22 July 2008

Beranak Dalam Kubur (2007)



Ok. Aku harus berlaku adil. Mungkin ini antara filem horror indonesia yang agak ‘decent’, selepas beberapa sarap yang aku tonton baru-baru ini. (Oh aku masih ada sedozen DVD filem indonesia yang menunggu giliran untuk ditonton).

Perlu aku katakan bahawa konsep atau temanya (walaupun filem ini adalah remake dari tahun 1971 dari judul sama tapi dibikin dengan plot baru sepenuhnya) boleh dilabelkan sebagai asli – “kisah perempuan mati - sedang mengandung - terberanak dalam kubur - bumi tak terima – ‘pulang’ semula ke rumah mayat - diganggu sekumpulan budak-budak nakal – lalu mayat amok. Aku ragu samada filem ini pernah ditayangkan di panggung Malaysia atau tidak kerana mengikut garis panduan LPFN (yang tidak pernah tetap pendirian), adegan keluar-masuk kubur suatu ketika dahulu tidak lulus sensor sama sekali – rujuk perdebatan hangat filem Pontianak Harum Sundal Malam).

Untuk skrip, aku kira agak solid (orang indo bilang ‘lumayan’) walaupun aku sama sekali tidak bersetuju akan gaya hantu-supernatural itu boleh ‘membunuh’ secara fizikal kerana ia boleh dibuat dengan gaya lain (non-fizikal) yang lebih masuk dek akal, tetapi aku cuba maafkan juga. Seperkara yang menarik, ialah gaya arahan Saputra dan Lingga, banyak menggunakan sinematografi yang baik dalam membangkitkan suasana atmosferik, teknik fotografi dari angle yang agak memberangsang, berjaya membentuk ruang horror kerana sememangnya itu “janji” horror terhadap khalayak . Tetapi aku lebih suka kalau dimatikan sahaja audio nya (oh filem ini punya english-subtitle yang bagus), kerana runut bunyi serta skor musik amat membingitkan (ini tidak termasuk “rip-off” beberapa sekuens dari sebilangan filem horror-asia sebelumnya) – Tetapi aku sedar filem ini dibikin untuk “horror-dummies”, jadi sekali lagi aku maafkan.

Emosi (aku merujuk babak si ibu yang meratapi kenyataan anaknya yang ‘sebenarnya’ sudah tiada) – antara elemen yang berjaya dibangkitkan kerana tidak ramai pembikin horror asia yang sedar akan kepentingan emosi dalam genre ini. Maka sebab itu aku perlu bersikap lebih adil untuk rebiu ini.

Lain-lain, justifikasi dipengakhirannya yang lebih bermoral, dengan gaya “revenge” yang mediocre, tetapi ada signifikasi akan mesej serta tema yang terpahat untuk keseluruhan filem ini. Pesan aku (bagi yang belum), filem ini tidak perlu susah-payah dicari, tetapi kalau sudah ada dalam rak DVD/VCD, boleh sahaja ditonton (dan semestinya dengan ekspektasi yang rendah).

No comments: