Saya percaya bahawa pembaca blog ini semuanya sudah matang-matang belaka dan majoritinya berada di dalam lingkungan 20an ke atas semuanya. Oleh sebab itu, saya agak 'berani' untuk mengulas atau memaparkan penulisan tentang filem-filem seksual, horror, ganas dan sebagainya. Bagaimanapun, jika anda berasa 'kurang selesa' untuk terus melayari laman ini, terpulang sepenuhnya pada anda kerana filem-filem yang akan saya paparkan berikutnya lebih menjurus tentang seks yang barangkali boleh 'mengganggu'.


Tinto Brass tidak mahu mengkreditkan namanya sebagai pengarah dalam filem ini, barangkali atas sebab-sebab kontroversi, walaupun sebelum itu, beliau pernah mengarah filem Nazi berjudul Salon Kitty (1976) yang juga bertemakan seks (softcore), cinta, fasisme, perang serta keganasan. Namun paparan keganasannya tidaklah segetir yang ditonjolkan Pasolini dalam Salo : 120 days of Sodom. Ironisnya, filem ini serentak dikeluarkan di tahun yang sama walaupun Salo terlebih dahulu siap pembikinannya.

Baca ulasan filem Salo : 120 Days of Sodom
Sedikit fakta menarik tentang Salo : Tahukah anda bahawa DVD Salo sehingga kini merupakan DVD paling dikehendaki diseluruh dunia sehingga ada yang sanggup menghabiskan lebih USD1000 semata-mata untuk memilikinya. Jadi anda tidak perlu risau jika anda TIDAK memilikinya kerana sememangnya ia sangat susah untuk didapati. Saya antara yang bertuah yang sudah menontonnya dan untuk itu, sekali lagi saya harus ucapkan terima kasih buat sahabat saya Fadz.

Dari tema epik, Tinto Brass beralih sedikit demi sedikit ke arah komedi seksual yang lebih 'soft' dan lebih 'mesra' seawal dekad 80an. Boleh dikatakan inilah 'cubaan sebenar' Tinto Brass membawa seks ke sinema antarabangsa. Seperti juga Bigas Luna, pengarah Sepanyol yang juga seangkatan dengan beliau dalam memperjuangkan erotika ke layar antarabangsa. (filem Bigas Luna yang sempat saya tonton hanyalah The Ages of Lulu). Kedua-dua 'cult directors' ini sememangnya banyak memberi pengaruh yang besar ke atas dunia perfileman seks/erotika khususnya di eropah dan seringkali menjadi idola pengarah-pengarah baru masakini.
Baca ulasan filem The Ages of Lulu
Berbalik kepada Tinto Brass, filem pertamanya di dekad tersebut berjudul The Action (1980). Filem ini dikeluarkan sejurus selepas Caligula diterbitkan oleh Bob Guccione (dengar khabarnya, berlaku sedikit perselisihan di antara kedua-duanya sehingga membuatkan Brass tidak mahu meletakkan namanya sebagai pengarah Caligula). Untuk filem ini, Brass mula menyuntik elemen surreal atau halusinasi seks ke dalam filemnya. Maka disinilah mula menampakkan 'cult' sebenar Brass yang sering menjadikan watak-watak dalam filemnya berimaginasikan seks.


Dalam pada mencari-cari DVD filem-filem horror (err.. dan Sex) klasik, saya terjumpa Lucio Fulci's Zombie 2 aka Zombie Flesh-Eaters – salah satu filem 'cult' zombie yang sememangnya sudah dicari berkurun lamanya. Terus saya sambar untuk dijadikan koleksi). Dalam masa yang sama juga, terjumpalah pula dengan Bertolucci's Last Tango In Paris – Uncut/Uncensored Version. (Seperti yang saya katakan : Sex & Horror mana boleh dipisahkan!). Maka Dari Tinto Brass saya beralih pula ke Bernardo Bertolucci... (Fulci's Zombie 2 akan saya ulas kemudian).
Last Tango In Paris (1972)

Apa yang boleh saya katakan ialah filem Last Tango In Paris merupakan filem sub-genre erotik terbaik pernah dihasilkan (barangkali juga yang terbaik pernah saya tonton). Ia mengisahkan Paul (lakonan paling 'memukau' Marlon Brando) yang baru sahaja kehilangan isterinya yang membunuh diri. Beliau bertemu Jeanne (lakonan penuh sensual tetapi jujur Maria Shneider). Watak melankolik Paul begitu cemerlang, paling ketara sewaktu dialognya dihadapan mayat isterinya. Saya hampir menangis tatkala babak ini. Ia sangat-sangat berkesan sekali.
Mungkin ramai yang 'membenci' filem ini oleh kerana paparan ranjangnya yang keterlaluan, yang membuatkan mereka lupa intipati filem ini. Tetapi sebenarnya filem ini sangat cantik, jujur dan tidak terlalu bermelodrama. Kisah pertemuan dua insan yang biasa tetapi melalui proses yang unik. Kisah Paul yang tidak mahu mengenali siapa dan apa latarbelakang perempuan yang dijumpai itu sehinggakan nama Jeanne pun beliau enggan tahu.

Setakat ini hanya dua filem Bertolucci iaitu Last Tango In Paris dan The Dreamers (2003) ada dalam koleksi saya, (The Last Emperor dan Little Buddha juga karya epik Bertolucci belum saya miliki, juga termasuk dalam kategori ‘mesti-ada’) manakala koleksi filem Tinto Brass pula (yang mendapat gelaran Maestro of Eroticism) cuma ada empat, iaitu Salon Kitty, Caligola, L' Uomo che guarda (The Voyeur) dan Trasgredire (The Cheeky). Bagi sesiapa yang ingin bertukar-pinjam suka-sama-suka, sila-silalah hubungi saya.
Baca ulasan filem The Dreamers
No comments:
Post a Comment