
Cuba kau perhatikan poster atau muka depan DVD di sebelah ini. Sungguh teruk, tipikal lagi hodoh sekali. Kalau dibuat undian "10 cover paling hodoh" (untuk kategori filem horror), filem ini pasti akan aku undi habis-habisan.
Sejujurnya, aku terpaksa berterus-terang, yang aku banyak membeli/sewa DVD akibat terpengaruh dengan covernya yang menarik (oh dan juga quotes pengkritik yang tertera – ya itu dia 'kuasa' pengkritik terhadap filem). Lagi sekali, entah kenapa DVD ni aku angkut sekali, dan agak mengejutkan, kerana sikitpun aku TIDAK rasa rugi sebab filem ini boleh sahaja kalau aku labelkan antara filem (horror) "underrated" tahun 2006. Pun begitu, nak aku katakan bagus sangat tidak, nak kata teruk pun tidaklah juga.
Filem ini dibikin oleh pengarah muda Michael Hurst (masih awal 30an) dan ditulis oleh Mark A. Altman – orang yang bertanggungjawab menulis skrip secara 'membabi buta' lakonlayar filem House of The Dead 1 & 2. Kau barangkali skeptikal, tapi nanti dulu! Filem ini lain!
Sebenarnya, skrip atau lakonlayar filem ini bukanlah satu yang baru atau 'segar' kalau dilihat dalam konteks idea atau keasliaannya. Suka aku katakan bahawa filem ini meminjam serba sedikit elemen dari filem-filem seperti Jacobs Ladder, Sixth Sense, Exorcist, Day of The Dead, Anatomy dan juga Session 9. Tetapi ‘pinjaman’ tersebut terlalu sedikit untuk aku perkatakan sehingga aku tidak sedar itu semua, sehinggalah ke konklusiannya (lebih tepat kalau aku katakan sehingga waktu aku menulis ini). Ia diadun dengan rempah yang berbeza, lalu mencipta satu ramuan baru.
Filem modern-horror (berformula baru seperti filem Final Destination, Identity, Reeker) ini juga punya banyak bermain dengan simbolisme serta falsafah pra-kematian dari sudut pandangan, fahaman atau kepercayaan barat.
(Bebelan aku seterusnya ini kebarangkaliannya boleh ditakrifkan sebagai spoiler, PUN BEGITU kau takkan dapat tangkap maksudnya selagi kau belum tonton – lalu kau akan lupa apa yang aku akan bebelkan seterusnya…).

Sebab itu aku katakan filem ini agak baik. Tetapi sayangnya (sekali lagi sebab aku masih tak puas hati) kulit depan DVD nya (oh termasuk judulnya sekali) tampak seakan sebuah lagi B-movie (yang bersepahan) serta langsung tidak menyimbolkan apa-apa.
Mungkin aku terlalu banyak tonton filem horror yang bodoh-bodoh semenjak kebelakangan ini (kau bayangkanlah, sekali aku borong sampai 10 keping DVD horror kadang-kadang), sampaikan aku jadi tak cerewet pasal filem ini. Apapun, yang pastinya aku menonton dan hanya tulis yang mana tergerak rasa hati aku untuk menulis.

No comments:
Post a Comment