Produksi filem slasher Norway ini dijulang tinggi pengkritik (ya lah ya lah pengulas) filem tempatan. Mengapa? Walaupun segalanya adalah pengulangan tema porno-slasher Hollywood?
Barangkali kerana percubaan berani mereka membuahkan sesuatu di sana, yang mungkin tidak menyiratkan apa-apa mesej untuk kita sebagai penonton luar.
Diinspirasi sepenuhnya daripada premis slasher 70an seperti Texas Chainsaw Massacre, juga Last House on The Left, (lalu kau boleh membayangkan jukstaposisi ini : sekumpulan muda-mudi – travel – gas station – terperangkap – slash zap zap lari lari bunuh lari jerit aaarrgghh mati darah tetak darah tembak darah... mati). Apa lagi? Filem ini mungkin ada impak sosialnya, dan juga entertainment value di kalangan Norwegian. Tak mustahil ia menjadi sebuah produksi mainstream Blockbuster tempatan (walaupun ‘feel’ indie kalau dibanding dengan produksi gigantik Hollywood).
Dan sememangnya, Rovdyr tidak ada sebarang pembaharuan untuk subgenre ini, kerana segalanya, dari awal pembukaan hinggalah ke fragmen konklusi - sama sahaja. Cuma, beberapa perkara yang boleh menjadi penyelamat filem ini ialah kerana teknik shot yang agak decent, stail retro (filem ini berlatar 70an) serta kontras dinamik warnanya yang memberi kesan mood menghabiskan tontonan aku.
Gorifikasi sudah tentu tinggi (kerana pembikin slasher sekarang sedang berlumba-lumba menonjolkan elemen keganasan serta intense yang lebih segar, tetapi lapuk sebetulnya) dan ada beberapa homage filem-filem yang aku sebutkan tadi, tetapi masih kekurangan originaliti.
Apapun, agak seronok apabila berpeluang menonton sebuah filem slasher non-hollywood, dari puluhan mediocre yang ada. Sayangnya, ia tandus impak lalu menjadi ordinari dan forgettable.
No comments:
Post a Comment