09 January 2006

Lila Says (2005)

Oleh Mahhass

Kalau kau nak tonton filem Perancis yang bagus, aku syorkan kau tonton filem ni. Filem ni aku boleh katakan sebagai sebuah "kisah cinta erotis-realisme" yang belum pernah ada mana-mana penerbit/pengarah ketengahkan. Ideanya menarik sungguh. Aku tak pernah tonton lagi garapan semacam ni. "Bitter-sweet erotic" kalau aku pendekkan kata.

Tunjang kisahnya adalah soal nafsu berahi. Paksi utamanya adalah seks. Konklusinya adalah cinta. Premisnya ringkas. Tapi hubungan yang terjalin antara si anu dengan si anu adalah platonik (nonfizikal). (Maka kau janganlah harap ada sebarang nudity dalam filem ini wahai anak-anak muda haha).

Al-kisahnya, Lila (seorang wanita muda tempatan) berkenalan dengan Chimo (lakonan Mohamed Khouas), seorang pemuda muslim Perancis berketurunan arab. Atau sebenarnya Lila yang seringkali cuba untuk merapati Chimo walaupun seringkali diusik oleh geng-geng Chimo. (Ironis apabila pengarah mengenepikan sama-sekali situasi post-9/11 dalam filem ini.)

Macam aku, kau akan sukakan watak Chimo. Seorang pendiam, serta agak kuat asas agama (sekurang-kurangnya!). Malah dikonklusi filem ini (yang penuh tragis), kau juga akan di'twist'kan dan lantaran membuatkan watak Lila itu sebenarnya 'suci' sekurang-kurangnya ada kontras yang besar berbanding apa yang selalu diperbualkan (termasuk cerita-cerita fantasi seks, seduksi Lila terhadap Chimo serta aksi-aksi lucah) di antara watak Chimo mahupun Lila.. Malahan, 'Dara' itu adalah metafora kepada 'pegangan sesebuah agama', suatu maksud kritis lagi menghiris, yang cuba disampaikan penulis filem ini.

Kalau kau seorang penggemar kisah cinta-erotik, kau akan sukakan 'simplicity' yang memenuhi segala genap ruangan dalam filem ini.

Ma Mère (2005)

Oleh Mahhass

Kisah Seorang Ibu Yang Terlampau

Kadang-kadang, aku dah sampai ke tahap bosan melampau untuk tonton sinema Perancis yang tak habis-habis lagi nak jadi pakar seks, psikoseksual, anatomi, pakar pathologi (ahli kaji penyakit) atau apa-apa saja. Maka itu sebablah agaknya sinema perancis kerapkali dilabelkan 'pretentious' agaknya.

Memang aku akui, banyak benda kau boleh tonton atau sekurang-kurangnya kau dapat 'belajar' dari filem tapi kalau garapan ceritanya terlalu di luar batas kesasusilaan, baik kau tonton porno saja. Contohnya filem sumbang mahram ni – seorang ibu 'sundal' yang cuba memikat anaknya untuk melakukan seks. Yang kelakarnya anaknya (yang dah besar panjang) boleh lak terpengaruh. Ha ha memang sinema perancis dah parah dan makin gila. Tapi sekurang-kurangnya lebih OK dari sinema Hollywood yang dah tak ada idea, asyik kitar semula (remake) filem lama. (err.. King Kong aku maafkan - hidup Peter Jackson! Haha aku bias!).

Kalau kau pernah tonton The Dreamers, aktor Louis Garrel sekali lagi di 'sumbang-mahram'kan dalam filem rating NC-17 ni (kalau dah ber'rating'kan NC-17, kau faham-faham sajalah). Tapi konsep psikoseksual dan sex behaviour dua beranak ni lebih sadistik, ganas dan gila sampai ke tahap mencederakan badan untuk lebih mencapai kepuasan seksual (klimaks ke apa ke kau jangan tanya aku).

Senang cakap. Aku tak suka cerita ni. Aku tak suka sebab aku tak paham apa kena dengan watak Pierre. Kalau maknya tu masuk akal lah sebab dia ex-porn star. Apa signifikan 'mencederakan badan' dan jugak masturbasi depan mayat mak dia di babak penutup cerita. Tak masuk akal.

Kalau kau berhajat sekadar nak tonton babak erotik/seksi (bukan sumbang-mahram), kau cari kat scene selection, lepas tu tutup aje. Cari DVD lain kalau nak tonton sebuah 'cerita' yang bagus.

Ma Mere
Pierre : "*ada dialog lucah di sini*"

Kaitan filem-filem yang 'sejenis' atau seangkatan dengannya :
The Dreamers
I Stand Alone
Anatomy of Hell
Humanite
Confusion of Genders
Swimming Pool