Masih ingat pembukaan filem The Exorcist di mana kita dikejutkan dengan laungan azan yang berkumandang di saat awal filem itu bermula? Gaya pembukaan itu barangkali menggarap sebuah idea yang mungkin telah lama difikirkan pembikin filem Turki ini untuk menghasilkan filem bertema eksorsisme ini dari sudut perspektif Islam. Maka sudah tentunya beliau tetap dilabel rip-off (bagi peminat besar The Exorcist khususnya). Pun begitu, walaupun tema itu dikongsi, namun sebenarnya tiada sebarang pengulangan, restorasi mahupun klise filem horror klasik tersebut dari segi karakteristik sehinggalah ke struktur plotnya. Lain-lain, mungkin ada. Soalnya, jika filem itu bertema slasher, pendekonstruksian bagaimana lagi kalau bukan slasher?
Menonton filem horror luar (iaini non-hollywood, J-Horror ataupun Asian Horror) sentiasa memberikan sebuah pengalaman baru. Sebelum menonton aku agak teruja kerana sepembacaan aku, filem dari anak jati Turki, Hasan Karacadag mendapat sambutan yang menggalakkan di Turki. Malah, dianggap antara filem seram Turki yang terbaik pernah dibikin. Lihat sahaja rating yang agak tinggi (aku pasti rata-rata diundi oleh penonton Turki) di imdb membuktikannya. Begitu juga resensi positif media tempatan.
Di sebalik idea segar yang dibawa, sebuah perspektif eksorsisme baru, sinematografi yang tidak kurang hebat, teknik fast cut, efek CGI yang updated (diukur dari bajet), bagaimanapun filem ini bagi aku masih di tahap biasa. Mungkin filem ini terlalu banyak bereksperimentasikan elemen seram-shock dalam setiap sekuens nya. Itu suatu yang tidak perlu. Tidak munasabah. Cubaan untuk menerbitkan atmosferik cemas itu bagi aku gagal. Sepatutnya disederhanakan atau di tahap minimal.
Dari satu sisi, filem ini mungkin membawa suatu pembaharuan besar dalam temanya, walaupun masih menggunakan syaitan sebagai subjek kerasukan, wanita sebagai medium objek, dan Imam sebagai pengganti paderi, sebagai pemulih/hero yang membawa kedamaian. Konsep itu masih dikekalkan, yang berbeza barangkali di pengakhirannya, walaupun penuh kegelapan, tapi tampak lebih optimis, positif dan 'putih'.

No comments:
Post a Comment