Objektif sesebuah filem pornografi ialah memapaparkan seks untuk merangsang atau menstimulasikan nafsu syahwat penontonnya (secara relatifnya), maka Shortbus sebenarnya tidak dicipta untuk itu (walaupun tema besarnya ialah seks). Shortbus barangkali sebuah filem eksperimentasi dalam mengupas persoalan seks dari pelbagai macam sudut (heteroseksual, homoseksual, lesbianisme dll). Perhatikan sahaja teknik pembukaan filem ini, memaparkan babak "self-fellatio", "kinky" serta seks akrobatik dan macam-macam lagi, maka kau akan sedar apa lagi yang akan berlaku seterusnya. Dibikin dengan penuh bergaya oleh John Cameron Mitchell, pembawakan watak-watak yang baik (paling penuh 'manusia' sudah tentunya Sophia lakonan Sook-Yin Lee). Walaupun segala macam teknik boleh sahaja dianggap baik, (oh seperkara paling menarik ialah di klimaksnya!), namun secara peribadinya, aku tidak berapa gemarkan filem ini.GRIMM LOVE (a.k.a Rohtenburg) (2006)
Filem ini diinspirasikan dari kisah jenayah benar yang pernah berlaku di Jerman. Grimm Love ialah seorang kanibal. Satu persoalan menarik dalam filem ini ialah adakah seseorang itu dikatakan pembunuh apabila mangsa dengan rela hati menyuruhnya dibunuh lalu dimakan? Pembentukan watak protagonisnya (walaupun boleh ditakrifkan antagonis) sangat baik – kuat, maka sifat melankolik, depressing itu kau akan rasai, tetapi struktur plotnya sungguh mendatar dan lemah (paling tepat ialah membosankan), sehinggakan kau akan berasa musykil, samada betul atau tidak jenayah semacam ini benar-benar berlaku.DEN (2001)
Ini barangkali sebuah kisah klise – kisah pembunuh bersiri (Den) menculik 4 orang, lalu dirantai dan ditempatkan bersama. Aku fikir bajetnya sangat-sangat rendah, malah hampir tidak boleh dikategorikan dalam B-Movie. Si penculik (selaku peneraju utama) juga adalah pengarah serta penulis layarnya. Walaubagaimanapun, persoalan atau tema yang dikupas sangat-sangat menarik, ditambah dengan lakonan kelima-lima mereka yang jauh lebih baik dari beberapa pelakon mainstream yang ada. Mungkin paling tepat kalau filem ini aku katakan punya sedikit persamaan dengan SAW, namun temanya berbeza, unik dan tersendiri. Keempat-empat mangsa dijadikan bahan perbincangan, debat, yang merangkumi segala macam aspek dari peribadi, sosial, politik, perundangan hinggalah keagamaan. Dan elemen twist serta konklusi dipengakhirannya memantapkan lagi kisahnya.Filem ini dinominasi di beberapa buah festival filem underground.
I AM A SEX ADDICT (2005)
RUNNING SCARED (2006)
No comments:
Post a Comment