Oleh Mahhass
Memetik kata Nagisa Oshima, filem ini dibikin bukan bertujuan untuk dilabelkan sebagai pornografi. Hasrat utama beliau hanyalah untuk menyampaikan sebuah 'cerita' yang berdasarkan sebuah kisah benar. Tambahnya, jika diharamkan ataupun segala paparan eksplisit "hardcore" serta keganasan seksual (seksual taboo) itu ditapis, (ataupun juga diklasifikasikan "X") maka akan rosaklah cerita itu, justeru sia-sia segala apa yang hendak disampaikan.
Menyorot kembali filem kontroversi ini, sejak dibikin pada tahun 1976 (seperti juga karya Pasolini - Salo 120 Days of Sodom termasuk Benardo Bertolucci - Last Tango in Paris), telah diklasifikasikan "banned" di Amerika, sehinggalah ke tahun 1990 (format video dikeluarkan). Manakala di Australia, selepas tayangan di Festival Filem Sydney dan Melbourne 1976, filem ini di"banned" selama setahun, akhirnya di'lepas'kan, itupun dalam versi inggeris (alihsuara) dengan penapisan yang cukup ekstrem (heavy cuts).
Menurut sumber Wikipedia, oleh kerana terikat dengan Badan Penapisan Filem Jepun yang ketat, futej asal filem ini dibawa (ataupun sebenarnya dihantar) Oshima ke Perancis lalu menjadi sebuah produksi Perancis, Argos Films (Paris) (juga oleh kerana kekurangan teknologi pemprosesan/editing penapisan filem di Jepun ketika itu). Seterusnya paparan ranjangnya ditapis secara optikal (barangkali dikaburkan).
Tetapi aku agak 'bertuah' kerana versi tontonan aku ialah versi asal (Director’s Original, Complete and Uncut). Kebanyakannya ada 3 sekuens yang ditapis (ketiga-tiganya memaparkan genital, fellatio dan penetrasi).
Tidak boleh dinafikan lagi, ia adalah sebuah filem klasik berstatus cult Jepun. Ia mungkin satu dokumentasi-sosial masyarakat Jepun sebelum perang dunia ke 2. Nama Oshima barangkali menjadi perintis atau naskah rujukan nama-nama pengarah/penulis muda Jepun era pos-modenis seperti Takashi Miike, Daisuke Tengan, Shigenori Takechi, Sakichi Sato dan lain-lain.
Tontonan pertama mungkin akan memeranjatkan, kerana ia bukanlah filem-filem lazim (barangkali cita-cita tinggi 9 Songs untuk berdiri 'setaraf' filem ini tidak kesampaian). Justeru, agak 'absurd' lagi kotradiktif, untuk kau menyingkap ruang falsafah oleh kerana sepanjang-panjang struktur plotnya dipenuhi dengan seks (maksud aku kau mungkin terganggu dengan itu semua kerana ia tak ubah seperti menonton filem porno Jepun). Ini kerana kesemua watak-watak dibina dan dibentuk juga melalui seks. Melalui seks jugalah wujudnya kedinamikan hubungan antara Kichi-zo dan Sada, juga tema dan paksi kekuatan filem ini.
Itu sebenar yang Nagisa Oshima mahukan, dan paling utama sekali ialah di pengakhirannya, yang getir lagi menggegarkan, kerana ia benar-benar berlaku.
No comments:
Post a Comment