredit filem ini.

04 August 2008

Artikel dari seberang

Sekadar berkongsi. Ada artikel yang sangat bagus ditulis oleh Hikmat Darmawan di rumahfilm.org (rumah filem indonesia) tentang genre Horror, yang sarat dengan segala pengertian, sejarah, penjelasan, trivia serta rujukannya.



Mengapa Film Horor (1) dan sambungannya...
Mengapa Film Horor (2).

02 August 2008

Sinema Ekstrim & 13 Tzameti

Kalau aku rujuk di peta dunia sekarang, mungkin aku hanya akan jumpa dua buah negara sahaja “kuasa besar” yang aktif memproduksikan filem berkonsepkan ekstrim “violence” ataupun sering dilabel “extreme cinema” atau “black cinema”, “sex & violence” selepas era 90an hinggalah ke era millenium ini, iaitu:-

1. PERANCIS
Rujuk filem-filem seperti Seul contre tous, Trouble Every Day, À l'intérieur (Inside), Haute Tension, Irreversible, Frontiere(s) dan yang terbaru Martyrs (2008),

dan;

2. JEPUN
Rujuk sejak dari filem Nagisa OshimaAi No Corrida sehinggalah ke era Beat Takashi (Violent Cop, Zatoichi) dan Takashi Miike (Koroshiya - Ichi The Killer, Fudoh, Odishon, Bijita Q)

(Trailer Filem Ekstrim "Violence" Perancis terbaru Martyrs (2008))




Malah, barangkali negara Itali telah ‘terkeluar’ selepas era 70 dan 80an (era di mana filem exploitation, sexploitation, mondo, “video nasty”, cannibalism diperkenal dan dibawa masuk ke dalam kamus genre atau sub-genre sebenarnya) kerana nama-nama besar (oh kebanyakannya mendiang) seperti Paolo Pasolini (Salo: The 120 Days of Sodom), Mario Bava (Black Sunday, Shock), Fulci (The Beyond, Zombi 2), Ruggero Deodato (Cannibal Holocaust), Dario Argento (Suspiria) tidak ‘mesra’ dikalangan pengikut kontemporari, generasi horror baru.

Ekstrim yang aku maksudkan bukanlah babak seperti “hey jantan!, bersedialah kau, akan ku bunuhmu (lalu dia pun menikam dan darah bersemburan) (seraya berkata) “rasakan! ”. Itu barangkali 'violence' juga (yang mungkin bakal disensor LPF), tetapi yang lebih pasti, pembikinnya telahpun berjaya mem‘violence’kan filemnya sendiri. Perlu kita ingat, khalayak masakini lebih inginkan (paparan) yang lebih grafik, sadistik, disturbing, lebih realistik apatah lagi dengan adanya teknologi CG yang boleh dipakaigunakan. Golongan ini tidak lagi boleh diperbodoh-bodohkan sewenangnya. (Sebagai contoh, bayangkan, kesan langsung yang terjadi sewaktu filem Odishon ditayang di Swiss premiere - seorang penonton jatuh pengsan (atau mungkin pitam sebenarnya) lalu terpaksa diusung ke hospital).

Ok, ini sebuah filem "violence" (berkonsep Noir-Thriller) produksi Perancis yang aku tonton semalam.

13 Tzameti (2006)

Aku sebenarnya sudah hampir lupa filem apa yang terakhir pernah membuatkan jantung aku berdebar-debar kencang, merasa ‘disturbed’, membuatkan aku gelisah, terlalu intense/suspense sehingga sesak nafas aku dibuatnya - mungkin Odishon dari si surealis Takashi Miike atau filem Seul contre tous dari Gaspar Noe - pengarah filem Irreversible yang kau kenal tu dan termasuk À l'intérieur (Inside) (kerana kedua-dua filem ini ada paparan sadistik membelasah wanita yang sedang mengandung).

Lalu untuk itu, sekali lagi aku merasai paranoia (serta debaran) itu sewaktu menonton filem 13 Tzameti ini.

Walaubagaimanapun, tema yang dibawakan filem ini amat berbeza sekali dari mana-mana filem yang pernah dibikin. Tiada paparan explisit. Tiada seks atau keranjangan (taboo). Segalanya platonik malah istilah ‘gore’ itu langsung tidak kena di sini. Kau mungkin tidak akan lihat walau setitik darah merah sekalipun (setentunyalah sebab filem ini dalam versi penuh stailistik hitam-putih). Mungkin itulah yang dikehendaki pembikinnya, memilih jalan selamat dari dilabel eksploitatif, lalu membikin dengan lebih minimalis tetapi amat berkesan.

Filem ini dibikin cukup terancang, getir, dan kegetiran itu memuncak dari pertengahan (walaupun aku hampir tertidur di awalnya, sebab aku bingung akan motif ceritanya yang entah apa-apa – yang dimulakan dengan babak seorang lelaki overdose terhuyung-hayang lalu pengsan) hingga ke versi penamatnya, apabila semua ‘pemain-pemain’ itu sudah bersedia untuk bermain – si kaki judi mula bertaruh, pistol di acu dan si penghitung mula menghitung detik mulanya. Menjadikan segala kebingungan aku di permulaannya terjawab. (Kau boleh tonton trailernya di youtube)

Menontonnya memberi suatu pengalaman baru dalam genre Noir-Thriller, dari debut auteur baru Gela Babluani termasuk adiknya yang juga selaku teraju utama, dengan cukup dinamik sekali. Walaupun aku harus akui, bahawa secara teknikalnya filem ini tidak boleh dikategorikan antara filem “ekstrim” (mungkin sekadar violence), tetapi igauan itu tetap wujud.

Filem indie Perancis ini (yang meraih anugerah Grand Jury Award di Sundance 2006) khabarnya bakal di remake Hollywood (oh Brad Pitt dikatakan akan membintanginya)tetapi masih mengekalkan Gela Babluani sebagai pengarahnya.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Trailer 13 Tzameti