
Kisah Charles Manson, pembunuh (atau mastermind disebalik pembunuhan 'infamous') Tate/LaBianca pada musim panas 1969, mungkin sudah dilupai serta menjadi sebuah lakaran sejarah hitam Amerika. Tetapi aku percaya masih ramai yang belum tahu atau mengikuti kisah hitam ini, barangkali kerana tragedi itu berlaku pada era 60an, sejurus sebelum memasuki 70an. Aku sendiripun belum lahir waktu itu. Mungkin generasi sekarang lebih mengenali nama Marilyn Manson berbanding Charles Manson, walaupun nama itu diambil sebagai 'penghormatan'nya terhadap Charles Manson, yang juga merangkap seorang pemuzik dan komposer muzik.
Dalam filem pseudo-dokumentari ini (maksudnya dokumentari yang watak-watak "real-life"nya dilakonkan semula), ia menggarap semula kisah Charles Manson bersama ‘pengikut’nya atau seringkali dilabelkan dengan nama (secara simboliknya) 'family'. Namun, filem ini (sesuai dengan judulnya) lebih memberi fokus terhadap pengikutnya, pop-budaya songsang, 'religious cult' yang sudahpun diwujudkan Charles sewaktu pembukaan filem ini.

Juga aku kira beliau berjaya membentuk suasana 60-70an (yang biasanya aku 'kenal' suasana itu melalui filem) termasuk gaya yang banyak dilakukan dalam filem-filem mondo, teknik keganasan grafik (shock exploitation) seperti filem Last House on The Left, I Spit on Your Grave, filem-filem kanibal seperti Cannibal Holocaust, Mangiati Vivi (Eaten Alive).

Walaupun filem ini khabarnya tidaklah berdasarkan seratus persen dari kisah sebenar Charles Manson dan pengikutnya , namun ia dapat (sekali lagi selepas versi dokumentari tahun 1970 berjudul "Manson", juga versi filem menggunakan judul yang sama tahun 1973 serta "Helter Skelter" tahun 1976) mendedahkan kisah ini di mata dunia, atau setidaknya untuk aku.
No comments:
Post a Comment