Sewaktu munculnya House of 1000 Corpses, filem itu jelas dilabelkan "rip-off" Texas Chainsaw Massacre serta filem-filem slasher seangkatan sebelumnya. Namun apabila Rob Zombie membikin sekuelnya (Devil's Rejects), kutukan terhadap filem pertamanya itu hampir sahaja dapat dilenyapkan, kerana apabila kedua-dua filem itu disatukan, ia menjadi sebuah naskhah asli, lalu berjaya menutup segala lubang-lubang yang ada. Barangkali, keadaan yang sama dengan Rest Stop – sebuah produksi Raw Feed yang diterbitkan oleh pengarah The Blair Witch Project. Mungkin akan ada sekuelnya atau mungkin juga akan berkubur begitu sahaja.
Sebagai peminat "hardcore" sub-genre slasher ini, aku sedar, membaca sinopsisnya sahaja cukup membangkitkan selera menonton aku. Rentetetan pengulangan kisah, klise, stereotaip itu semua itu tak berjaya menahan aku untuk menonton filem ini. Aku tetap menonton walaupun perasaan aku tidaklah seteruja mana, ditambah dengan skeptisme yang menyelubungi. Tetapi agak memeranjatkan juga kerana filem ini, berjaya menahan aku dari awal sehingga ke konklusinya. Maka objektif tontonan aku tercapai kerana segala situasi cemas, suspens, thrill, violence, gore semuanya terkandung dalam filem versi direct to DVD ini (walaupun ia tampak seperti sebuah versi sinema).


Pun begitu, Rest Stop masih dilihat mampu berdiri untuk sebuah filem tunggal, walaupun tanpa sekuelnya. Sekurang-kurangnya untuk peminat slasher macam aku.
No comments:
Post a Comment