Oleh Mahhass
Kalau kau nak tonton filem Perancis yang bagus, aku syorkan kau tonton filem ni. Filem ni aku boleh katakan sebagai sebuah "kisah cinta erotis-realisme" yang belum pernah ada mana-mana penerbit/pengarah ketengahkan. Ideanya menarik sungguh. Aku tak pernah tonton lagi garapan semacam ni. "Bitter-sweet erotic" kalau aku pendekkan kata.
Tunjang kisahnya adalah soal nafsu berahi. Paksi utamanya adalah seks. Konklusinya adalah cinta. Premisnya ringkas. Tapi hubungan yang terjalin antara si anu dengan si anu adalah platonik (nonfizikal). (Maka kau janganlah harap ada sebarang nudity dalam filem ini wahai anak-anak muda haha).
Al-kisahnya, Lila (seorang wanita muda tempatan) berkenalan dengan Chimo (lakonan Mohamed Khouas), seorang pemuda muslim Perancis berketurunan arab. Atau sebenarnya Lila yang seringkali cuba untuk merapati Chimo walaupun seringkali diusik oleh geng-geng Chimo. (Ironis apabila pengarah mengenepikan sama-sekali situasi post-9/11 dalam filem ini.)
Macam aku, kau akan sukakan watak Chimo. Seorang pendiam, serta agak kuat asas agama (sekurang-kurangnya!). Malah dikonklusi filem ini (yang penuh tragis), kau juga akan di'twist'kan dan lantaran membuatkan watak Lila itu sebenarnya 'suci' sekurang-kurangnya ada kontras yang besar berbanding apa yang selalu diperbualkan (termasuk cerita-cerita fantasi seks, seduksi Lila terhadap Chimo serta aksi-aksi lucah) di antara watak Chimo mahupun Lila.. Malahan, 'Dara' itu adalah metafora kepada 'pegangan sesebuah agama', suatu maksud kritis lagi menghiris, yang cuba disampaikan penulis filem ini.
Kalau kau seorang penggemar kisah cinta-erotik, kau akan sukakan 'simplicity' yang memenuhi segala genap ruangan dalam filem ini.
No comments:
Post a Comment