21 August 2008
The Girl Next Door (2007)
Pada aku, filem ini overrated. Lebih-lebih lagi ada quote Stephen King di cover DVD : "authentically shocking... a long look into hell, suburban style. The Girl Next Door will not dissapoint" dan melihatkan rating yang cukup tinggi sebanyak 7.1/10 di imdb. Serius, rating sedemikian boleh dianggap tinggi untuk sesebuah genre horror-kriminal. Dan yang mempengaruhi aku lagi ialah apabila laman horror Bloody-Disgusting.com meletakkan filem ini antara filem horror terbaik tahun sudah.
Ok, aku tak boleh kata tak, sememangnya idea filem ini sangat menarik, dengan berlandaskan novel Jack Ketchum yang diambil terus dari kisah benar (yang menyedihkan sebenarnya) pembunuhan Sylvia Likens sekitar 60an di Indiana, Amerika (maka tidakkah itu suatu yang menarik, kerana selepas menonton kita tertarik untuk membuka laman-laman seperti wikipedia bagi mengetahui lebih lanjut tentang kisah pembunuhan seperti yang diceritakan?). Tapi entahlah, aku sendiri tak pasti.
Ya, memang ada sadisme, torture, disturbing (memandangkan segala siksaan itu dilakukan oleh budak-budak yang belum akil baligh lagi), siksaan dan segala macamnya, tetapi aku masih menganggap segala elemen itu tidak sekuat mana. Tiada kesan “emosi-seram”, yang sepatutnya wujud untuk genre berkonsep torture sebegini. Jiwa mangsa itu seakan tidak bernyawa. Simpati, tapi mati. Persoalan motif sebenar si gadis malang itu disiksa juga menjadi tanda tanya. Kenapa makciknya terlalu sangat membencinya juga serius, aku kabur. Kita cuma diperdengarkan akan maki hamunnya sahaja - Slut...bitch... slut... bitch.
Mungkin filem ini dibikin terburu-buru (berikutan filem An American Crime (2007) yang bertemakan kisah yang sama menyusul keluar selepas itu). Entahlah. Mungkin juga kerana filem ini tidak berjaya meninggalkan kesan psikologi mendalam untuk aku. Ataupun yang lebih tepat lagi, mungkin kerana paparan yang sangat-sangat jauh lebih sadistik, brutal, shocking dalam filem Inside (2007) yang aku tonton sebelum ini masih berlegar dalam otak horror aku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment