05 January 2007

Beyond Re-Animator (2003)

Oleh Mahhass

3 tahun lamanya aku tunggu untuk tonton filem ini (sejak aku tonton trailernya). Pernah aku cari satu KL (kat tempat tertentulah – kau tahu kat mana) pun tak jumpa-jumpa.

Aku pernah tanya itu 'olang' - "Itu moowi ada ka?" ; "Takdala bos" ; "Tapenah dengar mey" ; "Oo itu moowi belom sampai maa" ; "Tak ale stok maa" (padahal memang tak pernah ada pun). Itu antara jawapan yang aku terima dari 'olang-olang' itu (yang masih wujud di sana - itu 'Pustaka Filem Malaysia' bak kata salah seorang kenalan aku).

Akhirnya DVD itu aku ketemui juga di sini.

Walaupun sewajar-wajarnya aku patut tonton Re-Animator, termasuk sekuelnya Bride of Re-Animator terlebih dahulu sebelum Beyond Re-Animator, namun aku rasa tak jadi masalah sebab ketiga-tiga filem ini, hanya berpaut pada karakter, bukan cerita atau plotnya. Kau boleh faham (dalam babak pembukaan filem ini) apabila saintis gila – Dr. Herbert West ditangkap lantas dipenjarakan.

Seterusnya, kisah yang diinspirasi dari penulisan H.P Lovecraft (atau boleh saja aku katakan satu gabungan Lovecraft dan Mary Shelley) ini berkisarkan sepenuhnya di sana. Maka ia menjadi sebuah episod Re-Animator baru, sepertimana trilogi DEAD (ataupun kini telahpun di'Saga'kan) George A. Romero.

Bagi yang ingin tahu, filem ini adalah tentang seorang saintis bernama Herbert West, mendedikasikan dirinya dalam mengeksperimentasikan satu ramuan ciptaannya yang mana boleh menghidupkan kembali apa yang telah mati lantaran melawan takdir.

I want to help people, not create mindless... freaks!

Filem ini sebenarnya bertemakan komedi, sebagaimana Return Of The Living Dead 3, filem kedua Brian Yuzna sebelum ini yang aku pernah tonton selain (filem bodoh) The Dentist. Maka, filem ini aku anggap sebuah "feelgood-horrorflick" (kenapa? Horror tak boleh di'feelgood' kan ke?).

Ada satu watak iaitu Dr. Howard Phillips – itu adalah satu homej H.P Lovecraft ("H.P" itu adalah singkatan nama sebenar Lovecraft iaitu Howard Phillips). Lain-lain homej adalah untuk pembikin filem Dead sebelum ini – aku pasti ada satu dua homej City of The Living Dead arahan Fulci.

Bagaimanapun, filem ini tampak serius di peringkat awal bahagian, (ironinya) punya emosi – lihat babak Howard Philips cuba menghidupkan kembali kekasihnya (oh, jangan lupa ini filem Yuzna, pastinya horror dan seks tidak boleh dipisahkan), lalu menjadi agak kurang serius di pertengahan hinggalah ke akhir (tidak ketinggalan – kau akan puas dijamu 'pesta gore'), tetapi masih mengekalkan elemen 'dark' di konklusinya.



House of Re-Animator bakal dikeluarkan tahun depan (yang kini dalam produksi), kembali semula ke tangan Stuart Gordon iaitu pengarah asal Re-Animator.

No comments: