27 June 2008

Broken & Welcome to The Jungle

Broken (2007)



Aku menonton Broken, sebuah filem indie-horror British (sub-genre slasher) awal tahun ini seingat aku. Filem ini 'kecil' (underrated), sekecil filem SAW di saat ia belum difrancaiskan lagi oleh gergasi perfileman Hollywood. Tetapi, filem ini sarat dengan keganasan ekstrim, 'eerie' malah sungguh menguja (mengikut terma horror).

Plotnya dimulakan dengan survival seorang wanita (mangsa) tergantung di dalam sebuah hutan, lehernya dijerut di sebatang pokok, badannya cuma diimbangi dengan sebatang kayu - kesilapan kecil mautlah akibatnya. Satu-satunya cara untuk melepaskan diri ialah dengan 'membuka' semula jahitan di perutnya, kerana tertanam sebilah pisau cukur di dalamnya (ya dalam perut).

Maka terburailah isi perut dalam usaha survival tersebut. Cukup ngeri lagi brutal. Malangnya maut juga menimpa walaupun usaha melepaskan diri tergantung dianggap sukses. Tapi itu cuma mukadimah filem ini. Plot sebenar bertumpu kepada wanita lain (yang sudah semestinya turut diseksa sebegitu rupa malah lebih lagi).

Paparan keganasan ekstrim dalam Broken boleh sahaja aku letakkan antara rating tertinggi. Berbeza dengan teknik 'fast-paced' survival SAW, Broken lebih sederhana, tetapi lebih atmosferik, malah filem ini lebih tertumpu penuh kepada 'drama' kedua-dua watak utamanya.

Mungkin bergerak agak perlahan, tetapi plotnya menjadi lebih tegang, apabila seorang lagi wanita menjadi mangsa sehinggalah ke sekuens akhir - juga antara salah satu gaya pengakhiran paling 'shocking' lagi penuh provokatif. Dan aku seharusnya sedar memang begitulah ia (filem-filem sebegini) sepatutnya di'tamat'kan.


"Yelah yelah... lepas ni aku tak membebel lagi"


Welcome To The Jungle (2007)



Ini juga adalah sebuah lagi filem underrated (sudah tentunya kerana filem sub-genre kanibalisme jarang sekali di'angkat'), meskipun dibikin Jonathan Hensleigh (penulis skrip beberapa filem mainstream Hollywood, juga pengarah The Punisher).

Sebenarnya aku tidak tahu apa silapnya filem ini. Barangkali ekspektasi filem ini terlalu tinggi (juga mungkin terlalu berharap suatu yang lebih getir dari Cannibal Holocaust - filem kanibal awal 80an yang aku sendiri tak mau 'jamah' lagi DVDnya - pendeknya, aku benci walaupun aku akui itu antara filem kanibal paling 'kuat' lagi pernah dibikin), dan mungkin juga seawal jam pertama ia berlangsung filem ini seperti tidak menjanjikan apa-apa. Apa yang kau perlu buat ialah bersabar sehingga diorang sampai ke perkampungan itu (dalam usaha menjejaki Michael Rockefeller - yang hilang sejak 60an lagi, yang di'khabar'kan masih hidup di kawasan kanibal itu).

Oh, sebelum itu, ada satu babak cemas (gila!!!) waktu diorang di'berhentikan' oleh sorang ibu di tengah jalan. Tiba-tiba chaosss! Dan babak yang paling thrill, ialah semasa mereka merentasi sungai menggunakan rakit - oh waktu itu thrill ya amat. Babak ini kau akan sedar, manusia (modernisme) itu seolah-olah setaraf 'haiwan' yang cuma menunggu masa untuk menjadi mangsa. Dan bagaimana filem ini (dan juga filem kanibalisme lain) menyindir tamadun manusiawi masakini, malah memberi mesej besar (malah kesedaran) tentang erti sebenar modenisasi.


"Selamat datang ke hutan, anda akan dijamu sebentar lagi"

No comments: