04 December 2008
Eskalofrío (Shiver) (2008) - Sebuah "Spanish-Horror" Lesu
Fajar menyinsing. Kelibat seorang remaja lelaki berpakaian hoody sedang berlari. Tercungap-cungap mengejar sesuatu. Atau sebenarnya ada sesuatu yang mengejarnya. Matahari. Ya, dia mahu lari dari sinar matahari. Namun, sinar itu semakin rapat mengekornya di belakang. Dia tak ada pilihan, matahari harus dia redah juga. Dan semakin dia hampir ke destinasi, kulitnya mulai menggelupas dan darah sudah mula mencurah-curah keluar dari segala ruang rongganya. Tidak, dia tak sempat. Akhirnya dia terbakar.
Aku percaya, sudah pasti persepsi awal kau orang sama seperti aku. Salah. Tetapi agak ironis, kerana beliau bukanlah spesis vampir baru (sebagaimana filem Let The Right One In (2008) baru-baru ini yang kita tonton), tetapi penghidap penyakit kulit yang kronik – punya sensitiviti tinggi terhadap cahaya matahari. Oh ya, introduksi babak di atas adalah mimpi remaja itu semata-mata.
Sebenarnya, aku sudah menyimpan cita-cita untuk mencari dan menonton lagi produksi horor baru dari Spain, selepas [REC] (2007). Selepas beberapa dekad, filem bertema realisme atau true-horror – iaini filem tentang 'survivalist' atau 'hardgore', 'gorno' (istilah baru dari graphic-violence dan torture-porn) dimonopoli penuh subgenre ini (sebahagian besar dari Amerika dan Peranchis). Ini barangkali faktor sambutan, kerana khalayak tidak lagi ‘taksub’ atau tidak boleh lagi di’takut’kan dengan subgenre supernatural mahupun klasik monster, khususnya selepas silver era (1950 – 1979). (Di Malaysia, horor itu masih dikaitkan dengan hantu mistik – serius, kita ketinggalan). Sejak itu, lebih banyak lagi filem tentang serial-killer muncul dan mengganas di sinema yang lebih eksploitatif sifatnya bermula awal 80-an hingga sekarang. Bagaimanapun, horor-supernatural masih dibikin secara efektif lagi menghantui, lebih stailistik dalam struktur naratifnya, apabila J-Horror (selepas era Masaki Kobayashi, Nagisa Oshima, Nobuo Nakagawa) muncul sebagai sinema gergasi horor dunia, yang kebanyakannya membawa tema apokaliptik (apabila formula hantu itu mencetuskan huru-hara dan tidak lagi tertumpu pada individu, rujuk sutradara kontemporari Hideo Nakata, Takeshi Shimizu). Ini barangkali sedekad lamanya bermula awal 90-an (modern-age), malangnya sentiasa dikitar Hollywood yang gersang ide.
Dalam tempoh yang sama, Takashi Miike mula mengangkat kembali Black Cinema (berkonsep sex & violent) dari era ero-guro films Tsukamoto, ke arus perdana (sepertimana usaha Quentin Tarantino menaikkan semula sinema eksploitasi Grindhouse di Hollywood, yang lebih 'mesra' dan 'soft' untuk mainstream). Ini mewujudkan satu lagi cabang horor yang berjaya enhanced dan uplifting, memberikan kesegaran genre ini untuk peminat horor yang sentiasa dahagakan pembaharuan.
Ia ibarat satu ‘mazhab’ baru mucul (yang sebelum ini berciri ‘bawah-tanah’) dalam sinema horor. Masing-masing barangkali ada pengikutnya. Tetapi buat horror-fan sejati, ia satu ‘apresiasi’, yang tidak wujud dalam mana-mana genre filem lain.
Tengok? Sudah jauh aku menyimpang dari topik asal. Satu gejala sindrom 'hyper-horror', (overexcited) apabila bercerita tentang Horor. Haha ok, ok kita kembali ke Sepanyol. Sejujurnya, filem ini tidaklah hebat untuk aku perkatakan, walaupun nama penerbit Pan’s Labyrinth (2006) di kaver DVDnya menjadi modal besar, suatu percaturan promosi dalam mengajak kita menontonnya. Tiada spektakular (kerana sudah tentu aku mengharapkan sesuatu atas nama penerbit ini berikutan kejayaan Pan’s Labyrinth (2006) dua tahun sudah). Originaliti itu barangkali ada (kisah tentang anak liar/kanibal itu satu ide asli), tetapi feel serta struktur plotnya tetap biasa. Ya, ada indikasi beberapa filem, (oh ya filem ini berkiblatkan J-Horror, serius, cuma buang supernatural) namun tetap menjadi sebuah filem yang mudah untuk kita lupakan. Mungkin ada beberapa elemen yang segar (walaupun aku masih kesal), dalam beberapa sekuens, tetapi masih tidak cukup rempah dalam meningkatkan deruan adrenalin. Ia tidak hebat dan tidak pula jelek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment