Punyalah lama aku tak menulis ulasan filem. Dah masuk 5 bulan aku kira. Memang aku dah sampai tahap malas. Tapi lepas tonton filem ni, semacam memanggil-manggil untuk aku tulis jugak... isk. (Aduh mak malasnya lah hai..)
Sebenarnya aku perasan filem ni masa aku dekat Perth lagi (aku jumpa dalam Empire Magazine - katanya majalah filem no.1 Aussie). Aku ternampak nama pengarahnya, Catherine Breillat, yang (hampir kesemua) filem-filemnya bertemakan seksual provokatif. Filemnya yang aku tonton sebelum ni ialah Romance dan Sex is Comedy. Yang lain-lain aku belum tonton lagi. Tapi kalau nak ikutkan, Anatomy of Hell bagi aku, filem Catherine Breillat yang paling 'berjaya' setakat ini.
Aku tak jumpa filem ni kat Perth. Tak sangka pulak aku jumpa DVD ni kat KL... (aah cunn nyerr) haha.
Filem ni sebenarnya seram (erotic horror ala David Lynch dan jugak Cronenberg) itupun kalau kau 'jumpa' dan tontonnya dari satu sudut lain. Malah kau barangkali boleh menangis juga. Sebab itu aku kata filem Catherine yang ini lebih memikat dari yang sebelumnya (disamping lebih voyeuristik, embarrassing, lucah atau apa saja kau nak labelkannya). Cuma kau kena banyak sabar akan dialog berbunga-bunga falsafahnya.
Kalau kau nak tahu, protagonisnya ialah Italian porn-star veteran, Rocco Sifreddi (mamat ni ada muncul jugak 1-2 scene dalam Romance). Filem ini amat menghampiri rating X (adult), tapi aku tak nampak atau boleh kategorikannya sebagai X (walaupun sesetengah adegannya ‘memeranjatkan’). Lebih tepat kalau aku letaknya sebagai filem 'porno berfalsafah'. Macam CafĂ© Flesh (walaupun aku tak tonton yang ni lagi tapi aku pernah baca pasalnya).
Kalau kita terjemahkan anatomy, ia bermaksud pengkajian struktur badan/organ manusia. Maka filem ini (bukan setakat fizikal) lebih bersifat pengkajian seksual, eksplorasi nafsu, sifat-sifat 'tersembunyi' yang lazimnya sentiasa menjadi 'rahsia' seorang wanita, yang dibongkar dengan begitu berani sekali melalui ketelanjangan fizikal.
Macam filem-filem sebelumnya, walaupun imejan yang 'mengganggu' ditonjolkan, namun Breillat semacam bencikan keganasan seksual. Kau jangan harap akan adegan hardcore (walaupun masa kredit awal dah diberitahu pasal stand-in actor). Ketelanjangan, rangsangan nafsu erotik, homophobic, kesakitan dan kesedihan itu dijukstaposisi agak menarik. Barangkali itu yang Breillat mahukan – dia nak kaum adam lebih memahami serta menghargai kaum hawa dari segala sudut (mungkin hati, jiwa, nafsu dan perasaan), bukan sekadar fizikal.
Menontonnya barangkali membuatkan kita (kaum lelaki khususnya) lebih sedar dan lebih 'celik' wanita lagi.
No comments:
Post a Comment