17 November 2008

Imej "Horror" Pertama dalam Sejarah Sinema Dunia

Ok, ini sebagai menyambung serba-sedikit perbincangan Kenapa Horror? yang pernah aku tulis sebelum ini. Sila perhatikan imej di bawah:



Atau, kau boleh terus tonton video nya :




Tiada apa-apa bukan?

Baik, tiada jelmaan hantu atau jembalang, mahupun imej grafik ekstrim (manusia atau kucing yang comel kena gilis dek keretapi itu). Tidak ada.

Jadi, pesan aku jangan susahkan diri untuk ulang tonton 18 kali.

Sebenarnya, futej ini dikatakan video atau filem pertama yang ‘berjaya’ (tanpa intensi) membuatkan audiens lari bertempiaran keluar dari panggung terjerit-jerit secara histerik. Kenapa?

Kerana mereka percaya keretapi itu akan keluar dari layar lebar lalu masuk merempuh mereka. Dikatakan ini adalah imej “horror” pertama dan terpenting dalam sejarah sinema dunia. Maka,ia memperjelaskan ‘kuasa’ medium filem ke atas reaksi dan intepretasi audiens.

Filem terawal ini dibikin oleh adik-beradik Auguste dan Louis Lumière pada tahun 1896, diberi judul Arrival of a Train at La Ciotat. Mereka adalah perintis sinema dunia.

Jadi, point aku di sini ialah kalaulah ada orang bertanya tentang (imej) apakah yang pertama paling 'horror' lagi menakutkan khalayak dalam filem? Jawapannya kau dah tahu, iaini bukanlah hantu, zombie, drakula, vampir mahupun monster.

Arrival of a Train at La Ciotat (1896) @ imdb.com

No comments: