01 November 2008
The Vanguard (2008) - Simbolisme Manusia di Zaman Gelap
Filem ini bermula dengan visual hitam disusuli nota merangkak naik di skrin (ala Star Wars) lebih kurang sebegini :
"Tahun 2015 : Dunia dah jadi huru-hara (chaos) - sumber minyak dah lenyap akibat perang – makanan tak cukup – Anarki - maka muncul Zaman Gelap (dark age)".
Baik, itu satu gambaran (tak lama tu, cuma lebih kurang 7 tahun lagi). Tapi nanti dulu, sebelum aku lupa, ada nota lain di sini :
"Populasi manusia telah menjangkau had kritikal – saintis mencipta kaedah perubatan – akibatnya kesan songsang – generasi baru manusia bertukar ke spesis yang tak diketahui – batinnya mati tapi hidup – spesis ini dinamakan Biosyns". Pendeknya, Zombie lah.
Itu gambaran apokaliptik plotnya. Ada ‘cerita’ yang menarik dalam plotnya kerana terdapat ramuan filem-filem ini : I Am Legend, 28 Weeks Later dan Dog Soldiers. Sebuah komentari-sosial. Seperti biasa, spesis itu (zombie) adalah metafora hitam, implikasi ketamakan manusia ke atas manusia. Gambaran distopia yang bertujuan untuk menyedarkan dunia akan pentingnya harmoni seraya melaungkan mesej ketidaksignifikan perang/nuklear. Ia sebuah hasrat murni pembikinnya, disamping memberi sebuah nilai hiburan terhadap penonton horror nya seperti aku.
Bagaimanapun, impian pembikinnya tak dapat direalisasikan sepenuhnya ke dalam filem ini. Bukan masalah bajet (serius, aku tak punya masalah dengan filem bajet, kerana aku pernah tonton filem bajet apokaliptik yang jauh lebih menyakitkan fizikal dan mental (maksudnya aku sedaya upaya menahan diri dari menekan butang stop dan eject di remote aku) (rujuk : Day of The Dead 2 – Contagium), tetapi struktur pergerakan (pacing) plotnya, dan itu tak termasuk efek bunyi zombie itu yang sangat-sangat tak perlu sama sekali -patetik. Mungkin make-up agak decent, tapi masih tak mencapai standard yang aku mahukan.
Tentang repititif tema, aku juga tak punya masalah dengan itu, selagi originaliti masih cuba diketengah. Oh ya, ada mesej sinikal terhadap Amerika dari orang (negara) arab (buat julung kalinya filem survivor-apokaliptik zombie yang ada karakter Arab di dalamnya). Filem ini juga punya cita-cita tinggi, walaupun kadang-kadang masih boleh dianggap rip-off.
Dan sebagai nota kaki, aku TAK sarankan untuk geng-geng horror yang aku sayangi di mana jua kau berada (aduh kenapa aku jiwang ni?), untuk hardcore-zombie – tangguh-tangguhkan sahaja, tapi kalau memang kau dah tak ada filem lagi, suka hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment