27 June 2008

The Mist (2007)



(Untuk filem ini, barangkali aku perlu serius sikit)

Pertamanya, Frank Darabont sememangnya pakar (dan yang paling penting - beliau cukup tahu 'apa nak buat') dalam memvisualisasikan naskah "Horror-Maestro" Stephen King ke layar besar selepas Shawshank Redemption dan juga The Green Mile.

Berikutan susksesnya dua filem itu (oh kalau sudah bertaraf Oscar apalagi yang kau mau), maka kau harus buang segala skeptisme yang ada, kerana barangkali frustrasi yang melanda kita akibat hasil kerja "main-main" sutradara lain dalam mengadaptasi karya penulis seram tersohor ini (aku merujuk kepada filem Desperation). Untungnya filem 1408 (yang dikira masih segar) tidak mendukacitakan malah antara yang terbaik selepas The Shining.

Tetapi garapan sci-fi apokalips Darabont kali ini aku percaya tidak mungkin masuk ke gelanggang Oscar walaupun pada dasar serta terma-terma itu sudah agak 'cukup' apatah lagi gaya pengakhiran pos-apokalips yang amat 'disturbing' (oh barangkali antara ending yang paling depressing, shocking lagi melankolik pernah ditulis King), tapi masih ada yang kurang lengkap. Barangkali adaptasi itu sendiri.

Ini berikutan akan penjelasan kepada persoalan tentang "apa yang sedang terjadi, siapa punya angkara dan kenapa serta bagaimana ia berlaku" tidak punya jawaban yang spesifik serta masih samar - sesamar 'mist' itu sendiri (kau cuma di'beritahu' ia adalah angkara manusia - tapi kalau kau rasa itu sudah cukup, aku mungkin boleh terima seadanya) .

Seperkara lagi yang agak mendukacitakan aku mungkin pemilihan si Thomas Jane sebagai protagonis. Aku tidak merasai lakonannya (barangkali terlalu 'cool') - tidak ada 'humanisme' dalam karakternya. Maka tidak cocok untuk watak itu.



"Pheww nasib baik bukan yaajud makjud beb.."

Lain-lain, filem ini 'cukup' serba serbi malah bisa ditakrif sebagai sebuah "Masterpiece" kerana ia 'segar', punya originaliti serta tahap kegetiran atau intensiti yang harus ada untuk sebuah genre ini.

No comments: