Tetapi ada juga sekuel yang diterbitkan tidak langsung berkait dengan plot asal, tetapi hanya mengambil konsep atau tema ataupun barangkali sebahagian sahaja elemennya - sebagai contoh filem Dawn of The Dead, apabila ia dibuka tayangannya di Itali dengan judul Zombi, maka Lucio Fulci ‘terpaksa’ memberikan judul filemnya Zombi 2 yang juga ditayangkan serentak waktu itu. Walaupun kedua-dua fiem itu tidak berkait langsung, tetapi berkonsepkan genre yang sama maka ia diberikan judul yang sama.
Oleh sebab itu tiada hukum hakam yang termaktub untuk menjadikan sebuah filem itu dianggap sekuel. Cuma persoalannya di sini, sejauh manakah filem sekuel itu berstatus baik, sesempurna yang asal malah dianggap berjaya.
Berikut adalah beberapa sekuel filem yang (secara peribadinya) aku anggap baik atau barangkali setaraf dengan filem pertamanya dari segala penjuru aspek.
(Nota : Asalnya aku cuma berniat untuk membariskan sekuel horror terbaik sahaja, tetapi tidak banyak yang aku boleh aku senaraikan walaupun banyak yang dibikin tetapi tidak mencapai status baik, maka aku senaraikan dari kesemuanya secara rawak lagi membabi buta iaitu tidak mengikut ranking atau apa sahaja).
1. Evil Dead 2 (1987)
Maka selepas aku tau sekuelnya dikeluarkan, waktu itu aku rasa akulah manusia paling bertuah. Lalu aku menontonnya dengan penuh kegilaan, dan yang pasti, Evil Dead 2 tidak menghampakan malah lebih ‘kuat’ lagi sukses dari versi pertama. Cuma sekali lagi Sam Raimi memaruti kesedihan di hatiku di pengakhirannya. Maklumlah, aku masih kecil waktu itu. Pastinya aku mahukan sebuah happy-ending.
2. Dawn of The Dead (1978)
Di beri tagline yang mungkin membayangi filem pertamanya, maka filem ini tetap aku anggap sebuah sekuel yang berjaya selepas genap 10 tahun naskah aslinya diberi nafas baru oleh Romero yang sememangnya lebih menguja.
Dawn of The Dead (2004) @ SKRIN
3. Terminator 2 – Judgment Day (1991)
Antara filem yang masih dianggap filem termahal pernah dibikin kalau diukur dari kos semasa waktu itu.
4. Aliens (1986)
Filem ini boleh sahaja berdiri sendiri tanpa ada filemnya yang pertama.
5. Star Wars – Empire Strikes Back (1980)
Dibikin lebih hati-hati, berkesinambung dari plot asalnya lantas menjadikannya antara sekuel yang terbaik walaupun sudah hampir 3 dekad berlalu.
6. Devil’s Rejects (2006)
Aku berani katakan bahawa belum ada lagi filem sekuel horror (slasher khususnya) dibuat lebih baik dari yang ini. Kau boleh tonton sekali lagi sekuel filem seperti Friday the 13th, Nightmare on Elm Street 2, Scream 2, Halloween 2 (filem ke-4 mungkin yang terbaik), Saw 2, Exorcist II, Poltergeist 2, (Creepshow 2 mungkin agak baik) atau mana-mana lagi seangkatan dengannya, dan tampil mengatakan ada sekuel horror lain yang lebih baik.
Devil's Rejects @ SKRIN
7. Spiderman 2 (2004)
Tidak ada beza ketara di antara Spiderman 2 dengan Spiderman 1 (melainkan plotnya) kerana pembikinnya adalah manusia yang sama.
Dan kalau sudah nama Sam Raimi pengemudinya, maka (untuk filem ini) aku pendekkan sahaja bebelan aku sampai di sini.
Spiderman 2 @ SKRIN
8. Lord of The Rings – The Two Towers (2002)
Dari teknik peperangan Helm’s Deep yang seru sehinggalah ke perkembangan karakter yang lebih menyeluruh malah segala-galanya yang tidak terjawab dalam Fellowship of The Ring, diolah dan diadaptasikan dengan sempurna dalam menuju ke versi akhirnya. (Sehingga aku percaya ada di kalangan khalayak mengenepikan sama sekali versi pertama, lantas terus menonton prekuelnya).
9. Matrix Reloaded (2003)
Maka ia menjadikannya sekuel yang baik. Dan aku tidak mahu menyentuh langsung tentang prekuelnya.
10. Hannibal (2001)
Menjadikan sekuel ini antara yang terbaik pernah dibikin (apatah lagi kerja menerajui semula filem oskar bukanlah satu kerja sambil lewa).
11. Kill Bill Vol. 2 (2004)
Walaupun tampak lebih 'subtle' berbanding asal, tetapi masih dianggap sukses oleh sebahagian besar pengkritik serta fanatiknya, termasuk aku.
Kill Bill 2 @ SKRIN
12. Book of Shadows : Blair Witch 2
Kalau kita rujuk kembali kisahnya – usaha sekumpulan anak muda mencari 3 orang yang hilang itu ada hubungkaitnya. Tetapi, aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu aku filem ini amat baik dibikin, lagi-lagi dikonklusinya.
Barangkali kalau dibuang perkataan Blair Witch '2' itu bisa menjadikan ia tidak disenaraikan di sini.
13. 28 Weeks Later (2007)
Bagaimanapun, hakikatnya sekuel ini di tangan Juan Carlos amat cemerlang dari pembukaan yang penuh emosi (membayangi pos-apokalips versi Boyle tentang tema kekeluargaan) sehinggalah ke akhir sekuens yang masih tidak bersolusi.
14. Godfather II (1974)
Sebelum itu, semalam aku bertanyakan pada teman aku dan dia memberitahu aku bahawa filem ini hebat cuma kerana satu perkara – Robert De Niro. Haha.
Itu antara 14 filem yang aku boleh senaraikan (oh mungkin ada banyak lagi yang aku tertinggal). Selepas ini, kalau berkesempatan aku akan menulis pula beberapa sekuel yang boleh dianggap tidak berjaya atau barangkali tidak patut dibikin sama sekali.
No comments:
Post a Comment