Untuk pencinta subgenre horror zombie khususnya geng zombie aku di luar sana (ya kau tahu siapa kau), sebagai informasi, ini adalah antara filem zombie yang boleh dielakkan. Tak payah kau buang masa. Serius, sampah.
Terus terang, aku khuatir, filem ini merosak, memalukan lagi menjatuhkan maruah subgenre zombie . Sebagai hardcore zombie fan dan juga seorang yang boleh ‘layan-masuk’ B-Movie, sebetulnya aku optimis tetapi bukan filem ini.
Kalau dinilai secara kasar, Zombie Strippers (2008) jauh lebih baik dari segala sudut – humor, efek, plot dan mesej sosialnya. Filem ini hampas, bosan, efek cheapskate, draggy-crappy malah tak layak untuk dijadikan koleksi zombie di rak DVD kita (sekadar perhiasan boleh sebab DVD cover 3 hot babes nya cantik). Eksploitasi buah dada, strippers (untuk kau orang yang gian nak tengok strippers boleh layan, tetapi aku masih merekomendasi Zombie Strippers (2008)) malah aku boleh katakan hampir 80 persen dari mereka adalah real life playmate – maka lakonan kau faham-faham sajalah.
Memang ada homej Romero, itu-ini begitu-begini (rujuk pembukaannya) tetapi aku percaya, Romero sendiri takkan bangga akan semua itu. Ya, tahap gorifikasi memang tinggi, well, filem zombie mana yang tak, bukan? Tetapi masih tak dapat memberi apa-apa makna dan kesegaran untuk subgenre ini.
Dance of The Dead (2008)
Asalnya aku terkeliru dengan judul yang sama filem ini dengan Masters of Horror : Dance of The Dead arahan Tobe Hooper. Namun selepas aku jengah imdb.com, barulah aku tahu. Dan melihatkan rating serta komen pembaca di laman itu (ya, aku sebenarnya lebih terpengaruh dengan pembaca dari pengkritik pro) aku tak lengah lagi untuk menonton.
Berbanding di atas, filem ini agak ke depan. Menjanjikan sesuatu yang segar (walaupun konsep serta skrip sebenarnya ditulis sejak 1998 lagi). Dan filem ini benar-benar mengotakan janjinya. Walaupun aspek teknikal agak kurang, keseluruhannya masih memikat.
Dipendekkan, filem ini masih membawa plot formulaik zombie yang stereotipikal, tetapi membawa sebuah humor gelap yang refreshing untuk subgenre kesayangan aku ini, yang tetap membawa mesej kutukan sosial perang – mesej anti republikan anti-rasisme serta tentang signifikan musik ke atas dasar keamanan dunia. Jukstaposisi ‘dancing’ di tengah lautan zombie di prom juga membawa mesej moral yang sinikal dan menggelapkan.
Segala homej Romero yang dibuat tampak menjadi – rujuk sekuens dalam kereta (Night of The Living Dead) dan beberapa humornya juga agak decent walaupun masih tidak dapat membuatkan aku ketawa sepenuhnya semenjak aku menonton Fido (2006).
Berperuntukkan bajet yang jauh lebih tinggi berbanding Zombies! Zombies! Zombies! (2008), filem ini antara “A Must-See” untuk geng horror zombie (hi-five!!!), walaupun bukanlah tergolong yang terbaik sekalipun.
No comments:
Post a Comment