Hahaha.. taklah, aku cuma melawak sebenarnya. Tiada kaitan antara Bub dan Fido, baik dari segi latarbelakang, fizikal, mahupun emosi - walaupun mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya adalah objek parodi.
Dalam filem ini, zombi-zombi tidak lagi dibunuh, malah di‘kawal’ melalui ‘device’ yang dicipta syarikat Zomcon,dipasang dileher, lalu di ‘jual-paksa’ menjadi pekerja sosial, pembantu rumah, malah ada yang dijadikan teman hidup. Manakala masyarakat digambarkan tidak boleh lagi ‘mati’ secara normal berikutan kos yang tinggi terpaksa ditanggung. Maka lebih elok menjadi zombi sebagai satu alternatif untuk mati. Lalu kita akan kenal akan watak Fido, protagonis zombi yang agak memikat berikutan sifatnya yang masih penuh ‘manusia’, lembut malah setia terhadap tuannya. (Dan sudah tentu Fido masih tetap menjadi ‘true’ zombi jika alat dileher itu gagal berfungsi).
Sebenar-benarnya, watak Fido ini sendiri telah mewujudkan satu kesinambungan unik dari filem Day of The Dead. Aku melihatnya seolah satu versi Romero yang di ‘twist’ penulis merangkap sutradaranya Andrew Currie, dalam percubaan menterjemahkan komentari sosial yang lebih ‘ringan’, terbuka, subtle tetapi sinikal. Mungkin segalanya dalam filem ini tidak selucu Shaun of The Dead, ataupun tidak se‘gory’ yang kau harapkan, kerana sememangnya ia dibikin sebagai sebuah feel-good movie. Lagi-lagi ia diklasifikasi PG-13 di USA. Lalu apa yang kau boleh harap dengan rating setaraf filem-filem Disney itu? (Anehnya versi tontonan aku di Australia ialah MA15+)
Banyak sebenarnya homage Day of The Dead untuk filem ini (selain Bub, rujuk zombi-zombi yang dikurung dalam sebuah kawasan berpagar), malah aku percaya Andrew Currie sudah pasti antara peminat setia filem ketiga Romero tersebut, (selepas Fadz, satu-satunya manusia yang aku kenal yang pernah memberitahu aku bahawa dia meletakkan Day of The Dead karya paling agung Romero). Mungkin baru sekarang aku boleh bersetuju kerana Fido membayangi kembali segala kekuatan filem Romero itu.
No comments:
Post a Comment