27 November 2008
Timber Falls (2008) – Sebuah Slasher Tentang Asimilasi
Pada mereka yang belum pernah lagi seumur hidupnya menonton filem jenis ini, tiba-tiba (terbuka hati) menonton filem ini, aku percaya, kau akan mengalami perasaan atau reaksi yang sama tatkala awal aku mula-mula menonton Texas Chainsaw Massacre (1974) serta remakenya, termasuk filem-filem yang seangkatan dengannya seperti Wrong Turn (2003), House of 1000 Corpses (2002), The Hills Have Eyes (2006), Frontier(s) (2008) dan lain-lain lagi.
Jadi, persoalan di sini adakah suatu bentuk repetitif tema atau konsep itu masih menguja, menimbulkan kesan? Ini barangkali subjektif. Pada aku, tak ada masalah. Aku optimis. Aku masih tetap membaca sinopsis di muka belakang DVD ini (walaupun imej pisau, seorang pembunuh, dijukstaposisi dengan seorang mangsa wanita berlatarbelakang hutan di muka depan DVD itu sudahpun memberitahu segalanya tentang isi ceritanya). Jadi, kenapa perlu aku keluarkan lagi duit aku sebanyak AUD19.90 untuk menontonnya? (ini semua gara-gara versi rental habis stok, jadi aku terpaksa beli walaupun aku boleh tunggu sehari dua).
Itulah dia yang aku katakan optimis. Kau takkan percaya. Sebetulnya, aku taklah terasa rugi sangatpun (konon padahal boleh sahaja aku tunggu sehari, rental cuma $2 sehari, itu lebih berbaloi). Filem ini masih tidak mendukacitakan secara keseluruhannya. Ada suatu yang baru disuntik ke dalamnya (walaupun intepretasi filem Girl Next Door (2007) agak persis filem ini). Aku persetankan segala watak-watak hitam stereotipikal yang ada (oh ada watak sheriff yang jahat tuan-tuan dan puan-puan). Kita cakap tentang moral kerana ada figurasi yang berat digarap, walaupun filem ini seakan suatu asimilasi, dakwah halus katolik per se. Ia sebuah filem yang menyindir seks pra-nikah, mengajak kita menilai kembali perimeter akal manusia dan sebagainya. Tetapi skop itu tidak terhad di situ, kerana ekstensi moral filem ini melangkau lebih jauh dari ruangnya.
Tetapi, walaubagaimana hebat sekalipun (moralnya), filem ini secara teknikalnya, masih analogus sifatnya kalau dibandingkan dengan filem-filem yang aku contohi awal di atas. Menjadikan ia tetap berlevel mediocre, *atau mungkin lebih sedikit dari yang biasa.
*(selagi boleh aku cuba menyedapkan hati untuk memperbaloikan duit aku tadi).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment