Pathology (2008)
Tentang sekumpulan pos-graduan perubatan yang melakukan kerja autopsi gila sesama mereka – mencari mangsa secara selektif, membunuh, lantas mengeksploitasi mayat dalam permainan teka teki melalui kaedah mencari jawapan bagaimana mangsa tersebut dibunuh, dalam usaha mereka menunjukkan siapa lebih handal dalam bidang itu. Bodoh, gila, absurd dan memang tak ada kerja.
Aku kurang pasti, tetapi tema yang dibawa bukan sebuah pengulangan. Barangkali sangat hampir dengan Anatomie, tetapi naratifnya berbeza, manakala Unrest, filem ini tiada elemen supernatural. Maka ia bolehlah dianggap sebuah karya segar/asli.
Cuma elemen seksploitasi yang digarap agak menjengkelkan. Apapun, twist di konklusi agak provokatif dalam tema anti-heronya.
Restraint (2008)
Sebuah produksi thriller Australia. Plotnya agak memikat kerana kesederhanaannya. Kisah sepasang kekasih yang fucked-up lagi ‘disfungsi’ (haha) yang melarikan diri dari polis ke sebuah pekan kecil luar bandar. Memecah masuk sebuah rumah secara rambang, menjadi tetamu yang tak diundang, dan akhirnya timbul pula drama lain di rumah itu.
Aku senang dengan filem ini. Lebih senang dari filem di atas. Segala elemen cemas yang digarap lebih simplisiti dalam subtle (oh dan elemen seksnya yang hangat). Karakteristik, sinematografi yang menaikkan emosi gelap dalam perjalanan plotnya (walaupun agak longgar) agak berjaya menerbitkan roh realisme filem ini.
Di pengakhirannya juga agak longgar (yang sebenarnya boleh ditwistkan dengan lebih menggegarkan lagi), tetapi seperti yang katakan tadi, segalanya seolah-olah sengaja disederhanakan.
Zombie Strippers (2008)
Pertamanya, belum pernah ada lagi filem Zombi yang sarat dengan buah dada selain filem ini. Maka ia sangat sesuai sekali dengan judulnya, Dan selepas Planet Terror, ini adalah filem formulaik zombi yang paling entertaining aku tonton untuk tahun ini walaupun agak B-status.
Bermula dengan virus outbreak di pangkalan tentera (homej Day of The Dead di sini) lantas ia merebak ke Strippers Club (oh jangan lupa filem ini ada si porn star Jenna Jameson haha), secara satira, zombie sebagai subjeknya, filem ini menyerang pentadbiran Amerika oleh Bush, mengutuk segala peperangan, dasar politik serta penjajahan oleh Amerika termasuk sekutunya.
Ideanya mudah, zombi itu simbolik perihal manusia (di sini adalah rakyat amerika khususnya) yang leka, pretensius,bobrok tentang kemusnahan apokaliptik yang dilakukan pemerintahnya terhadap dunia masakini dan seterusnya masa akan datang.
No comments:
Post a Comment