
Oleh Mahhass
"Aku sedang dalam proses pembikinan sebuah filem (cult-horror) yang bagus tentang pembunuhan, dan dalam masa yang sama, akulah pembunuh itu" - Max Perry.
Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan filem ni yang aku sendiri tak tahu walaupun paparannya aku kategorikan ganas, sadistik, ekstrim, 'mengganggu', atau apa sahaja.
Baiklah untuk filem ini, aku cuba serius sikit.
Berbajetkan 50,000 pound sterling, doku-filem indie ini mengisahkan Max Perry, seorang fotografer, lunatik serta kurang kewarasan moralistik, secara pretensius mendokumentarikan dirinya seharian, serta mem'video'kan kesemua mangsa-mangsa bunuhnya (selepas disiksa bertubi-tubi).

Seperkara lagi yang bermasalah tentang filem ini, ialah ketidak-kemasan struktur naratifnya. Kita dibawa (oleh Max) untuk ber'kenal-kenal' dengan keluarganya – malah aku kira beberapa babak Max agak terlalu berusaha untuk menunjukkan bahawa dia juga punya kehidupan ordinari seperti individual lain, namun masih tidak wujud akan kekontrasan watak putih dan hitamnya. Perhatikan sewaktu Max menonton semula rakaman nostalgia beliau bersama familinya sewaktu kecil. Terlalu berusaha (untuk meraih simpati) bukan?
Itu antara masalah-masalah dalam filem filem ini. Lain-lain aku kira agak baik – dari segi originaliti (walaupun masih berpaksikan pembunuh bersiri namun tekniknya berlainan dengan Henry : Potrait of a Serial Killer), serta idea yang tercetus membunuh secara doku-filem (walaupun konsep 'membunuh dan merakam' video pernah dilayarkan dalam filem 9mm).
Aku sedar filem ini boleh sahaja kau kategorikan salah satu filem cult (idealisme serta falsafah yang ditonjolkan) namun tidak boleh berdiri setanding dengan filem cult-masterpiece lain khususnya bagi sub-genre ini.

Ironinya, filem ini menang 7 daripada 9 nominasi awards. Namun, perasaan aku bercampur-baur samada aku suka atau tidak akan filem ini. Kau mungkin suka akan filem ini (kalau kau belum tonton). Cuma aku saja yang ada masalah sikit.
Barangkali kerana dikonklusinya, yang bagi aku (watak Max Perry itu) sungguh pretensius, kurangnya ruang simplisiti bahkan terlalu ambisius, walaupun sesetengah khalayak (mainstream) mungkin menganggapnya sungguh getir lagi menakutkan. Tidak bagi aku.
No comments:
Post a Comment