25 January 2007
Tahun 2006 : Filem, Impak dan Sejarah
Oleh Mahhass
2006 ialah tahun yang paling kurang aku menonton filem kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Maka amatlah tidak adil sama sekali kalau aku senaraikan filem pilihan aku di SKRIN selagi aku belum habis menonton kesemuanya (atau sekurang-kurangnya kesemua filem-filem besar).
Sedang kebanyakan pengkritik mencoretkan filem-filem terbaik atau pilihan masing-masing, bagaimanapun, aku pula memilih untuk senaraikan di sini, yang tahun 2006, (melalui filem) banyak menyaksikan di mana….
1. Seluruh dunia telah disedarkan oleh Al Gore dalam An Inconvenient Truth akan pemanasan global – Impaknya di Australia, risalah kecil (berdasarkan filem itu) diedarkan tentang kaedah bagaimana kita boleh (sekurang-kurangnya) membantu mengurangkan masalah ini. Di Malaysia, lupakan sahaja.
2. Kredibiliti James Bond (Casino Royale) dikatakan telah pulih semula selepas mengalami zaman kejatuhan, selepas era Sean Connery dan Roger Moore.
3. Filem animasi paling banyak dikeluarkan (untuk tempoh 1 tahun) - Cars, Ice Age : The Meltdown, Happy Feet serta Over The Hedge. Malangnya, tidak banyak yang lebih baik dari yang sebelumnya.
4. Disney dan Pixar telah rujuk kembali setelah bercerai talak satu.
5. Infernal Affairs, filem kesayangan orang Asia, dibikin Scorcese menjadi The Departed seterusnya menang Anugerah Golden Globes, juga bakal menang di Oscar sekurang-kurang satu atau dua atau semua.
6. Salah seorang aktor kegemaran aku – Forest Whitaker akhirnya menang anugerah aktor terbaik Golden Globes sejak pertama kali (dan terakhir) dicalonkan hampir 18 tahun lalu.
7. Will Smith bukan lagi “Fresh Prince of Bel Air” yang kita kenal dulu.
8. Kebarangkalian besar filem independent akan sekali lagi membolot Oscar pada 25 Febuari akan datang ini.
9. Superman kembali setelah bertahun-tahun lamanya memberi ruang pada superhero lain seperti Spiderman, Batman, Hellboy dan juga X-Men. ... Cicakman??
10. Sylvester Stallone menyarung semula sarung boxingnya untuk Rocky Balboa, sebuah filem underrated.
11. Selepas 21 Grams, Inarritu sekali lagi membawa teknik “interlocking story” yang sama untuk Babel.
12. Tiada filem arahan Steven Spielberg dikeluarkan (barangkali kerana tumpuan penuh diberikan untuk filem Indiana Jones 4 yang bakal dikeluarkan tahun depan).
13. Si lanun Jack Sparrow masih diminati, buktinya dinominasi di Golden Globe secara berturut-turut, selepas Curse of The Black Pearl. Manakala Jack Black makin kurang menyinar selepas King Kong.
14. Da Vinci Code dianggap filem Ron Howard paling gagal berikutan kegagalan nominasi untuk Oscar dan Golden Globes, selepas Cinderella Man dan A Beautiful Mind. Moralnya, jangan bikin filem kontroversi kalau mahu masuk Oscar.
15. Penggunaan “Fuck” semakin banyak disebut dalam filem. The Departed sahaja ada 237 penggunaan kata ‘literal’ itu.
Labels:
Esei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment