Aku bingung mentafsirkannya.
Itu adalah prolog filem Un Chien Andalou. Tidak boleh dinafikan, ia adalah sebuah filem perintis, atau sebuah ikon sureal. Malah, dianggap antara filem paling influential, yang bukan hanya terhad kepada subgenre surreal, horror, malah juga pembikin filem pos-moden mainstream. Ada yang mengatakan, paparan pembukaan brutal itu adalah elemen shock pertama dibikin dalam sejarah filem. Malah, banyak lagi sekuens, imej, falsafah serta simbolisme yang wujud dalam filem ini menjadi inspirasi pembikin sureal seperti David Lynch dalam Blue Velvet, Hithcock dalam Vertigo, Cronenberg dalam Videodrome. Oh sebelum aku lupa - ada satu babak dalam The Matrix – mulut Neo tiba-tiba hilang sewaktu integorasi oleh ejen Smith - Ya, babak itu telahpun dibikin dalam filem ini yang sudah mencecah 79 tahun usianya. (menjadikan filem paling tua pernah dicoret aku dalam blog ini).
Oleh sebab filem ini tiada struktur naratif, maka pelbagai interpretasi timbul (atau mungkin tidak ada langsung), malah menurut kata pembikinnya, Luis Buñuel (berkolaborasi bersama Salvador) - Tidak ada penjelasan rasional terhadap idea mahupun segala paparan imej (simbolisme) dalam filem itu. Bagi aku, itu sebenarnya alasan tipikal para surealis.
Sebenarnya,walaupun ada yang mengatakan filem ini dibikin untuk tidak difahami, barangkali ada satira sosialnya, satu kutukan segar terhadap media, atau mungkin serangan bundar terhadap golongan borjuis untuk golongan bawahan pada waktu itu (menurut apa yang aku baca).
Memang benar, pemahaman (akan filem ini) melalui interpretasi itu berbeza-beza apabila ia ditonton berulang kali. Aku sendiri pun sudah menonton 3 kali (oh itupun mungkin kerana faktor durasinya yang cuma sepanjang 16 minit). Apa sekalipun kita harus sedar, filem ini dibikin oleh surealis (apatah lagi katanya berdasarkan andalusia serta mimpi-mimpi pembikinnya), maka tidakkah kerja mengadaptasi mimpi ke layar dianggap satu kerja gila? Jadi tidak perlu kita berhujah tentang itu ini. Apa yang penting, cukup sekadar kita tonton dengan rasa, dan biarkan segala imejan itu bertindakbalas menerjah masuk ke ruang emosi tanpa tercari-caru penjelasannya. Itu sahaja.
(Kredit BinFilem untuk info)
No comments:
Post a Comment