"Siapa bilang blog hitam tak menawan, tak menarik hati.. tiada memikat... "
Hahaha akhirnya SKRIN aku dahpun aku simbah cat (baca:darah) hitam. Kaler lama aku dah bosan. Memang dah lama aku nak cat hitam cuma aku tak ada masa. Tapi bukanlah bermakna aku dah taknak tonton filem lain selain horror. Kalau kau kasi filem CINTA yang tengah meletup sekarang ni pun (kalau aku tonton) aku tulis jugak.
Tapi aku pun hairan jugak sebab dalam 9 dvd yang aku sewa semalam, 6 daripadanya adalah bergenre horror/slasher/zombie flicks, 2 spongebob dan cuma satu genre action. Hmmmmm....
Ok ini satu daripadanya : Frankenstein Reborn (2005)
Pertamanya, filem ini adalah versi 'direct to video' ataupun 'direct to rental', maka kebarangkalian kau jumpa kat Malaysia adalah tipis sama sekali.
Keduanya, kau TAK payahlah buang masa cari, sebab tak berbaloi walaupun kau ni seorang peminat fanatik (gila babi) Frankenstein, sebab ini bukanlah versi 'update' dari Mary Shelley. Mungkin cuma diinspirasikan dari tulisan Mary Shelley - Kisah Prometheus Moden, idealisme pemikiran seorang saintis (melalui sains) hilang akal lalu cuba melawan takdir, serta cuba bereksperimentasikan kematian.
Tapi itu kisah original yang ditulis Mary Shelley, bukan dalam filem ini walaupun intepretasinya barangkali sama cuma gaya serta emosinya sungguh jauh sekali.
Maksudnya, kau mungkin sayangkan (watak) Frankenstein yang original tapi untuk filem ini, kau boleh layan gelak. (Aku memang skeptikal dengan low budget-flick tapi entah kenapa aku nak sewa jugak - mungkin faktor 1 dvd sewa 1 dollar = 10 hari, murah beb!)
Selain gelak, cuma ada satu dua perkara yang aku kira agak bagus(lah) terutamanya dari sudut gore dan keganasan. Pertamanya - babak pembukaan yang menyaksikan seorang perempuan dipenggal badannya. Kedua dan terakhirnya, ialah di babak akhir, seorang lagi perempuan kepalanya dipenggal. Kedua-dua adegan tersebut dibuat tanpa sebab-musabab.
Maka bolehlah aku simpulkan bahawa filem ini tak sepatutnya diberi-pakai judul Frankenstein. Tak layak. Namakan sahaja 'Doctor Dead' ke, 'Doctor Zombie' ke 'Dead Clinic' (sebab proses menghidupkan balik orang tu dibuat kat klinik) ke takpun 'Clinic of The Dead'! Hahaha
No comments:
Post a Comment