23 July 2008

The Bank Job (2008)

Jason Statham adalah hero aku. Aku mula kenalnya melalui filem The Transporter (selepas itu Lock, Stock and Two Smoking Barrels, Italian Job, Cellular, Crank, dan Rogue Assasin). Dua perkataan yang boleh aku labelkan untuk beliau : “Solid & Sexy”. Ya, kerana karakter yang sering digalaskannya memerlukan dua aspek tersebut. (ini diakui isteriku sendiri – dan aku juga melihatnya sebagai seorang lelaki seksi – bukan secara fizikal ok?). Seperkara lagi, adalah tidak menjadi masalah untuk beliau untuk membawa kedua-dua watak protagonis dan antagonis (dalam Celullar dan dia berwatak hitam).

Tetapi, sebenarnya watak yang paling cocok dengan gaya atau stail beliau ialah berwatak kelabu (sepertimana watak yang didukungnya dalam filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels, Italian Job, Crank serta yang terbaru filem ini). Pendeknya, watak yang tidak ada justifikasi dalam keadilan sosial (biasanya dibayangi dengan latarbelakang hitam atau penjenayah). Sepertimana juga watak-watak kelabu lain sebagai contoh, pencuri pro dalam trilogi Ocean, watak Llewelyn dalam No Country for Old Men yang mencuri wang hasil rompakan, watak Dufresne dalam Shawshank Redemption (rujuk babak akhir apabila beliau membalas dendam dengan mencuri segalanya dari warden itu), watak Hayley dalam Hard Candy yang menghukum sendiri si pedophile serta banyak lagi.

Watak-watak ini sebenarnya keluar dari ruang eskapisme serta moral yang sering digarap dalam sebilangan besar filem mainstream - paling ketara ialah filem Melayu kita sendiri yang hampir tiada langsung akan watak sebegini. Kerana sudah lumrah, filem melayu – watak hitam akan dihukum oleh watak putih di akhirnya (atau setidak-tidaknya akan insaf keseluruhan jiwanya, lalu keindahan akan kembali terjalin). Bak kata Ku Seman, itu realiti filem Melayu, "janji"nya terhadap khalayak yang tidak pernah berkesudahan. Kalau idea itu diubah maka golongan khalayak ini pasti tersentak. Aku membayangkan bagaimana keadaannya jika Castelo (dalam Gerak Khas The Movie) misalnya masih bebas tanpa pembalasan?

The Bank Job diinspirasi dari kisah benar tahun 1971 (menariknya kerana ia dibikin dengan retro 70an) tentang rompakan bilik kebal Baker Street Bank melalui bawah tanah, yang menyimpan segala macam skandalisme serta rahsia tidak rasmi beberapa ahli politik Britain. Filem ini amat mudah diikuti, plotnya tidak bersimpang siur, straight-forward, fast-paced walaupun pembentukan karakter agak perlahan di awal jam pertamanya tetapi tidak menjadi masalah kerana ia diadunkan dengan elemen komedi yang bersahaja melalui dialog lucu dalam accent Britishnya. Kerana itu semua adalah proposisi atau ‘janji’ genre filem ini terhadap kita yang telahpun ditepati.


"Penyamuuuun! Malam ini kita kerja overtime!!!"

No comments: