Oleh Mahhass
Kalau diklasifikasikan, blog aku dah sememangnya di ratingkan R (Restricted to Adults 18+ and Over) di Australia, NC-17 di US (versi uncut), UK18, R21 di Singapore, Rated 'BANNED' di Malaysia – selepas tapisan barulah 18SG. Maka SKRIN aku (secara pretensiusnya aku katakan) bolehlah diklasifikasikan 18SG di Malaysia. Tapi aku peduli apa.
Baiklah, lantakkan semua apa kejadah klasifikasi itu, yang penting aku menonton lagi.
Sekali lagi filem getir menjadi pilihan aku. Filem ini sebenarnya baru di'lepaskan' versi video, itupun (menurut sumber IMDB.com), hanya di USA, New Zealand dan Australia baru-baru ini. Negara-negara lain tidak pula dinyatakan.
The Great American Snuff Film adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1995-1998. Ia sebenarnya adalah tajuk asal sebuah pita rakaman (Super 8 film) pembunuhan seorang pembunuh bersiri bernama William Allen Grone (telahpun dijatuhkan hukuman mati ke atas 13 kes culik, siksa, rogol dan bunuh).
Apa yang terkandung dalam filem yang hanya berdurasi 2 setengah minit itu sungguh menggegarkan masyarakat Amerika suatu waktu dahulu – iaitu futej seorang wanita yang diikat dan akhirnya ditembak di kepala. Matinya penuh tragis.
Namun filem ini sebenarnya diadaptasikan terus dari jurnal William Grone itu sendiri bersama partner-in-crime nya (yang juga dibunuh Grone). Pengarah Sean Tretta bagi aku berjaya memvisualisasikan dengan sungguh baik sekali akan jurnal tersebut (secara naratif) ke layar, dari saat penculikan hinggalah ke saat akhir pembunuhan.
Sudah tentunya berbajet kecil, filem indie ini dengan adunan muzik latarnya yang sungguh kena, berjaya membentuk suasana tegang, seram, brutaliti, saspens, griti lagi provokatif dengan penuh intensiti. Itu yang istimewanya filem indie, walaupun kadang-kadang (lakonan, efek CGI khususnya) kelihatan sungguh amatur, namun interpretasinya, lantas mencipta ruang yang amat besar. Dan biasanya sinema indie lah yang senantiasa mencipta suatu kelainan serta revolusi baru tanpa batasan restriksi.
Maka sudah tentunya aku tidak hairan apabila khalayak mainstream terjerit-jerit, memaki-hamun lagi menyumpah-nyumpah menonton sub-genre sebegini. Kenapa harus keadilan sosial dititikberatkan dalam sesebuah filem?
Di bahagian akhir filem ini (kredit akhir), kita pertontonkan paparan futej sebenar pembunuhan tersebut (sebelum audien di beri amaran terlebih dahulu). Namun terdapat percanggahan fakta, ada yang mengatakan itu palsu dan ada yang mengatakan ianya asli. Kau tontonlah sendiri. Bagi aku, aku lebih suka mengatakan ia futej sebenar bagi melengkapkan' secara 'maksimum' akan apresiasi tontonan aku.
No comments:
Post a Comment