06 November 2008

Death of A Ghost Hunter (2007) - Sebuah "Fuck You" Untuk Golongan Skeptisme



Seperkara yang baik dalam filem ini (atau mana-mana filem sekalipun) ialah apabila selesai saja menontonnya, kau akan bergegas ke komputer, mencari (menggugel atau mewiki) beberapa real-life karakter yang difragmentasikan dalam filem tersebut. Ironinya, nama-nama itu wujud, tetapi haprak, langsung tak ada kena mengena dengan apa yang aku tonton sebelumnya.

Pendeknya, filem itu masih kekal kefiksiannya.

Tapi ini bukan bermaksud aku tertipu, tetapi kesan langsung, ‘feel’ serta reaksi yang wujud hasil dari tontonan itu. Pembikinnya takkan ambil peduli, kalau dilabel sebagai penipu besar sekalipun. Sudah terang lagi bersuluh. Menipu dalam filem tak apa. Kalau kau percaya, bermakna (sekurang-kurangnya) pembikinnya telah sukses. Sukses dalam konteks atmosfera ‘true-horror’nya.

Baik, filem ini adalah tentang investigasi paranormal (ya, macam slot siri Seekers, Entiti yang kau suka tu). Tetapi ia digarap separa filem dan dokumentari (lalu menjadi dokufilem). Konklusinya sangat baik dan menghantui. Ada justifikasi moral. Sebenarnya, ada sesuatu yang aku belajar tentangnya, iaitu investigasi paranormal ini wujud kerana terbahaginya dua kelompok iaitu :

Pertama, ialah wujudnya golongan “Believers” = maksudnya, kau orang yang percaya aktiviti paranormal ini wujud tanpa perlu sebarang siasatan atau eksperimen untuk mengsahihkannya. Syaitan & jin (benda ghaib) itu memang wujud. Pada mereka, kerja pencarian itu sia-sia. Nokhtah.

Keduanya ialah “Skepticism” = Golongan inilah yang sebenarnya banyak terlibat dalam eksperimental ini (dan penonton juga terasa tempiasnya). Golongan ini duduk di posisi antara percaya atau tidak, sambil menanti bukti-bukti sahih (visual, audio dan sebagainya). Mereka tidak akan putus asa sampai bila-bila.

Sebenarnya filem ini memberikan sebuah “Fuck You” yang besar terhadap golongan kedua ini (rujuk kembali judulnya). Kenapa? (aku jawab dengan dengan parodi line yang selalu kau baca dalam ulasan filem di akhbar) = 'Jangan lupa saksikannya sendiri!'.

No comments: