Aku sedar aku belum menonton sekuelnya. Mungkin agak tidak adil (untuk penulisan ini), tetapi aku tak peduli. Kerana bagi aku, filem ini tetap aku anggap ‘stand-alone’, agak cukup komprehensif tanpa perlu ada penurutan komposisi plotnya (aku tidak pasti samada plot K3 bersambung secara langsung atau tidak dari K2– barangkali tidak terlalu penting). Sekali lagi, aku tak perlu ambil tahu tentang itu.
Yang pasti, Rizal Mantovani adalah pecinta horror (kerana ramai sutradara Asia yang membikin horror tidak ambil peduli akan apresiasi horror). Ini berikutan ada beberapa formula horror dari awal 80an hingga ke sekarang di ‘reference’ kan olehnya (barangkali kau akan anggap suatu “rip-off”). Aku merujuk pada teknik kamera Sam Raimi dalam Evil Dead (simbolik pergerakan hantu), gaya perkampungan asli dalam Cannibal Holocaust (yang terbaru Welcome to The Jungle), formula “gore-fest” filem-filem ‘notable’ slasher, supernatural serta surrealisme, filem The Blair Witch Project (lihat babak awal dalam khemah) termasuk backpackers dalam Book of Shadows - penggunaan mode kamera ‘nightshot’, (yang terbaru – I am Legend, [REC], Cloverfield), (oh aksi Kuntilanak mendodoi bayi kecil di buaian itu sangat original dan aku sangat teruja) garapan klaustrofobik dalam The Descent (adegan dalam gua itu termasuk gaya kanak-kanak kecil 'menuding jari' itu pernah dibikin Peter Jackson dalam King Kong). Gaya si bitch (oops maksud aku witch) tua itu melahirkan anak (simbolisme asimilasi) itu juga seakan pernah ditonton sebelum ini tetapi filem mana, aku lupa kerana memori otak aku tidak dapat di akses masuk.
Justeru aku sedar, akan ambisiusnya Mantovani, membikin filem horror blockbuster Indonesia dengan bajet yang agak besar, membariskan aktor/aktres yang ‘ganteng’, “janji” yang juga besar terhadap para remaja konvensional Indonesia/Malaysia yang meminati kontemporari horror. Pun begitu, filem ini mungkin berjaya mencapai standard yang dimahukan khalayak, barangkali menepati citarasa semua, tetapi aku tetap kepinginkan yang lebih simplisiti, bukan secara kompulsif, mungkin lebih 'kecil' tetapi lebih 'besar' interpretasi horrornya.
No comments:
Post a Comment