Pertamanya, kalau mengikut hukum-hakam filem (yang sebenarnya tak pernah wujud), The Strangers memang tak patut dibikin sama sekali memandangkan sebelum ini telahpun muncul versi Perancis berjudul Them (Ils) yang plotnya hampir 95 persen sama (walaupun pembikin The Strangers menegaskan skrip mereka tulis 2 tahun sebelum Them keluar). Ini tak termasuk filem-filem yang berkonsep “home-invasion” lain seperti Inside, Funny Games dan Vacancy (walaupun hotel, tapi wtf, samalah tu).
Jadi apa perlunya lagi?
Tambahan lagi rujuk di pembukaannya maka kau sedar pasangan itu telahpun mati tatkala rumah mereka dilawati (bukan spoiler ok). Apa lagi elemen kejutan yang boleh kau harapkan? Nak tengok apa yang berlaku? Baik.
Penerbit/pembikin filem ini mengatakan bahawa filem ini diinspirasi dari kisah benar. Bohong. Sebenarnya itu gimik dan fantasme mereka semata-mata. Beza dengan Them, kisah itu benar-benar terjadi (di Republik Chzech), cuma diadaptasi serta disuntik beberapa plot (terutama dipengakhirannya) agar lebih timbul kesan dramatik. Manakala The Strangers – kau akan dapat menonton sebuah kisah hubungan yang 'mati' (literally) satu pasangan tipikal amerika dibunuh kejam oleh penceroboh rumahnya. Apa motif serta signifikasinya?
Kalau kau tanya aku filem mana lebih baik, aku tetap akan mengatakan Them lebih baik. Them lebih menumpukan ‘genuine scare’ berbanding The Strangers. Barangkali versi Hollywood lebih baik dan efektif dari sudut kesan khas dan efek bunyi-bunyian (itupun kalau kau besarkan volume sewaktu menontonnya). Liv Tyler yang memegang watak Kirsten mungkin lebih baik tetapi versi Clementine lebih bernyawa dan realistik. Villain dalam Them juga lebih misterius (kerana kau akan tertanya-tanya), penuh chilling berbanding yang ini.
Kau mungkin beranggapan aku selagi boleh cuba membandingkan segalanya tatkala menonton. Serius, aku menonton filem ini tanpa dipengaruhi tontonan lain sebelumnya. Aku sudah buang jauh-jauh. Aku di posisi seorang peminat horror yang tak kisah akan tema pengulangan selagi ia dibikin segar. Aku mau enjoy. Tetapi apa boleh buat. Filem ini tak kesampaian untuk aku, tambahan lagi klise ending pseudo-horror slasher sebegitu rupa yang tak sudah-sudah.
No comments:
Post a Comment