Teeth (2007)
Sebuah komedi-horror gelap tentang mitos "Vagina Dentata" : legenda penuh misterius tentang faraj yang punya gigi (oh maksud aku benar-benar bergigi tajam yang boleh menggigit sampai putus).
Filem ini punya idea yang baik (asli) kerana setahu aku belum pernah mitologi ini dibawa ke layar lebar. Seperkara yang menarik perhatian aku ialah paparannya yang penuh dengan mainan simbolik, hasil keberkesanan imej-imej artistik yang dirangkum melalui sinematografi, berjaya membentuk skulptur emosi dengan berkesan.
Segalanya cantik, dari karakter penuh simplisiti sehinggalah ke plot witty yang sememangnya mudah diikuti. Temanya penuh satirikal, tentang signifikasi virginiti kerana gigi itu adalah metafora dara, impraktikaliti seks sebelum nikah, juga serangan secara subtle terhadap avant-garde sosial serta ciri-ciri awal kedisfungsian keluarga.
Digarap baik dalam suasana seram-seks-komedi (sudah tentulah kerana temanya absurd atau di luar jangkau logikal), tampak semacam kurang tapi masih boleh diterima sepenuhnya.
Driftwood (2006)
Ini adalah filem kedua Tim Sullivan yang aku tonton selepas 2001 Maniacs. Tapi ia bukan berkonsep splatter (splatstik) lagi. Tiada lagi humor slapstik, seks (buah-buah dada wanita), komedi gelap serta keganasan over-the-top. Sutradara muda ini mula membuka naskhah horror baru yang tampak lebih serius (rujuk debut Peter Jackson untuk Bad Taste dan juga Sam Raimi untuk Evil Dead).
Aku sedar filem ini berbajet rendah, dengan menampilkan barisan aktor muda-muda yang langsung tidak familiar dalam kancah industri, tetapi agak mengejutkan kerana rata-rata membawa watak masing-masing dengan baik (tidak termasuk sebilangan kecil veteran yang overacted).
Ya, aku terpaksa akui, filem ini punya plot yang klise, filem formulaik (kisah roh supernatural yang tak aman, menggunakan karakter manusia sebagai medium untuk pembalasan, sangat formulaik bukan?), tetapi struktur gaya naratif, bercirikan pos-columbine Amerika tentang “Kem Motivasi” yang menempatkan remaja bermasalah, digarap melalui character-driven, secara sederhana itu tetap memikat.
Justeru memandangkan peruntukan bajet menjadikan filem ini terpaksa disederhanakan dari segenap aspek (terutamanya elemen gore serta kesan khas), menjadikan filem ini berada di tahap yang jauh lebih baik berbanding B-Movies yang bersepahan di pasaran tatkala ini.
No comments:
Post a Comment