Sebenarnya, kalau mengikut susunan atau turutan filem-filem (sub-genre zombie) yang sepatutnya ditonton secara konsekutif baru-baru ini (mengikut tahun ia dikeluarkan), The Zombie Diaries sewajarnya menjadi yang pertama, seterusnya filem [REC] dan yang ketiga adalah hasil kerja "Papa Zombie" George A. Romero - Diary of The Dead (Cloverfield tidak perlu dinyatakan di sini oleh sebab perbezaan genre), kerana ketiga-tiga filem ini punya satu persamaan iaitu menggunakan teknik "hand-held camera" persis The Blair Witch Project (antara filem horror penting yang mencetuskan perdebatan 'luar-biasa' pengkritik horror waktu itu).
Maka, The Zombie Diaries adalah pemenang, oleh kerana elementari konsep, origaniliti serta 'kesegaran' yang ditonjolkan dalam genre zombie. Pun begitu, filem UK berbajet kecil ini tidaklah terlalu hebat untuk aku 'julang-julang'kan, oleh sebab banyak sangat yang perlu dibaiki paling ketara ialah plot, serta terlalu banyak "group-characters" yang cuba diceritakan. Walhal, sepatutnya, pengarah bersama Michael Bartlett dan Kevin Gates meminimumkan itu semua, seterusnya memberi tumpuan terhadap aspek horror-survival. Tambahan lagi, gaya pengakhirannya yang terlalu ambisius - secara mediatif, cuba memprovok, yang aku kira menemui sedikit kegagalan. Walaubagaimanapun, itu tidak penting bagi aku. Filem ini boleh aku anggap berjaya dalam konteks horror.
Beberapa sekuens seram yang dihasilkan, cukup asli - paling getir ialah sewaktu sekuens kereta yang mereka naiki terbabas, salah seorang dari mereka pengsan (akibat kemalangan itu) tatkala sekumpulan zombies sudah mula mendekati (kau tahu apa yang berlaku seterusnya). Satu lagi sekuens yang sangat baik dibikin ialah "shooting field" - tatkala salah seorang dari mereka ditembak rakannya sendiri, walhal baru sahaja 'terselamat' setelah sesat di hutan. Dan yang paling baik bagi aku ialah babak 'subtle' kumpulan itu (harus) menembak mati seorang kanak-kanak kecil yang sungguh malang (oh lakonan kanak-kanak itu sangat baik dan penuh empati).
Akhir sekali, (seperti yang aku katakan awal tadi), kesegaran dalam filem ini sebenarnya sedikit-sebanyak telah berjaya menyelamatkan sub-genre zombie kesayangan aku ini daripada dianggap repetitif, kolot dan sebagainya. Maka, selepas ini barulah aku 'sepatutnya' menonton [REC] dan seterusnya 'mendengar' komentari sosial Encik Romero dalam Diary of The Dead.
No comments:
Post a Comment