09 September 2008
P2 (2007)
Sudah tentu penulis filem ini haram tak kenal siapa mendiang Canny Ong jika ditanya. Tetapi kisah Canny Ong itu bukan satu-satunya yang pernah berlaku, tapi antara 1000 kisah yang wujud di luar sana. Untuk orang Malaysia, filem ini barangkali amat sesuai ditonton, satu tribute terhadap mendiang. Juga sebagai kesedaran atau satu langkah lebih berwaspada bagi golongan wanita yang selalu pulang lewat dari bekerja.
Ditulis oleh Alexander Aja, itupun kalau kau ambil peduli siapa yang bikin Haute Tension (2003) dan remake filem Hills Have Eyes (2006) dua tahun sudah - masih ingat babak mangsa dirogol orang-orang bukit dalam caravan itu? Babak itu sebenarnya tergolong dalam undian tertinggi paling getir/ekstrim yang dipilih salah satu laman web yang pernah aku terbaca. Aku dah tak ingat kat mana.
Ok, untuk filem ini, pertamanya, ada satu babak yang boleh aku golongkan antara “Death Scene” paling gila pernah didekonstruk dalam filem slasher, iaitu selepas mangsa dibelasah cukup-cukup, tak cukup lagi, akhirnya mangsa dilanggar ke dinding bertalu-talu sehingga terkeluar tulang rusuk dan terburai isi perut.
Keduanya (atau mungkin terakhirnya), di konklusi filem ini, Aja merosakkan segala kepercayaan, momentum saspen malah segala intensiti yang sudahpun terbentuk sejak awal filem ini dibuka. Aku tidak tahu kenapa ia diakhiri sebodoh itu. Pengakhiran sebegitu, bagi aku tidak sesuai bagi subgenre ini walaupun kesan dramatik itu agak berkesan. Tapi, jelasnya ia tak masuk dek akal. Aku mau jelaskan kenapa, tapi aku percaya masih ramai antara kau orang yang belum tonton – takut spoiler. Jadi lupakan saja.
Apapun, seperti yang aku katakan awal tadi, filem ini memberikan beberapa mesej moral besar terhadap golongan wanita yang leka mengejar wang, egosentrik serta bersikap acuh tak acuh terhadap sosial sekelilingnya. Oh dan juga satu amaran terhadap para sexual harassment – tingkahlaku anda diperhatikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment