02 August 2008

Sinema Ekstrim & 13 Tzameti

Kalau aku rujuk di peta dunia sekarang, mungkin aku hanya akan jumpa dua buah negara sahaja “kuasa besar” yang aktif memproduksikan filem berkonsepkan ekstrim “violence” ataupun sering dilabel “extreme cinema” atau “black cinema”, “sex & violence” selepas era 90an hinggalah ke era millenium ini, iaitu:-

1. PERANCIS
Rujuk filem-filem seperti Seul contre tous, Trouble Every Day, À l'intérieur (Inside), Haute Tension, Irreversible, Frontiere(s) dan yang terbaru Martyrs (2008),

dan;

2. JEPUN
Rujuk sejak dari filem Nagisa OshimaAi No Corrida sehinggalah ke era Beat Takashi (Violent Cop, Zatoichi) dan Takashi Miike (Koroshiya - Ichi The Killer, Fudoh, Odishon, Bijita Q)

(Trailer Filem Ekstrim "Violence" Perancis terbaru Martyrs (2008))




Malah, barangkali negara Itali telah ‘terkeluar’ selepas era 70 dan 80an (era di mana filem exploitation, sexploitation, mondo, “video nasty”, cannibalism diperkenal dan dibawa masuk ke dalam kamus genre atau sub-genre sebenarnya) kerana nama-nama besar (oh kebanyakannya mendiang) seperti Paolo Pasolini (Salo: The 120 Days of Sodom), Mario Bava (Black Sunday, Shock), Fulci (The Beyond, Zombi 2), Ruggero Deodato (Cannibal Holocaust), Dario Argento (Suspiria) tidak ‘mesra’ dikalangan pengikut kontemporari, generasi horror baru.

Ekstrim yang aku maksudkan bukanlah babak seperti “hey jantan!, bersedialah kau, akan ku bunuhmu (lalu dia pun menikam dan darah bersemburan) (seraya berkata) “rasakan! ”. Itu barangkali 'violence' juga (yang mungkin bakal disensor LPF), tetapi yang lebih pasti, pembikinnya telahpun berjaya mem‘violence’kan filemnya sendiri. Perlu kita ingat, khalayak masakini lebih inginkan (paparan) yang lebih grafik, sadistik, disturbing, lebih realistik apatah lagi dengan adanya teknologi CG yang boleh dipakaigunakan. Golongan ini tidak lagi boleh diperbodoh-bodohkan sewenangnya. (Sebagai contoh, bayangkan, kesan langsung yang terjadi sewaktu filem Odishon ditayang di Swiss premiere - seorang penonton jatuh pengsan (atau mungkin pitam sebenarnya) lalu terpaksa diusung ke hospital).

Ok, ini sebuah filem "violence" (berkonsep Noir-Thriller) produksi Perancis yang aku tonton semalam.

13 Tzameti (2006)

Aku sebenarnya sudah hampir lupa filem apa yang terakhir pernah membuatkan jantung aku berdebar-debar kencang, merasa ‘disturbed’, membuatkan aku gelisah, terlalu intense/suspense sehingga sesak nafas aku dibuatnya - mungkin Odishon dari si surealis Takashi Miike atau filem Seul contre tous dari Gaspar Noe - pengarah filem Irreversible yang kau kenal tu dan termasuk À l'intérieur (Inside) (kerana kedua-dua filem ini ada paparan sadistik membelasah wanita yang sedang mengandung).

Lalu untuk itu, sekali lagi aku merasai paranoia (serta debaran) itu sewaktu menonton filem 13 Tzameti ini.

Walaubagaimanapun, tema yang dibawakan filem ini amat berbeza sekali dari mana-mana filem yang pernah dibikin. Tiada paparan explisit. Tiada seks atau keranjangan (taboo). Segalanya platonik malah istilah ‘gore’ itu langsung tidak kena di sini. Kau mungkin tidak akan lihat walau setitik darah merah sekalipun (setentunyalah sebab filem ini dalam versi penuh stailistik hitam-putih). Mungkin itulah yang dikehendaki pembikinnya, memilih jalan selamat dari dilabel eksploitatif, lalu membikin dengan lebih minimalis tetapi amat berkesan.

Filem ini dibikin cukup terancang, getir, dan kegetiran itu memuncak dari pertengahan (walaupun aku hampir tertidur di awalnya, sebab aku bingung akan motif ceritanya yang entah apa-apa – yang dimulakan dengan babak seorang lelaki overdose terhuyung-hayang lalu pengsan) hingga ke versi penamatnya, apabila semua ‘pemain-pemain’ itu sudah bersedia untuk bermain – si kaki judi mula bertaruh, pistol di acu dan si penghitung mula menghitung detik mulanya. Menjadikan segala kebingungan aku di permulaannya terjawab. (Kau boleh tonton trailernya di youtube)

Menontonnya memberi suatu pengalaman baru dalam genre Noir-Thriller, dari debut auteur baru Gela Babluani termasuk adiknya yang juga selaku teraju utama, dengan cukup dinamik sekali. Walaupun aku harus akui, bahawa secara teknikalnya filem ini tidak boleh dikategorikan antara filem “ekstrim” (mungkin sekadar violence), tetapi igauan itu tetap wujud.

Filem indie Perancis ini (yang meraih anugerah Grand Jury Award di Sundance 2006) khabarnya bakal di remake Hollywood (oh Brad Pitt dikatakan akan membintanginya)tetapi masih mengekalkan Gela Babluani sebagai pengarahnya.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Trailer 13 Tzameti


No comments: