
Al-kisahnya senang – sekumpulan muda-mudi dalam perjalanan ke Daytona Beach, tersesat (detour) ke satu bandar lama yang penuh misterius bergelar "Pleasant Valley" – tiba-tiba disambut dengan penuh meriah 'Guts & Glory’ oleh penduduk di sana. Tidak menyedari yang mereka semua bakal menjadi lauk santapan fiesta mereka.
Oleh sebab filem ini adalah sebuah remake dari filem seram/slasher klasik keluaran 1964 berjudul Two Thousand Maniacs (arahan Herschell Gordon Lewis), maka aku 'maafkan' segala klise, gaya atau stereotaip yang ada (hey, kalau sudah namanya "remake", takkan kau nak buat plot lain?).
Sekarang baru aku baru sedar, plot sebegitu (walaupun aku belum menonton versi asal) sudahpun dibikin sejak era 60an lagi oleh Raja "Gore" – Herschell Gordon Lewis yang sebelum itu membikin Blood Feast (1963) – dikatakan antara filem slasher penting selepas Psycho (1960) karya Hitchcock. Tetapi versi remake ini lebih ke arah filem "Splatter" berbanding "Slasher" (yang mana, filem ini lebih cenderung kepada paparan "gore" dan "violence" – walaupun slasher & splatter ibarat adik beradik kembar lain sifat). Juga oleh kerana berteraskan komedi, maka istilah "Splatstick" (istilah yang di’putarkan’ dari perkatataan "slapstick" oleh Bruce Campbell apabila ditanya tentang Evil Dead) adalah paling sesuai untuk 2001 Maniacs.

Tanggungjawab mengemudi diberi pada Tim Sullivan. Robert Englund pula – si Freddy Krueger yang kita kenal dalam episod-episod Nightmare on Elm Street menjadi sandaran besar filem ini. Cuma aku rasakan pembawakannya tidak cukup kuat (pendeknya – tak cukup jahatlah).
Menontonnya tak perlu serius – seperti ketidakseriusannya (absurd) filem ini. Kau tak perlu bertanya kenapa, apa dan bagaimana, eskapisme - yang penting kau enjoy.

No comments:
Post a Comment