Aku sedar, filem ini tidak mendapat tempat di hati rata-rata peminat horror. Ini barangkali kerana dunia telah diterujakan terlebih dahulu dengan kemunculan filem blockbuster apokaliptik Cloverfield (2008) serta teknik handheld yang sama digunakan dalam [REC] (2007), sebelum filem ini dilayarlebarkan ke seluruh dunia (sebelum itu ia cuma ditayangkan di festival-festival filem dunia). Seterusnya hanya dibuka secara limited release di beberapa negara sahaja pada awal tahun ini. Lain-lain hanya dibawa terus ke versi video, termasuklah versi tontonan aku.
Ya, aku akui Diary of The Dead tidak digarap se'cemas' filem-filem yang aku sebutkan awal tadi. Mungkin TIDAK wujud erti kata 'seram terloncat', non-stop thrill-ride, terrifying, atau 'sampai gugur jantung' atau apa sahaja lagi. Begitu juga tahap gorifikasi serta brutalisasi. Segala elemen itu mungkin ada tetapi hanya di tahap sederhana. Walaubagaimanapun, filem ini sebenarnya lebih 'berat' lagi ekstensif malah mesej yang disampaikan lebih substansif (berbanding kedua-duanya termasuk juga filem Zombie Diaries (2006) - yang ternyata berbeza walaupun berkonsep sama).
Ekspektasi aku benar sekali. Aku kenal pembikin filem ini melalui karya-karyanya sebelum ini. Malah aku percaya, hanya peminat George A. Romero sahaja yang dapat menilainya, termasuk apa sahaja elemen kutukan serta satira terhadap sosial duniawi yang dimainkannya serta homej terhadap segala versi "Dead" beliau sebelum ini. Untuk itu, segala instalmen "Dead" sebelumnya direkomendasi tinggi agar ditonton sebelum mencapai apresiasi penuh filem ini.
Secara peribadi, filem ini adalah paling 'solid' pernah dibikin Romero (kalau bukan yang terbaik sekalipun) malah paling sarat dengan dialog (quotes) sinikal yang jelas memberi hentaman secara subtle, mengutuk segala macam kebobrokan dunia sejak awal dulu lagi hingga pos 9/11 (khususnya era kepimpinan politik Bush), tentang konsumerisme, media (kutukan terhadap organisasi TV yang dikawalpenuh oleh kerajaan), republikan (konsekuensi perang), globalisasi, humanisme, prejudis perkauman yang disampaikan secara terang dan jelas sekali melalui naratif voice-over (yang tidak pernah dibikin beliau sebelumnya) dan itu sebenarnya adalah simbolisme ‘suara’ mesej Romero sendiri.
Berikut adalah beberapa “memorable quotes” atau lines (ya, sekurang-kurangnya untuk aku), yang mana memberi kekuatan dasar sepenuhnya episod apokaliptik terbaru Romero ini:-
How many times have I told you? Dead things don't move fast. You're a corpse, for Christ's sakes. If you run that fast, your ankles are gonna snap off. = (Barangkali ini satu mesej sinikal terhadap mana-mana pembikin filem zombie yang masih tidak memahami istilah “Dead” itu sepenuhnya.)
The problem doesn't seem to be that people are waking up dead, but that dead people are waking up.
[yelling into abandoned hospital] Hello! We're not dead!
[handing gun to Tony] Take this. It's too easy to use.
[handing camera away] Take this. It's too easy to use.
See? I told you dead things move slow!
Dan last lines sebelum tirainya ditutup, yang sangat menghantui (tidak sepatutnya aku siarkan berikutan ada ciri-ciri "spoiler").
No comments:
Post a Comment