11 August 2008

Inside (À l'intérieur) (2007)


Aku harus akui, filem ini masih lagi mampu menerbitkan rasa disturbing secara total, walaupun semalam sudah masuk dua kali aku menontonnya. Ia memberikan sebuah pengalaman baru dalam genre horror-kriminal sekurang-kurangnya untuk aku, malah setakat ini, belum pernah lagi aku menonton formulaik horror yang menghidangkan darah (gore) ekstravaganza yang melimpah-ruah, sepertimana filem ini.

Aku percaya pasti ada di kalangan khalayak mengejeknya sebagai filem eksploitasi (sepertimana keekstriman black-cinema jepun), ataupun mengatakan pembikin neo-horror auteur Perancis sudah gila, hilang akal – superviolent-freak-dumb-fuck. Haha, aku tidak hairan. Tapi sebenarnya filem ini bukan semata-mata bersubjekkan brutaliti, sadistik semata-mata, tetapi kisahnya digarap dengan cukup seru dengan segala macam elemen penuh artistry, menjadikan roh filem ini sangat kuat, mistis, poetik, justeru menjana emosi ketakutan, cemas dan segala macam lagi.

Aku akui, ada sesetengah sekuens brutal yang membuatkan aku sendiri tidak sanggup menerimanya. Terlalu berat (akan siksaan itu) untuk aku tonton sama sekali (rujuk babak awal sewaktu protagonis itu sedang tidur, dikejutkan dengan satu tusukan gunting di pusat; DAN babak akhir sewaktu proses caesarean itu dilakukan).

Serius, Inside sebenarnya menjadikan filem survival horror British berjudul Broken yang aku tonton sebelum ini, termasuk filem francais Hostel serta SAW boleh sahaja diklasifikasikan "PG".

Filem ini tentang feminisme (rujuk Single White Female), bagaimana ciri-ciri, karakteristik wanita yang penuh sifat-sifat kecantikan itu bisa bertukar menjadi grosteque, hitam legam sepenuhnya, malah menjadikan dia antara villain paling dibenci khalayak oleh kerana kekejaman melampau yang dilakukan (rujuk antagonis Odishon). Jukstaposisi darah, brutaliti, erotisme (simbolis lesbianisme) (rujuk filem Haute Tension) serta keputihan sifat bayi (purity) dalam kandungan itu sangat menggegarkan, sekaligus membentuk lagi menguatkan segala ketegangan yang tidak putus-putus dalam pergerakan plot menuju ke fragmen akhir filem ini, walaupun twist agak klise ataupun sudah dijangka tetapi menjadi antara yang cukup dramatik, haunting dengan segala imejan shocking-disturbing - yang amat tidak sesuai untuk ditonton khusus yang sedang sarat hamil. Elok dijauhi.

Untuk itu, aku tidak peduli apa orang kata, kerana bagi aku tiada lagi istilah tepat yang aku boleh berikan untuk filem slasher-kriminal-neo-truehorror ini selain sebuah Masterpiece.


No comments: