Bagaimanapun, aku masih terasa 'keseorangan' apabila berbicara tentang genre horror (oh satu-satunya teman horror aku di Perth ini mungkin pekerja di kedai video rental, kerana beliau banyak merekomendasikan beberapa filem underrated, cult, B-Movie horror - yang bagus2 dan juga 'must-see-film' untuk peminat horror). Maka sudah tentu dia lebih banyak menonton, lebih berinformasi oleh sebab dia bekerja di situ.
Tetapi hari ini aku ingin membariskan beberapa quotes daripada filem horror (termasuk segala sub-genrenya) yang terkenal, yang barangkali menjadi sebutan rata-rata peminat horror, seperti aku, yang mana apabila diulangsebut secara spontan (akan quotes ini) lalu kau akan teringat akan filem-filem itu. Maka tidakkah 'quotes' itu menjadi suatu jukstaposisi yang menarik dalam kehidupan seharian? Tidakkah itu suatu yang menyeronokkan?
Entri khusus untuk geng horror SKRIN. Enjoy.
(Nota : Untuk penulisan ini, sekali lagi aku membariskan pilihan peribadi aku secara rawak lagi membabi-buta yang mana melewati otak horror ku ini.)

2. "BRAINS! brains!" – Return of the Living Dead (1985) – Siapa yang tak kenal spoof zombie ikonik “Tarman” dari filem ini! Orang sering bertanya kenapa zombie mesti makan orang. Sebenarnya otak. Jawapannya ada dalam filem ini.
3. "You're gonna need a bigger boat." - Jaws (1975) – Ungkapan klasik Jaws ini sebenarnya sangat ‘gelap’ komedinya, lebih-lebih lagi dalam suasana cemas. Sebenarnya banyak dihomagekan (melalui interpretasi) filem-filem monster sekarang. Filem terbaru Australia - Rogue tentang buaya besar juga ada homej quote tersebut.
4. "I ate his liver with some fava beans and a nice chianti" - The Silence of the Lambs (1991) – Sewaktu integorasi ejen Starling terhadap Dr. Lecter, yang penuh tensiti seksual. Merupakan sebuah kenyataan dari seorang pembunuh bersiri kanibalis yang paling memeranjatkan untuk abad ini.

6. "Get away from her, you bitch!" - Aliens (1986) – Amarah Si Ripley terhadap Alien yang membuatkan aku bangun dan bersorak “Yesss... Go Ripley, go!” Haha.
7. "Whatever you do, don't fall asleep." - A Nightmare on Elm Street (1984) – Sudah tentu kau akan ingat filem ini kerana temanya. Siapa yang mahu berjumpa Krueger dalam mimpi? Aku mau! Haha. Persoalannya, adakah filem terbaru The Invasion (Kidman mengingatkan anaknya) juga homage atau rip-off terhadap line ini?

9. "I see dead people." - The Sixth Sense (1999) – Siapa yang tidak pernah dengar akan quote ini di zaman ini adalah manusia yang tidak ada sensibiliti.
10. "Would you like to play a game?" – Saw (2004) – Menjadi antara sebuah ‘ajakan’ paling provokatif diungkap dalam filem horror baru, setidak-tidaknya kau terpaksa mengatakan ‘ya’ dalam sebuah penidakkan.
11. "I'm so scared..."- The Blair Witch Project (1999) – Diungkap penuh realisme, dalam suasana penuh atmosferik (dalam khemah sambil mukanya bersuluh). Apa kejadahnya di luar itu? Kau takut, aku lagi takut.

13. “What's the most you ever lost on a coin toss?” – No Country for Old Men (2007) – (Disusuli dengan ungkapan : “Call it!”)- Walaupun masih baru, tetapi ungkapan ini menjadi ‘instant classic’ sebenarnya. Original dan sangat intens walaupun diulang beberapa kali dalam dua sekuens kalau tidak silap aku.
(mungkin bersambung lagi kalau aku rajin)
No comments:
Post a Comment