30 November 2008

Donkey Punch (2008) - Seksploitasi?



Sebetulnya, filem ini tak berapa 'layak' untuk digolongkan ke dalam genre horror, walaupun berkonsep killer-movie. (Malah, poster filem ini tidak sesuai sekali dengan ilustrasi ‘gore’ itu. Poster di bawah agak lebih kena). Well, tidak sehingga kita sampai ke 15 minit terakhir, lebih kurang.

Dan dalam minit-minit terakhir itulah, barulah filem ini (digarap) lebih enthusiastik, selepas plotnya dirasakan semakin monotonous dan lesu. Genre thriller mungkin lebih sesuai, tetapi sardoniknya, tidak pula aku merasa ‘thrill’ dengan struktur ceritanya. Jadi, maaf (bagi sesiapa yang suka), filem ini tidak boleh aku ‘selamat’kan lalu menjadi antara tontonan terburuk aku dalam tempoh waktu ini.

Tidak, pokoknya, bukan soal genre. Aku bukan prejudis, mahupun ada unsur favoritisme terhadap genre horror, tetapi filem ini, segalanya seakan tidak menjadi malah kucar-kacir. Meskipun tema yang dibawanya itu sudah agak kuat (original), penuh elemen ‘sex & shock’ (lebih-lebih lagi ini adalah filem arus perdana) dan penuh kegilaan (sila gelintar di google atau Wiki istilah “Donkey Punch” – aku agak ‘segan’ untuk mendeskripsikan di sini ), ada moral yang cuba disampaikan – (jauhi dadah, seks rambang dan gejala sosial), tetapi filem ini masih tidak kesampaian seratus persen.

Dengan lakonannya yang amaturis (walaupun ada seorang dua yang baik – rujuk mangsa tikam itu), tambahan lagi filem ini berciri character driven, tetapi tidak satu pun daripada karakternya membawa emosi yang benar-benar dirasai, malah aku agak sukar untuk ‘masuk’ dan ‘kenal’ akan kesemua watak-wataknya. Siapa hero/heroin dan siapa pula villain? Ok, kalau anti-hero, serius, watak kelabunya masih tidak cukup empati kekelabuannya. Malah, tidak ada ciri-ciri provokatif.

Barangkali masalah skrip ataupun adaptasinya ke lakon layar. Serius, ia dirasakan longgar dan tampak tergesa-gesa. Sehingga segala pembentukan ruang cemas, saspens, paranoia, klaustrofobik mahupun konfrontasi yang sangat-sangat penting dalam genre ini tidak dititikberatkan.

Akhir sekali, walaupun ianya boleh dianggap sebuah filem bertema (seks) yang membawa mesej moral sosial yang sihat, tampak sebuah naskhah asli, namun ia masih tidak cukup ‘menyegarkan’. Ya, sex sells tuan-tuan dan puan-puan, (untuk filem ini) barangkali sekejap, selebihnya seksa.

No comments: