02 September 2008

Doomsday & Boy Eats Girl

Doomsday (2008)



Ok, aku tertinggal. Baru semalam aku tonton hasil muaturun di internet (di mana lagi bukan?). Sampai hari ini, Australia masih tak release lagi filem ini. Aku tak faham kenapa lama sangat. Mungkin diorang tak suka filem ni sebab nak jaga filem kesayangan Mad Max diorang. Entah aku tak pasti.

Ya, memang benar kalau kau peminat filem apokaliptik (futuristik khususnya) seperti Mad Max, Road Warrior, Escape from New York, maka ini adalah santapan kau. Ataupun kau nak tengok gambaran pos-perang dunia ketiga, apabila virus menjadi medium pra-kiamat, opresi serta dikriminasi politik, keboborokan kuasa besar dunia yang mewujudkan sosial stratifikasi, akibatnya muncul generasi distopia sub-kultur punk penuh horror, kanibalistik, yang menguasai maka kau boleh tonton filem ini.

Selepas Dog Soldiers dan The Descent, aku jadi peminat besar Neil Marshall. Beliau seorang pembikin ambisius. Memang tampak akan ketelitian dalam kedua-dua filem sebelum ini, secara teknikalnya. Jelasnya, beliau tidak mahu dianggap satu dari ratusan pembikin rip-off. Maka untuk filem ini, walaupun ‘pinjaman’ idea itu memang ketara, malah dari satu sisi kita sedar ada beberapa sekuens yang jelas pernah kau tonton sebelum ini, tetapi produk secara keseluruhan yang dihasilkan tetap wujud keasliannya. Asal filem itu diramu baik dan berkesinambung sudah cukup (walaupun aku tak bersetuju akan sub-plot ‘gladiator’ itu dan sepatutnya mengekalkan sahaja subkultur futuristik punk dalam keseluruhan naratifnya).

Apa sekalipun, filem ini memberikan apresiasi sepenuhnya (setidak-tidaknya untuk aku), melalui garapan fast-paced, rolerkoster plotnya, dan highlight sebenar untuk filem ini selain ritual selepas konsert oleh Sol, sudah pasti babak kejar-mengejar penuh deru adrenalin di pengakhirannya.


Boy Eats Girl (2007)



Pada aku filem ini OK. Bukanlah tergolong yang terbaik atau mesti tonton, tapi boleh dijadikan bahan tontonan kalau kau dah tak ada apa nak buat (tonton) dah. Memang suatu tema pengulangan, rip-off, tapi tak ada hal sangat bagi aku. Aku enjoy dan aku percaya untuk peminat zombi lain, pun mungkin sependapat dengan aku (tak semestinya juga kau zombi-fan macam aku).

Ada homej fiesta gore ala Brain Dead di akhirnya yang lucu lagi seru. Lain-lain, efek makeup zombies yang decent, plot yang simplisiti – kisah si polan kononnya frust dengan awek yang curang, secara eksidental mati lalu emaknya hidupkan balik melalui proses ritual vodoo. Ironinya, mamat itu pun tak tahu dia dah mati dan dah jadi zombi. Jadi dia lapar daging manusia.

Tipikal, straightforward filem zombi tapi bagi aku enjoyable. Bodoh tapi boleh tahan.

No comments: