28 December 2008
Mum & Dad (2008) - Papa Jangan Papa Jahat, Mama Jangan Mama Sekat
Filem ini barangkali agak biasa, apabila berkisarkan (subgenre) kaptiviti/'culik dan kurung' seterusnya membawa kepada sebuah drama siksaan. Namun berikutan tidak banyak filem-filem luarbiasa tahun ini, maka ia terkeluar dari kebiasaan itu. Untuk itu, ia juga harus tergolong di salah satu posisi Top 10 filem horror 2008.
Subgenre ini dilihat menjadi outlook semenjak dari tahun sudah apabila kita mula dipertontonkan melalui filem-filem antaranya seperti Captivity (2007), Cellar Door (2007), P2 (2007), Girl Next Door (2007) dan Otis (2008).
Mum and Dad tidak salah kalau dikatakan sebuah pengulangan, namun membawa satu ide menarik yang menyentuh isu politik. Ia disaratkan dengan shot transisi kapal terbang yang melayang melintasi. Puluhan banyaknya kalau dihitung dari fragmen awal filem ini dibuka. Biasanya dalam mana-mana filem, imejan seperti ini adalah metafora Freedom atau 'Kebebasan' mahupun 'Kemenangan'. Lalu aku sedar akan simbolik teroris yang cuba diinterpretasikan, kerana persepsi keganasan tidak hanya berlaku ataupun bertitik tolak dari atas sana, secara literalnya. Teori propaganda itu tidak lagi relevan kini. Steven Sheil selaku penulis merangkap sutradara, mahu kita bangkit dan sedar dari tidur lena selepas era pos-911. Di bawah sana, masih banyak definisi teroris yang boleh diterjemahkan.
Sesungguhnya, ada beberapa sekuen siksaan yang berjaya membuatkan aku ‘terdiam’, sambil berkata dalam hati "Ok ok it’s only a movie". Serius, kerana sudah lama aku tidak punya feel itu. Barangkali atmosferik horror filem ini penuh determinasi, apalagi kesederhanaan bajet serta lakonan jitu kesemua yang terlibat. Ekspektasi rendah yang aku berikan sebelum tontonan juga membuahkan sesuatu.
Produksi British ini punya semangat yang sangat persis filem Girl Next Door (2007) tahun sudah (apabila menyentuh tentang keluarga disfungsi, penyakit sosial serta mistifikasi seksual remaja). Bagaimanapun filem ini lebih bernyawa di sisi plot, malah method penyiksaan terhadap mangsanya lebih sadistik, kotor, dan dalam kondisi eksplisit serta lebih memilukan.
Antara subgenre "horror-captivity" berkesan tahun ini, justeru membuatkan aku kesal kerana ia 'tertinggal' dalam senarai sepuluh aku sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment