27 August 2008

Flowers of Flesh and Blood (Chiniku no hana) (1985)



Bercakap tentang Sinema Hardcore Ekstrim ataupun Black Cinema Jepun, ini adalah satu di antaranya (sebelum generasi violence ekstrimavaganza Takeshi Miike dan Shinya Tsukamoto). Tapi ini bukan filem surreal (well, mungkin ada ciri-ciri itu, dipengakhirannya), tapi keganasan ekstrim semata-mata tanpa tumpuan penuh terhadap plotnya (maka menjadikannya sebuah filem eksploitasi). Lebih tepat lagi, ia berkonsepkan “filem snuff”. Ya, bagi kau orang yang teringin untuk menonton filem snuff (iaini filem eksperimental realiti (sebenar) yang dirakamkan secara nyata terus menerus – rujuk Videodrome, Great American Snuff Film), filem ini paling ‘dekat’ dengan konsep itu.

Jadi memandangkan filem ini dibikin di era 80an, menjadikan efek khas yang dibuat sangat-sangat realistik, maka tidak hairanlah kenapa pembikinnya di soal-siasat polis (masalah yang sama pernah menimpa Rugerro Deodato), setelah aduan dibuat oleh aktor Hollywood - Charlie Sheen, bagi membuktikan kesahihan, samada filem ini menggunakan efek dan bukan mangsa secara nyata. Justeru tiada masalah bagi pembikinnya Hideshi Hino untuk mengemukakan apa jua bukti, kerana sememangnya filem ini seratus persen menggunakan efek khas (oh kecuali ayam itu memang mangsa sebenar haha... kesian).

Durasi filem ini pendek – 42 minit tapi sarat dengan gore, brutalisme – seorang wanita diculik, disuntik dadah lalu dipotong beberapa bahagian badannya hidup-hidup, maka menontonnya sangat distressing. Segala efeknya menguja, straightforward torture, sadistik, memprovok tanpa mempedulikan empati audien terhadap wanita malang itu. Struktur plotnya tipis, berdialog minimal, akhirnya tau-tau proses potong-memotong itu dahpun selesai. Tontonan menjadi lebih berat apabila wanita itu masih kelihatan bernyawa, sehingga di’selesai’kan sepenuhnya di fragmen akhirnya. Aduuhhhh.... kau orang tonton sendirilah tapi jangan pula anggap aku merekomendasi.

No comments: