29 August 2008

Nightmare Detective (Akumu Tantei) (2007)



Ini bukan restorasi Nightmare on Elm Street, kerana si psikopatik Freddy Krueger tidak wujud dalam alam nyata. Beliau cuma muncul dalam mimpi di teritori Springwood. Untuk filem ini pula, si psikopatik itu ada di alam nyata, justeru boleh memasuki mimpi sesiapa sahaja yang berniat untuk membunuh diri.

Umpama malaikat maut, antagonis ini akan datang dalam mimpi lalu membunuh, ironinya, mangsa itu tetap dianggap membunuh diri secara misterius di alam nyata. Soalnya, tiada siapapun yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Lalu muncul si hero baru, dalam premis kecil filem surreal ini yang digelar Nightmare Detective – penyiasat mimpi yang bukan sahaja boleh memasuki mimpi si anu, malah punya pancaindera istimewa – boleh membaca isi hati manusia.

Hebat. Filem yang diteraju Shinya Tsukamoto ini setaraf garapan gila Takashi Miike. Beliau juga membawakan watak antagonis seperti yang aku sebutkan awal tadi. Malah, kedua-duanya, iaini beliau dan Takashi Miike pernah berkolaborasi dalam beberapa filem sebelumnya (rujuk Ichi The Killer). Ia sarat dengan mainan visual yang spektakular, tekstur imej-imej diabolik surrealisme tanpa penjelasan, serta serangan provokatif minda terhadap justifikasi pembunuhan diri serta kutukan moral terhadap psikologi gelap manusia.

Dengan gaya unik slasher baru, gorifikasi di tahap tinggi, serta imej-imej yang boleh menggangu, filem ini aku rasakan antara filem surreal-slasher yang terbaik pernah dibikin Jepun. Sebuah ‘gem’ Asia.

No comments: